Pantas betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam aje pulang semula ke Kabul. Tak sangka dah sebulan setengah berada di kota yang penuh dengan pancaroba ini. Ingin Shinky berkongsi pengalaman yang kami lalui sepanjang perjalanan dari Peshawar, Pakisatan hinggalah sampai ke Kabul, Afghanistan.
Perjalanan ambil masa lebih kurang 5 jam. Kami bertolak dari Peshawar pada jam 9.30 pagi. Selamat tinggal Pakistan, entah bila ketemu lagi? Bandar Peshawar semakin panas. Nasib baik kereta ada airconditioner, kalau tidak, mahu terbakar rambut ku ini.
Sepanjang perjalanan hanya banyak kelihatan gunung ganang lipat tua. Tiba di Torkham, iaitu sempadan Pakistan-Afghanistan, pihak polis memeriksa kereta kami, dan biasalah, bila dah dapat hajat dihati (duit ler) barulah kami dilepaskan.
Kami berhenti makan tengahari di Jalalabad. Malaekah hampir 7 ke 8 kali muntah. Nasib baiklah Ranaa tak buat hal, elok jer tidur sampai ke Kabul. Cuma sesekali bangun untuk menyusu.
Selepas berhenti rehat untuk makan, kami meneruskan perjalanan, jalanraya berpusing pusing mendaki gunung. Di kaki gunung, sepanjang sebelah kanan jalan ialah sungai. Sungai ini mengalir sehingga ke Pakistan dan ianya menjadi sumber air utama negara Pakistan. Minta maaf, dah lupalah pulak nama sungai tu. Kami berhenti seketika di tepi sungai tersebut. Ekah seronok dapat main air.
Makin tinggi kawasan dijalani, suhu semakin sejuk, tapi taklah sejuk sangat, cuaca yang nyaman lah kiranya, sebab sekarang ni musim panas. Shinky perasan ada 3 terowong yang dilalui sepanjang perjalanan.
Di puncak gunung, kalau kita lihat tepi jalan, Ya Allah, jurang bukan main dalam, kalaulah terjatuh, nauzubillah. Seram banget dibuatnya. Melepasi kawasan puncak gunung, kami tiba di kawasan perkampungan dan di kiri kanan jalan banyak terdapat gerai-gerai menjual buah "karbooza" dan tembikai. Negara Afghanistan memang terkenal dengan buah "karbooza"nya.
Kami tiba di bandar Kabul pada jam 2.00 petang, bandar yang berdebu, penuh dengan pencemaran, hiruk pikuk kenderaan dan orang berniaga. Bertemu kembali bandar Kabul......berapa lama lagi aku akan berada di sini?
Okay, story mory jer, tak der gambar apa barang ye tak? Alright, here few pics yang shinky dapat abadikan untuk dikongsi bersama anda semua. Sorry, sebab kualiti gambar kurang baik, guna HP jer.
Pemandangan di tepi jalanraya, masih di Pakistan
Bila masuk kawasan Afghanistan, banyak pokok jenis pain.
Kawasan menghijau di bahagian lembah, berlatarbelakangkan bukit bukau.
Bukit-bukit batu
My princess, keletihan akibat muntah, pity her :(
Inilah sungainya, yang menjadi punca air utama negara Pakistan, mengalir dari Afghanistan. Kalau lihat secara live, air sungai tu biru sangat, macam warna langit, cantik sangat. Oleh kerana daku bukanlah fotographer yang baik, gitulah hasil gambar nyer..he heh
Another view of the river
Ekah dah mula nak masuk sungai
Bukan main sengih bila dapat main air.....yelah mana pernah dia jumpa sungai. Nilah first time.
Kalau perhati betul-betul boleh nampak kawasan perkampungan di seberang sungai sana. Rumah mereka diperbuat daripada tanah liat @ lumpur.
Salah satu kawasan perhentian untuk orang ramai berhenti rehat di tebing sungai.
Pemandangan sungai dilihat dari kawasan tinggi.
Salah satu terowong yang dilalui.
Gerai menjual "karbooza" dan tembikai.
Jurang di tepi jalan. Gerun weihhh
Okay setakat ini dahulu. Gambar bandar Kabul, hmmmm belum snap lagi. Harap bersabar yer.
7 comments:
Seronok baca, Shinky. Gambarpun sungguh bagus.. untuk kami yg tak pernah ke sana. Dari plane kalau lalu di atas nun.. nampak bukit bukit je. Kat sini tak ada banyak bukit bukau yg sebegitu rupa.
P/s APa khabar semua di sana?
Jemer,
love to share it with everybody. I know u will like it :) Soon i will story mory about my hubby's home village. Very beautiful place which i never imagine in my life that in Afghanistan there is a wonderful place like that.
p/s: semua sihat kat sini, i pun dah recover dari sakit tekak, just batuk jer ada sikit-sikit lagi.
Subhanallah..bertuahnya Shinky ...seronok dapat tengok gambar-gambar ni...
Pinat,
begitu indah ciptaan-Nya kan. Syukur sebab kita dapat menikmatinya.
MasyaAllah, cantiknya kat sana Shinky....Ekah dah nampak besar sekarang dengan rambut ikat kat belakang....
Cali,
tulah dia, negara afghanistan, majoriti ingat negara ni tandus dan padang pasir, actually banyak tempat yang hijau dan cantik :)
ekah tu, rambut dah pendek dah sekarang, mengikut jejak langkah kak louisa dia, pandai nak gunting rambut sendiri, dah lah macam hapa jer rambut depan dia, terus gunting pendek.
Post a Comment