Sunday, October 12, 2008

~♥~Aksi Raya Ala Kabuli

Mood raya dah abih dah, cuma mood nak update blog jer yang tersenggut senggut lagi. Adoilah, malas betul nak menaip...he he.

Raya tahun ni agak istimewa sebab pertama kali beraya di negara suami tercinta. Ranaa kurang sihat masa raya, asyik menangis jer, sakit perutlah pulak. So, mama dia pun tak dapatlah nak memanjangkan langkah beraya ke rumah sedara mara, cuma dapat beraya di rumah sepupu hubby yang berdekatan jer. Ekah yang langkahnyer panjang, sebab dia ikut ana(nenek) dia beraya.



Susah betul nak ambil gambar ekah sekarang, dia tak nak pandang cameralah, buat mukalah, menangis lah...gerammmmmmmmmm








Ranaa yang lena tidur lepas penat menangis...cian baby mama








My beloved princessess.......i love u both


Duit raya ekah

Kat sini kan, diorang bagi telur rebus kat bebudak masa raya. Sebab, dulu-dulu diorang memang bagi telur rebus sebagai eidi. Sebab masa tu mana mampu nak bagi duit, hidup pun susah, masing-masing ada bela ayam, so telur memang banyak. Jadi, telur rebus dijadikan hadiah semasa hari raya. Sampai sekarang tradisi bagi telur rebus ni masih di amalkan di kampung-kampung. ekah banyak jugak dapat telur rebus..he he. Lupalak nak snap gambar telur rebus yang ekah dapat, dah habis di ngap oleh mi kaka dan mak usu ekah.


10 comments:

Farah Deen said...

Amboiiiiiiiiiiiiiiiiiii..melaram mama ekah and ranaa nih kan main!!!Cunzzzz la, macam rani mukherji.....har dil jo pyar karega!!!Sioknya baca entry shinky pasai raya ka kabul..siap bagi telur rebus.....interesting fact!Cute la Ranaa....bolat!!! Ekah dah pandai nakal nakal ek depan camera...chumel btoi!Mana juadah raya?? upload la pic juadah lak

Nad said...

Selamat Hari Raya shinky and family ... what a lovely princesses you have there ... Ekah mesti pandai jaga adik dia kan

Gille said...

lebih kurang seminggu lagi kan Ranaa masuk 4 bulan. Hope she get well soon. Ekah kena bagi upah untuk bergambar lah nampaknya.. macam si Baldvin.

Baiti Mustafa said...

shinky!!

selamat hari ghayo!!eden suko bona tengok bungo godang tu..cam piring ghoman eh..

Flower said...

Cantik dik shinky pakai baju gitu. lain kali amik gambar banyak2 ye. Ranaa tul dah besar. Ekah lak jgn ckp lah cute especially ngan aksi dia tersendiri.

kat sini kalau raya diaorg bagi kat budak2 bon-bon pack. Bon-bon pck tu letak chocolate n gula2. Biasalah makanan bebudak. Mak budak pun boleh sapu gak kalau anak tak tgk.

PINATBATE said...

Shinky..

amboi cantik sungguh mama ekah & Ranaa ni bergaya raya...jeles tau..

Ranaa nampak dah besar lah..

Mama of 2 Princess said...

Farah,
harap di ampun, gambar juadah raya tak sempat diambil, sibuk melaram baju raya sampai lupa ambik gambar makanan....wakakaka. Lagipun tak der apa yang istimewa, sama jer menunyer spt nasi palau, chicken tandoori, korma daging, kebab tu semua, cuma masak lebih guna periuk besar untuk jamu sedara mara yg datang...lotih ooo.

----------------------------------

Nadia,
thanx, bila tengok ekah, teringat kat ida....diorg kan lebih kurang jer umur. Ekah memang sayang kat adik dia, siap selimutkan adik dia bila adik dia tidur, cium tangan dan pipi adik dia. Kalau adik dia nangis dia siap nyanyi nyanyi lagi untuk pujuk adik dia, tapi selalunya adik dia melalak bertambah kuat..he he.

-----------------------------------

Gille,
ha'ah kejap jer dah nak masuk 4 bulan. Semalam bawak dia gi suntik vaccine. Malam tadi dia tak tidur, asyik menangis dan demam. kesian dia.
Memang ekah susah betul nak bergambar sekarang. I cakap kat my mak usu ekah, fed up betul nak ambil gambar ekah sekarang ni, then she replied "don't you think she also fed up being a model since she was born???" :D

-----------------------------------

Baiti,
Ghayo balik pilah tak? Bukan godang macam piring lagi, cam pinggan pun ado..:P

-----------------------------------

Mama of 2 Princess said...

Bunga,
ha ha ha, tang mak budak bedal bon bon tu memang selalu diamalkan. nampak u dah selim melim lah sekarang, boleh kasi tips tak. shinky ni berat dah turun, cuma tang perut tu buncit lah pulak, macam mengandung gitu....:(

-----------------------------------

pinat,
setahun sekali nak bergaya cenggitu..he he. dah lama tak pakai baju kurung. baju kurung ada tapi kat sini seganlah nak pakai.

ranaa tu nampak jer besar tapi cinonit, semua yang tengok dia kata dia tocit

Flower said...

Shinky Sayang
Mana ada slim. I kalau bulan puasa dan lepas tu raya mmg badan naik. Mmg terbalik sbb I selalunye tak makan malam. Dinner tu is no, no utk I. Tapi bila dah puasa mcmana nak ngelak dinner kan. Nanti kebulur lak.

ps- I pun perut buncit gak. Bontot tak naik, perut naik. Pakai je girdle. Hehehehe

Mama of 2 Princess said...

Bunga dear,
pakai girdle ek..he he, samalah, bila bukak girdle....tu dia selambak he he.