Monday, September 22, 2008

~♥~Once Upon A Time.....

Salam semua. Seperti yang shinky janjikan, shinky nak kongsi sama tempat di mana suami shinky dilahirkan, iaitu rumahnya. Sekarang ni cuma tinggal bekas sahaja, setelah perang.

Shinky pastekan di sini beberapa gambar kawasan rumah suami shinky di Logar, Afghanistan.

Pintu depan rumah

My princess, Malaekah bergambar dengan sepupunya Malalay di pintu depan
My respectful father in law, sedang buka pintu untuk kami masuk melihat kawasan dalam
Inilah rupanya di ruang dalam, tiada apa lagi, cuma tinggal beberapa batang pokok seperti pokok epal dan apricot. Yang lain semua telah di "clear" kan, sebab kata my father in law dia ingin membina semula rumah tersebut.
Satu lagi scene dalam kawasan rumah
Pak mentua mengepal tanah, katanya, inilah angkara peperangan, habis harta benda.
Bila buka pintu dari dalam, kita akan dapat melihat pemandangan yang cukup cantik di luar.....rasa aman dan damai, serta dapat menyedut udara yang sungguh segar dan bersih, begitu indah bumi ciptaan Illahi. Subhanallah.
Kawasan belakang rumah

Shinky sempat snap gambar heli UN sedang buat rondaan.....:)


Okay, itulah serba sedikit, kisah rumah tempat suami shinky dilahirkan, rumah abah ekah....shinky bawa dia dan atuk dia cerita pada dia kenapa dia di bawa ke situ. Bila shinky tanya ni rumah siapa dia jawab "da di abah kor dah" which means, "ni rumah abah lah". Syukurlah dia faham :)

4 comments:

Gille said...

Cantik sangat tempat itu. Tembok pemagar itu baru di bina ke? Saya berharap sangat sangat yg di sanan akan aman semula. You fIL, tentu sudah banyak menempuh peperangan. Dia, asal dari mana pula, Shinky?

Apakah huruf huruf dlm Pathan language?

Hanim Benziane said...

Sedih tengok kawasan tu..the result of unnecessary war..Lagi sedih tengok your FIL kepal tanah tu.

Mama of 2 Princess said...

Gille,
tembok tu tembok baru, yang lama dah lunyai...he he. Kena bina tembok tu supaya orang tak ceroboh. Yup, harap-harap aman lah hendaknya, sayang bumi yang indah ni hancur sebab peperangan. My FIL dulu army, he was a commandant, ramai juga musuh yg dia bunuh. Seronok bila dengar dia cerita pasal perang. You know what, dia ada senapang panjang sangat, i think 1 meter long. Dia pun asal dari Logar juga.

Huruf pashto (pathan language) sama macam urdu or jawi, tapi ada 45 huruf. Start from alif, be, te, pe dll. Honestly, bahasa pashto memang susah untuk dipelajari.

----------------------------------

Hanim,
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, akibat perang ramai yang kehilangan suami, anak-anak jadi yatim piatu, dan orang muda ramai yang kehilangan anggota badan. Syukurlah negara kita Malaysai aman damai kan.

PINATBATE said...

Shinky,
rasa sedih tengok gambar atuk Ekah ..mudah-mudahan suasana aman dan dia dapat bangunkan semula rumahnya macam dulu..