Wednesday, February 1, 2012

~♥~Afghan Hanging Wall Mirror


Cermin dinding yang unik, bentuk segiempat tepat kecil adalah permaidani kecil buatan tangan

~♥~Jalan2 di Bandar Kabul


Petang semalam kami Jalan2 di Bandar Kabul, window shopping. Suhu yang sejuk dan berangin memaksa kami memakai baju tebal. Budak2 ni seronoklah dapat bejalan-jalan.

Ranaa, Malaekah dan Gran dah get ready

Malaekah kepenatan duduk lepak sementara kami memilih perhiasan dinding yang berasaskan permaidani untuk dibeli

Ranaa duduk dengan Abdullah Kaka (sepupu abahnya) sementara menunggu kami pilih barang

Antara kraftangan perhiasan dinding yang dipamerkan 

Balik rumah kepenatan, makan pizza untuk makan malam



Sunday, January 29, 2012

~♥~Malaekah with Sanam

 Alhamdulillah, Ranaa dah semakin sembuh. Sejak hari Jumaat haritu Sanam (anak buah akani) ada datang dan Malaekah sangat gembira sebab ada kawan. Memang mereka berdua rapat dari kecil. Seronok tengok diaorang main salji
 Ranaa dan Gran

 Sanam
Malaekah dan Sanam tengah buat snowman


Tapi harini Sanam dah bailk ke rumah dia sebab cuti sekolah dah habis. Malaekah nampak sedih :(

~♥~Yesterday Lunch

Lunch untuk my princess...Malaekah yang cerewet

Lunch for all


~♥~Ranaa's Getting Better, Syukur

 

Kesian Ranaa, semalam dia main kejar-kejar dengan Malaekah, Gran dan Sanam. Kejar punya kejar tiba-tiba Ranaa terjatuh dan kepala dia terhantuk ke bucu pintu. Benjol dan luka serta keluar darah. Cepat-cepat sapu antiseptik dan iodin dan tampal. Malam tu Ranaa merengek kata sakit. Cian anak mama. Cepat sembuh ya sayang.
Hari ni, Alhamdulillah, luka rana semakin kering, benjol pun dah hilang...dan yang best dia dah mula banyak celoteh seperti selalu, tapi nangis jugak sikit-sikit bila terasa sakit.

Friday, January 27, 2012

~♥~My Three Little Joys

Today, three of them were gone out to one of our relatives here in Kabul. They went there with their Mi Kaka and Akani. I was left at home, this is first time Rana went out without me, and she was so happy and behave herself as a good girl....:)

Thursday, January 26, 2012

~♥~Ranaa Sakit Lidah..kesian



Kesian Rana Dari semalam dia sakit lidah, mungkin sebab tergigit. Sapukan somogel pada tempat yang sakit baru dia kurang menangis. Malam tadi banyak kali dia bangun menangis sebab lidah sakit, bila dah sapu ubat baru dia tidur semula. Semoga cepat sembuh ya sayang.




Masakkan nasi lembik (shola) untuk Ranaa



Untuk ekah yang susah nak makan