Monday, May 19, 2008

~♥~Ekah Batuk Lagi

Since semalam my little princess diserang batuk, mungkin menjangkit dari mak usu dia. Kesian baby mama....malam tadi langsung tak tidur sebab asyik batuk. Malaekah ni memang mudah kena infection kat paru-paru, bila batuk sikit mulalah bila bernafas berbunyi kroh kroh.

Petang tadi bawa dia ke klinik. Doc suruh buat ujian x-ray dan blood test. Alhamdulillah blood test tak der apa-apa masalah, cuma dari x-ray, dia baru jer kena infection kat paru-paru belah kanan dia. Kesian anak mama, masa kena ambil darah, melalak tak hengat. Terjerit-jerit panggil mama.

Then, 4 jenis ubat diberikan, hmmm nasib baik ekah jenis yang tak takut makan ubat, cuma dia ni kalau doctor nak check dia, melalak tak hengat, phobia betul dengan doctor.

Doc nasihatkan supaya ekah tidak diberikan makan pisang, nasi, yoghurt, makanan pedas-pedas, ais atau air sejuk, serta makanan dari gerai atau dibeli dari luar. Hanya beri ekah makan makanan yang dimasak di rumah. Menurut doctor, pada musim panas ni penyakit mudah merebak, udara tercemar, penyakit mudah berjangkit. Memang dah start panas giler kat sini sekarang ni.

Kesian baby mama, malam ni dia muntah lepas makan. Habis semua yang dia makan dia muntahkan akibat batuk yang teruk. Lepas tu dia sibuk dok kata "stun khugigie" bermaksud "tekak sakit". Lepas bagi ubat, terus dia tidur. Harap batuk dia cepat sembuh.

Ni gambar tangan dia yang diambil darah, ekah sibuk dok kata "khugigie, khugigie" maknanya..."sakik, sakit"....cian baby mama :(




Ini pula result x-ray ekah.


5 comments:

Gille said...

Anak anak kalau sakit memang payah, very stressful situation! Tentu penat awak Shinky. Tonsils dia yg menyebabkan Ekah sakit di tekak. Tu pulak di tambah dgn batuk. kat dada dia. Get well soon Ekah.

Flower said...

Kesian Ekah. Kat sini musim sejuk musim penyakit. Kat sana lak musim panas musim penyakit. Kat sini bila time sejuk2, siaplah bebudak start kena flu, batuk dan sbg. So dr. selalu nasihatkan anak2 under 5 ambik flu jab. Tapi ye lah bila anak2 sakit, mmg mak pun turut 'sakit' gak lah. Mak selalu dpt rasa kesakitan dan keperitan anak. Yg paling frust kkdg kita tak boleh buat apa2.

Farah Deen said...

kesiannn nya...i hate when my kids selsema atau batuk..menyeksakan diorang...dah la tak retinak ludah kahak. Daryn selalu kena batuk, mesti teruk and meleret sampai 2-3 minggu...siap kena sedut kahak la, on nubelizer la...tak sanggup nak tgk dia kena all that kind of gadgets and ubat on her...Farah harap ekah sembuh dengan cepat and jgn lupa makan ubat!

Nad said...

It's normal for kids that age to batuk sampai muntah and they will have that often especially bila bercampur dgn ramai orang ... tapi kalau dah kena jangkitan ke paru² tu, that's not good .... kesian ekah ... kiss sket ... tak lama lagi dapat adik yay yayyyy

Mama of 2 Princess said...

Gill,
thanx for your support, memang lately penat yang amat sangat, mana dengan kandungan, ekah lagi, nasib PIL ada, diorg banyak membantu. Hari ni nampak dah kurang sikit, harap cepat sembuh.

-------------------------------

Mallan,
Kat sini bila musim panas, angin ribut selalu berlaku, tu yang penyakit mudah tersebar melalui angin. Memang kalau anak sakit, emak yang tak boleh tidur dibuatnya. Risau betul, nak bantu setakat yang mampu jerlah, as u said, frust kan kalau tak boleh nak buat apa-apa, ekah bila batuk rasa macam nak luruh jantung ni...kesian dia tercungap-cungap lepas tu, then siap mengadu sakit...:(

----------------------------

farah,
sebab tu shinky cepat-cepat bawak ekah gi jumpa doctor, sebab dia kalau dah batuk memang mudah infection kat paru-paru. Lepas tu mulalah bila bernafas berbunyi-bunyi, risau shinky dibuatnya. Nasib dia jenis yang tak takut makan ubat. Harap dia cepat sembuh.

---------------------------

hi online,

my FIL pun kata elok kalau dia muntah, kasi clear dia punya kahak semua, tapi tulah bila paru-paru kena jangkitan, tu yang bahaya, so far, not so bad, still under control.

btw....may i know who u r? Probably u r the same person who always visit here,but using another id...right?