~ dah pandai gelak-gelak bila kita agah dia
~ mula mencari-cari dari mana datangnya suara dan bunyi
~ bila kita tengok muka dia, dan bila dia perasan kita tengok dia, mulalah dia pot pet pot pet berborak ngan kita, tapi guna bahasa dialah, kengkadang penat nak tunggu dia berhenti borak..he he.
~ dah pandai protes, for example, bila lambat sikit bagi nenen, bila kita sua nenen kat dia, dia dok melalak sepuas hati, dua tiga kali sua nenen, kita pujuk-pujuk dia, barulah dia nak menyusu...bertuah betul tauu
~ at least twice a day kena bawak dia dukung jenjalan keliling rumah, kalau tak dia akan pasang loud speaker....memberontak tak nak tidur, bila dah bawak jalan, tidur lena
~ dah mula bagi respond bila kak long ekah dia panggil dia, dan dia seakan-akan dah kenal yang ekah tu kakak dia, dan ekah pun dah mula bersembang dengan dia :)
~ kalau poo poo, dia akan nangis sekuat hati...soh mama dia tukar lampin lah tu
~ dah jumpa tangan dia, kalau biarkan dia sensorang, dia akan tengok tangan dia, lepas tu mulalah masukkan jari dalam molot...kadang kadang sampai terjeluwek...ngeh ngeh
5 comments:
Cutenya Ranaa...!! hidung tercacak! dah ada nampak rupa Ekah sikit...
kejap je dah 3 bulan ye...ni boleh buat calon menantu jugak ni..he..he
Kejapp nyer dah 3 bulan..Siok kan shinky besaq2 nih..uli uli, gomoi gomoi bes tau! Hishhh...nak kena consider baby no 3 nih..hihihihihih
Sejuk je nampak, Shinky.
She is expressing her feeling.. and letting herself to be known.
muahh kat dia
Pinat,
ha ah bila tengok gambar ekah dulu-dulu, semakin sama. Bila besar nanti nampak macam twin jer, umur pun tak jauh beza kan.
-----------------------------------
kak yan,
amoihhhh...haikal tak heran pun...mama dia jer yg kenen-kenenkan..he he.
-----------------------------------
farah,
kejap jer kan, tulah, kalau boleh tak nak ranaa besar, biarlah ekah jer yg besar, ranaa cam tu jer, so boleh uli uli dia macam yg u cakap tu...boleh ker..he he
aloo...apa tunggu lagi, jalankanlah projek mega.miahahahaha
----------------------------------
gille,
yup, u r absolutely right, dia nak orang tau yg dia pun ada kat situ, she is really friendly...macam abah dia. i love her smile....hmmm..i love her so much.
Post a Comment