Saturday, April 26, 2008

~♥~Mak Buyung Story

Assalamualaikum,

Kali ni shinky nak cerita pasal baby yang kat dalam perut ni pulak. Sekarang ni dah cecah 31 weeks, 4 days. Sekejap jer kan, tau-tau nanti dah nak terberanak jer. Due date dijangka pada 9/7/2008. Time tu tengah summer. Memang panas berdenting. Sib baik kat bilik ni ada aircond, dan Alhamdulillah, baru jer pasang generator, so kalau blackout, boleh back up ngan kuasa elektrik dari generator, so, taklah azab sangat. Kat sini kalau musim panas, suhu boleh cecah 50 darjah celcius tau, memang tak leh keluar rumah langsung. Kalau nak keluar pun time malam. Siang lagi panjang dari malam. Pukul 4 pagi dah terang, then pukul 8 malam barulah nak gelap.

Eh, melalut cerita pasal cuaca lah pulak. Berbalik pada cerita baby kat dalam perut ni. Sekarang ni dah masuk third trimester, so, makan dah kurang, shinky more to eat fruits lately. Pak mentua hehari beli banyak buah, musim panas ni banyak buah tembikai, dan coming soon buah mangga lah pulak. Mangga is a king of the fruit kat sini, kalau kat Malaysia, buah durian. Kata pak mentua dan orang-orang kat sini, masa mengandung kalau banyak makan buah, baby yang lahir nanti InsyaAllah cantik dan kulit pun bersih. So, ikut jerlah, yang penting baby ni sihat dan cukup sifat. Amin.

Dah terselit cerita pasal buah lah pulak, back to the topic. Okay, sekarang ni baby kat dalam perut mama dah tak boleh nak berakrobatik lagi, space dah kurang, so, dia mengeliat-ngeliat dan tumbuk serta tendang perut mama dia, belum keluar lagi dah pandai protest. Paling kuat dia menendang bila mama lambat sikit makan. Dah kenyang, mengeliat-ngeliat lah pulak, kengkadang nampak kat perut macam wave gitu. Ingatkan, ekah yang lasak masa dalam perut dulu, tengok cara, yang ni lebih lasak lagi. Kalau keluar nanti tak taulah macamana perangai.

Sekarang ni, waktu malam paling azab nak tido, memang tak boleh nak tidur, rasa kurang selesa yang amat sangat, mata mengantuk, tapi bila letak badan jer, start tak selesa, baring kiri tak selesa, baring kanan tak selesa, baring terlentang, laagilah tak tenteram. Kalau duduk lama-lama, bila nak bangun, adoilah, memang sakit kat bawah perut, kengkadang ngilu sampai ke "tuut". Bukan senang jadi mak buyung ni kan.

Untuk menambah stamina, cewah, cam bagus jer bunyiknyer...untuk menambah stamina, shinky bawak berjalan-jalan sekeliling kawasan rumah setiap pagi dan petang, at least 15 minutes. Memang letih dibuatnyer, sebab mengandung kali ni rasa perut ni lebih besar dan berat berbanding mengandungkan ekah dulu. Selalu jugak buat senaman Kegal, untuk kuatkan otot pelvic. Untuk keterangan lebih lanjut pasal Kegel Excercise, boleh Klik kat sini

http://www.childbirth.org/articles/kegel.html

Okaylah, untuk menyampaikan hajat Farah anaknyer Pak Deen, juga untuk tatapan rakan-rakan yang selalu mengungjungi blog ini seperti till, mrs.cupit, pinat, maisya, mallan, cali dan sultana, serta yang lain-lain, ni shinky tempek gambar latest shinky, the mak buyung.....harap puashati ngan gambar ni yer.





P/s: tengoklah jari jemariku yang tembam...he he.


Oh ya, yg ni pulak gambar masa mengandungkan ekah, tengah sarat ni, beberapa hari sebelum nak bersalin. :)


-EDITED-

-EDITED-



P/s: shinky try nak pakai baju ni sekarang, tak muat dah weih.....:P



3 comments:

Gille said...

Puas hati. about 9 weeks to go, how exciting. Keadaan cuaca yg panas macam itu tentu membuat Shinky sangat kurang selesa.

Lebih kurang lah tu Shinky. Saya pun baju mostly dah tak muat, especially jeans atau seluar yg ber zip. nasib baik say suka yg jenis ada tali tu, macam punjabi suit gitu. senang. Saya, time Emil and Asha, bengkak lepas bersalin. bengkak teruk kaki, dari betis ke bawah ..aduss.. so ugly, they were looking like ikan gupi. Ini semua pasal kilang susu.

Farah Deen said...

Shinky,
Enjoy this ending journey of your pregnancy!Syok la pikir2 nak mengandung, tapi azab nak bersalin..gerun! Anyway, I wish u selamat melahirkan anak ke dua nih and semoga dikurniakan bayi yang sihat walafiat and comeiii macam ekah! Jgn lupa update kitorang tau!

Mama of 2 Princess said...

Till,
bila tengok balik baju lama yang hanya pakai sekali jer tu kan, rasa sayang sangat. bilalah boleh pakai balik, kali ni nak kena kuatkan azam untuk at least kurangkan berat badan agar boleh pakai baju-baju tu semua. cewah...berangan tak hengat.

Farah,
enjoy hang kata, macam tak leh bernapas pun ada kengkadang..keh heh heh. tapi tulah kan, kata orang hanya orang perempuan yang dapat merasa nikmat mengandung ni. dan masa mengandung ni semua doa kita akan dimakbulkan kan. Thanx my dear for your wish. Yes, insyaAllah shinky akan up date kat sini....antara cepat ngan lambat jer :)