Tuesday, October 14, 2008

~♥~Baghe Bala Park, Kabul

Pada hari raya pertama, lepas beraya di rumah sepupu hubby, shinky, mak usu ekah, mak uda dan pak uda dan baby mereka Yahya serta Ranaa ke Baghe Bala Park yang terletak di puncak bukit Baghe Bala. Malekah tak ada sebab dia ikut ana (nenek) dia beraya.

Macam tak percaya jer, bandar Kabul yang sedang membangun serta tercemar dengan pencemaran udara ni, terdapat sebuah taman yang sungguh indah dan nyaman udaranya. Ada banyak lagi taman riadah kat Kabul ni, shinky jer tak sempat lagi nak ceroboh..he he.

Okaylah, shinky share with you all beberapa gambar yang kami ambil di Baghe Bala Park.

Bunga-bungaan

Dari puncak bukit kita dapat lihat bandar Kabul




Di belakang kami ialah rumah-rumah yang dibina di atas bukit, dan kebanyakkan rumah diperbuat daripada tanah liat atau lumpur. Sebelah shinky ialah mak uda ekah dan babynya Yahya.


Mak usu ekah, katanya jangan expose muka dia..he he.
Ada banyak lagi tempat-tempat menarik di bandar Kabul ni, bila free nanti shinky story mory eh. Harap bersabar.

1 comment:

Nad said...

Muka tak nampak but you look so ayu