Hari Raya Aidil Fitri atau Akhtar Mubarak atau Eid Mubarak bakal menjelma. Di Malaysia sekarang ni shinky rasa demam raya semakin menyerang, al maklumlah di minit-minit terakhir untuk persiapan hari raya. Rindu rasanya nak bakar lemang, nak anyam ketupat, nak kejar ayam untuk dikorbankan buat rendang...lol.
Di sini, raya tidaklah semeriah kita menyambutnya di Malaysia. Namun, persiapan raya kenalah ada jugakan. Semalam shinky, ekah dan mak usu ekah gi shopping raya, beli baju dan kasut raya :)
Kami cuma pergi satu tempat aje, iaitu Roshan Plaza, kena rush sebab Ranaa tak ikut, dia tinggal kat umah ngan ana (nenek) dia.
Ekah seronoklah sebab dapat cuci mata.
Ni sebahagian daripada barang perhiasan yang dijual di sini.
Tengok tu, anak dara gue dok perati, yang mana satu pilihan hati :P
Mama, yang kat depan ni lagi cantik-cantik
Kat belakang ni pun ada lagi haaaa

Beberapa jenis anting-anting




Vase










Time untuk ekah beli baju.....pilih ye sayang, mana yang berkenan


Mama, boleh tak ekah nak pakai baju spiderman ni?



Ni pulak gerai mitai (manisan)


Harap maaf yer, mutu gambar tiada keunggulan, guna HP kaedahnyer, gitulah hasil gambarnyer...:)
6 comments:
Pandai Shinky bercerita.
SELAMAT HARI RAYA ye, my dear friend, God Bless you always!!
seronoknya shopping ngan Ekah...!!cantik-cantik semuanya...rasa teringin pulak nak rasa mitai tu...hahaha
lip lap habes la hang raya nih shinky......sakan noo hampa!! Wah....so how many dresses for you shinky? Pakai lengha ka salwar kameez?
Saya seperti raya tahun lepas takde buat apa2. Mungkin masak rendang ngan pulut kuning makan sendiri jek. Hu hu hu. Baju raya takde.
Tgk barang2 jual utk raya cam utk Deepavali kat Mesia lak. :)
Selamat Hari Raya untuk Shinky sekeluarga dari kami di Qatar
p/s: Syok Ekah bershopping ya...banyak borong ke Shinky?
Jemer,
thanks for the wish, i wish u r here so i can invite you for the celebration.
---------------------------------
Pinat,
nak merasa mitai, mehlah beraya kat sini....tapi tak leh lawanlah kita punya biskut bangkit, batang buruk, baulu, wajik tu semua.
---------------------------------
Farah,
gelak i kat sini tau...he he. Tak banyak pasang, dua pasang jer utk mama, utk ekah dan ranaa pun dua pasang jer, tengah tunggu abah dia bawak balik baju raya. Pagi raya pakai salwar kamiz, petangnyer pakai baju tradisional pathan pulak. Hang baju raya berapa pasang weih?
----------------------------------
Kan, tulah syari, kat sini lebih kurang macam kat india jugak. Kabul lebih modern daripada pakistan sebab ramai org luar berniaga dan bekerja di sini, so pengaruh luar dah banyak. Indian pun ramai kat sini, especially medical field. Lagipun, hindustan, pakistan, afghanistan tu kan serumpun...so. lebih kurang jer budaya diorg.
----------------------------------
Hanim,
nak borong cemana hubby tak der kat sini...tunggu dia balik..he he. Kat sana raya besok hari selasa jugak kan?
Best kalau berjiran ngan hanim, kenyang makan juadah raya...hang rajin memasak noo.
Post a Comment