Hari ini adalah Hari Maulidul Rasul bagi negara Afghanistan. Semua corong2 pembesar suara masjid di Bandar Kabul ini memperdengarkan suara Qari mengaji ayat2 suci Al-Quran, Subhanallah. Amat menakjubkan kerana hari ini juga aku dapat melihat pelbagai jenis cuaca dalam satu hari yang sama. Bangun pagi, salji turun dengan lebat, kemudian selepas jam 9.00 am, cahaya matahari menyinari untuk sementara waktu (seperti dalam gambar di bawah yang aku ambil pagi ini). Tak lama selepas itu cuaca redup semula, salji masih turun bersama2 dengan air hujan. Di samping itu juga sekali sekali angin bertiup agak kencang menyebabkan salji yang turun bertukar-tukar arah mengikut tiupan angin bagaikan mengalunkan lagu yang merdu...sungguh cantik. Maha Suci Allah, aku bersyukur kerana dapat melihat fenomena yang bagi aku aman luarbiasa ini...di hari yang mulia...hari kelahiran Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W. Tak dapat dibayangkan bagaimana keadaannya semasa Rasullullah lahir. Mesti alam semesta turut meraikan kelahiran Baginda. |
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. *Credit to : http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul |
Saturday, February 4, 2012
~♥~Maulid Nabi Mubarak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Maulidur Rasul buat Shinky sekeluarga
Tqvm,
Salam Maulidur Rasul buat kak Yan dan keluarga juga.
Post a Comment