Wednesday, September 17, 2008

~♥~ Afghan Ramadhan(Roza) Cuisine

Ramadahan sudahpun berada di fasa akhir, di sini puasa dipanggil "roza". Tahun ni berpuasa di bandar Kabul, Afghanistan. Tiada apa yang istimewa, sembahyang terawih pun orang perempuan buat di rumah sahaja. Di sini sama juga seperti di Pakistan, hanya orang lelaki sahaja bersembahyang jemaah di masjid.

Di sini waktu imsak ialah jam 4.00 pagi dan waktu berbuka puasa ialah pada jam 6.05 petang.



Tentu ada yang ingin tahu juadah yang biasa orang Afghan atau Pathan makan untuk berbuka puasa atau iftar kan. Baiklah, hari ni Shinky nak berkongsi bersama anda semua jenis-jenis makanan yang biasa kitaorang di sini makan untuk berbuka puasa.




Pertama sekali, samalah macam di Malaysia juga, sunat dimulakan berbuka puasa dengan buah kurma atau tamar. Di sini di panggil kurma atau kajur

Minuman untuk berbuka puasa


Paling popular ialah Turuai atau Lassi. Yoghurt di tambah air dan pudina. Kalau nak sejuk, tambah ais. Kemudian kisar dengan blender.

Jus limau juga selalu kami minum untuk berbuka puasa









Oleh kerana puasa kali ni, carrot banyak, jadi kami buat jus carrot











Makanan utama





Naan bread atau Dodday





Palau Rice


Kebab





Pirakey





Ashakey






Bendi with Tomato Sauce



Eggplant Bulani



Lobia



Green Bell Pepper in Tomato Sauce



Tomato Chutney



Makanan sampingan seperti Pakora



Pencuci Mulut sepert Puding

Halwa suji


Itu sahaja yang dapat shinky share with you all, harap dapat memberi sedikit info kepada semua :)

8 comments:

Gille said...

Oh Shinky... foddie look goodie. the lemon juice makes me drool. me want the tomato chutney recipe, pleazeeee:D

Hanim Benziane said...

Shinky..nak semua tu...tapau 4 bungkus.....

Mama of 2 Princess said...

Jemer, i ni pasal resepi memang kureng, but i try lah, hope u understand caranya yer..:P

Tomato Chutney

Bahan-bahan
•Tomato dipotong dadu
•Bawang merah di potong dadu
•Bawang putih kisar
•Sedikit gula dan garam
•Lada Hitam
•Minyak untuk menumis

Cara memasak:
Panaskan minyak dalam kuali atau periuk
Tumiskan bawang merah dan bawang putih, bila sudah naik bau, masukkan tomato, tumis hingga naik minyak, tambah juga lada hitam. Untuk perisa tambah sedikit gula dan garam ikut citarasa anda. Boleh juga ditambah bunga lawang ke, bunga cengkih ker, untuk tambah wangi.
Biarkan sejuk, kemudian kisar. Kalau nak texture yang lebih halus, kisar lama sikit. Sedap dimakan dengan roti naan.

Kalau you nak yang tak tumis punya, iaitu yang fresh it’s like this.

Tomato, bawang putih, cili dan daun pudina, dimasukkan ke dalam blender, blend hingga halus.
Makan dengan French fries, atau kebab atau roti…sedaaap
I selalu buat yang ni, simple dan sedap. Macam sambal belacan kita lah jugak, tapi tak dak belacan :P

---------------------------------

Cali,
wokeh...siap...he he

Sultana said...

wow, cuci mata nengok gambar makanan. hmmm cantik2 lak di hidang. Shinky dah berapa tahun beraya kat tmpt orang ni. Ni nak masuk 2 kali, sedihnya.. hu hu hu.

Farah Deen said...

shinky..this is what i like abt your blog...the menus! Hihihihihi..banyak persamaan gak ek ngan India food...shinky masak yang mana??? Ayaq saja ka? Hehehehehhehe

Mama of 2 Princess said...

Syari,
Masuk tahun ni dah 5 tahun raya tak balik...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
sedih ooo beraya kat tempat orang, walaupun negara muslim, tapi tak seindah cara kita sambut di malaysia. rindu betul nak cium bau attar my mom di pagi raya..ni dah start syahdu lah pulak ni.

--------------------------------

Farah,
amboi hang memang tererr meneka nooo...tang didih air tu jer yg shinky pandai dan mahir...he he. Itupun sebab nak makan maggie mee...kalau tak...didih air pun tak berapa nak pandai.

memang banyak persamaan masakan org india dan pathan ni...kira boleh masuk satu majlis yg sama lah, cakap pun lebih kurang dentam dentum juga dia punya bunyi..he he

Sultana said...

fuiyoh shinky, 5 thn... hu hu hu. Hugz...sini non muslim country lagi lah... Last year posa hari raya pertama. Tak tahu punya pasal. Nasib m'sian friend bagi tau pg raya.Diorg boleh lupa nak bagitau kita yg tercampak sorng kat sini. Mia ha ha ha.

Gille said...

Clap clap, thanks Shinky. One day kan Shinky, musti dapat balik.