Ladies and gentlemen, from Kabul with love, we presenting our two little princessess Ranaa and Malaekah as Little Red Riding Hat and Gypsy Girl...clap clap clap
Apalah mama korang merapik ni ek....he he.
Okay guys, harini tadi tak der buat apa-apa, so, ambik gambar my two princess. Ranaa dengan topi merah dia. Kat sini dah start sejuk, kalau tak pakaikan topi memang bertambah teruklah selsema dia.
Muka toye
Mama tak sabar nak tengok baby mama meniarap...tak sangka pulak kepala dia boleh tegak cenggitu.
Senyum menawan baby mama yang buat hati mama cair....
Actually topi ni, kak long ekah yang punya, sekarang ni kongsi sesama pakai, sib baik kak long jenis tak berkira....:)
Ini pulak my first princess...Kak Long Ekah, sibuk sangat nak pakai tudung, last-last jadik tudung ala-ala gypsy gitu.
Mama, letihlah nak pakai kasut ni......uwaaaaaaaaaaaaaaaa
Kalau you all nak tau, rambut ekah dah pendek sekarang, mak usu dia gunting pendek sebab, ekah potong rambut depan dia sendiri....macam dimakan tikus gitu...he he
5 comments:
Notti jugak kak long ekah ni ye. Samalah ngan kak Hana kat sini. Dulu2 pantang jumpa gunting. Mesti di potong rambut dia. Kkdg saja je kita simpan panjang tapi dia pepandai gunting rambut dia.
Chumelll ranaa and definitely ekah nampak very the kakak dah...hehehehehehhe..Nampak sama Ranaa and ekah..ye la..dah dari acuan yang sama pon! Shinky...bolatttttttttttttttt la ranaa..sapa cakap dia keding??
Ohhhhwww...dah pandai yer ekah jadi hair stylist...hihihhihih! She is such an angel la....tak lam adia leh potong rambut adik dia lak...and rambut mama sekali!
Tak lama lagi meniaraplah Ranaa tu..tengok badan pun dah sedap-sedap jer nak peluk..
Pandai Kak Ekah gunting rambut sendiri yer...tak ambik gambar kerbrambut Ekah masa kena gigit tikus tu ker...?hehehe..mesti cun
Mallan,
anak-anak kita ni suka mencuba kan. ekah ni dahlah nakal....adventerous gitu, macam boy...lasak pun ya jugak...pengotor pun ya jugak lol...dalam satu hari, adalah 3, 4 kali tukar baju...kalau tak nampak berkepam jer.
----------------------------------
Farah,
Tang perut tu jer yg bolat...banyak cacing agaknyer..ha ha ha. keding lah dia, semua org tengok dia kata dia kurus.
Si ekah pulak, as u said dah start nak jadik hair dresser, skrg ni semua barang-barang yang sewaktu dengan gunting dan pisau di sorok dari dia...bahaya ooo
Ekah ni nakal sungguhlah farah, nampak jer cinonit cenggitu, my biras ada cakap tau, ekah ni dia punya nakal datang dari 2 negara, iaitu Malaysia dan Afghanistan. Then i cakap, apa pulak 2, 3...atuk dia dari India apa...then my biras gelak sakan...he he.
-------------------------------
Pinat,
Ranaa nampak lambat sikit daripada ekah, dan nampak dia lembik sikit...tapi tulah dah sedap peluk dan cium dia, tak nak lah dia besar cepat sangat...nak gomol gomol dia dulu puas-puas..he heh.
gambar ekah yg rambutnya di makan tikus enggak sempat gwe tangkap....nasib dia baiklah, kalau tak jadik bahan gelak kat blog ni.
---------------------------------
Post a Comment