Monday, September 29, 2008

~♥~AKHTAR MUBARAK!!!!

Salam semua. Tamatlah sudah bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Kami di Kabul, Afghanistan akan menyambut Akhtar Mubarak @ Eid Mubarak @ Haghi Ghayo, pada hari esok iaitu 30hb. September 2008 (Selasa)

So, hari ni tadi macam nak raklah mengemas dan membersihkan bilik, bilik air, dapur, ruang tamu dan yang sewaktu dengannya. Penat toksah ceritalah sebab malam tadi semua terlajak tidur, so tak makan sahur...terlepek jer bila dah nak sampai waktu berbuka.

Pasal masakan pulak, pagi raya baru my MIL buat, shinky tolong jer...he he. Tadi FIL dah suruh tukang masak gi beli daging, sayur mayur dan segala untuk dimasak esok.

Biskut miskut dan kekacang serta kek juga sudah dibeli tadi.

Malam ni upacara memupuk inailah pulak. Kat sini, satu kemestian untuk memakai inai di malam raya. Untuk kecantikkan kata my adik ipar.

Jadi, di kesempatan ini, shinky ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakan blog serta sesiapa sahaja yang singgah di blog shinky ni. Jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata, shinky menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. Semoga Ramadhan kita mendapat keberkatan, dan hari raya ini kita sambut dengan kesyukuran.

Kepada semua saudara mara dan rakan taulan di Malaysia, diri ini sentiasa mengingati kalian semua. Kalau makan ketupat dan rendang tu, ingat-ingatlah kat kami yang jauh ni :)

Hubby pulak on the way, akan sampai malam esok InsyaAllah. Ekah sibuk dok tanya bila abah nak sampai bila abah nak sampai. Rindu sangatlah kat abah dia tu.

Okaylah untuk santapan mata, shinky postkan beberapa keping gambar juadah yang bakal dihidangkan untuk tetamu di hari raya nanti.

Kekacang seperti badam, pista, kacang kuda...dan..eh...terselit lak muruku..:)

Pelbagai jenis biskut yang dibeli oleh pak mentua ku



Kek segera..heh heh...abaikan tangan ekah yang dah tak sabar nak ngap kek tu


6 comments:

Flower said...

Eid Mubarak dik. Kitaorg kat sini raya esok 1st October. At least tahun ni semua 'masjid' declare raya pada hari yg sama. Kat sini tak de central masjid. Kkdg raya atau puasa susah. Eg, masjid turkey ckp hari ni, masjid lebanon ckp esok, masjid melayu ikut turkey dan masjid indon ikut lebanon. Tapi alhamdullah semua masjid tahun ni ckp hari yg sama. Esok boleh lah bangun pepagi dan siap ziarah. Tak dpt gi sembahyang raya sbb anak2 tak de org nak tgk kan. Sembahyang raya kat sini start kul 7.30 pagi dkt masjid di sekolah Omar ngan Hana.

Shinky, kalau ada terkasar bahasa ke apa2, kita hulurkan tangan, minta ampun dan maaf. Mana tau kkdg lidah/jari ni cepat je kan.

Huggies n kissies to Ekah n Rayna.

Hanim Benziane said...

Salam Shinky,

Kitorang sambut hari ni raya kat Qatar..early one day compare to Malaysia dengan France...

Best tengok kuih raya kat sana ya..memacam kacang ada..

Okaylah Shinky, selamat menyambut Aidil Fitri untuk you sekeluarga

.. said...

Eid mubarak Shinky.

Maaf zahir batin jika ada salah silap.

sedapnya nampak kacang2 tu.. yummy!

Sultana said...

Shinky... lama tak nampak online.... Raya sakan nampak kawan kita ni. LOL

e2shop said...

hi shinky,

Ingat aku lagi tak? baby102. mama aqil.

kau dah ada 2nd baby ya? congrats. ekah dah ada kawan. kau bersalin bulan 6 hari tu ya?

aku pun dah ada 2nd baby. Another boy, Airil Mikhael.

Anyway. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin

Mama of 2 Princess said...

Bunga,
tulah kan, kat pakistan pun macam tu jugak, ada yang raya dulu, ikut saudi arabia, ada yang raya kemudian ikut pakistan. Nanti nak gi singgah blog u, nak tengok gambar raya omar dan hannah....:)

Samalah, shinky pun menyusun sepuluh jari yang menaip ni memohon ampun dan maaf sebab kadang-kadang tak perasan ada perkataan yg mengguris perasaan.

-----------------------------------

Hanim,
thanx, gambar raya rayan ngan louisa pun lum gi tengok lagi...malas betul nak online...mana ekah sibuk mengacau, ranaa pula asyik melalak jer kerjanya lately ni, tak tau apa masalah dia, esok nak bawak dia jumpa paed

-----------------------------------

.. underline,
siapa ni? sorry tak tau....apapun selamat hari raya dari shinky juga ya.

-----------------------------------

syari,
raya sakanlah jugak sebab ramai sedara mara hubby datang beraya. Bonnie beraya pakai baju kurung tak? ekah tak der baju kurung. pakai baju pathan jer dia.

-----------------------------------

anastacio,
thanx, i will visit your blog too. You know what, there is a village of portugese in one state of Malaysia...Malacca. Nice to know u :)

-----------------------------------

baby,
ingat ingat. mana boleh lupa. ingat lagi kau kat aku ek. terharu rasa. congratulations for the new baby, bila lahir? c-sect jugak ker? eh ada blog tak, bak mai...boleh jenguk. rindu betul kat kau ngan aqil, tau tau aqil dah ada adik jer.

baby...aku pun ucapkan selamat hari raya, dah terlambat pun tapi raya sebulan kan. dan aku jugak nak minta maaf sepanjang perkenalan kita di alam siber ni, jika ada terkasar bahasa. keep in touch okay