Wednesday, April 23, 2008

~♥~Istiadat Pertunangan Orang Afghan

Alright, kali ni shinky nak story mory berkenaan Istiadat orang-orang Afghan bertunang.


Biasanya perkahwinan bagi orang Afghan diatur oleh ibubapa, jarang yang berkhawin atas dasar cinta sama cinta. Ibu bapa pihak lelaki akan bertanya daripada kaum keluarga dan sahabat handai jika mereka kenal atau mengetahui gadis yang sesuai untuk dijadikan calon menantu. Bila sudah ada calon, pihak lelaki yang terdiri daripada ibu dan kakak atau kakak ipar akan pergi ke rumah calon menantu untuk melihat gadis tersebut. Sekiranya pihak lelaki berkenan maka akan dijalankan upacara "merisik" atau di sini di panggil "rishtey" yang bermaksud mengikat tali perhubungan.


Sebelum merisik pihak perempuan telah diberitahu oleh pihak lelaki bahawa mereka akan datang untuk merisik. Pihak perempuan mengharapkan semua ahli keluarga pihak lelaki datang untuk membolehkan pihak perempuan mengenali ahli keluarga pihak lelaki dengan lebih dekat. Oleh itu, semasa merisik ini, ibubapa pihak lelaki, adik beradik serta ipar akan berkunjung ke rumah pihak perempuan.


Semasa merisik, pihak lelaki akan membawa sebentuk cincin tanda merisik. Selain daripada cincin tanya, ada juga dibawa buah tangan seperti buah-buahan, manis-manisan dan sepersalinan pakaian untuk calon menantu. "Inai" atau "Nakriz" juga di bawa. Wang juga ada diberikan, mengikut kemampuan setiap ahli keluarga pihak lelaki.

Selepas selesai berbual mesra dan menjamu selera, pihak perempuan akan ditanya samada gadis sudah berpunya atau belum. Jika belum, sudilah kiranya pihak perempuan menerima risikan pihak lelaki. Sekiranya pihak perempuan bersetuju dan berkenan, maka pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang dalam jangkamasa yang ditetapkan, bagi Mi Kaka (pak cik ekah), pertunangan dijalankan sebulan selepas merisik.

Bagi pihak perempuan pula, semasa merisik ini, mereka akan menghadiahkan sepersalinan pakaian kepada setiap yang hadir. Sekeping gambar calon menantu perempuan akan diberikan kepada pihak lelaki untuk ditunjukkan kepada kaum keluarga dan sahabat handai yang akan menziarah kelak.

Setelah selesai upacara merisik, maka sibuklah pula dengan persiapan untuk pertunangan. Pihak lelaki akan mewarwarkan bahawa tidak lama lagi upacara pertunangan akan diadakan. Dari hari merisik sehinggalah hari hendak bertunang, saudara mara dan rakan rapat akan datang ke rumah pihak lelaki untuk mengucapkan tahniah dan melihat persiapan pertunangan serta gambar bakal tunang. Pihak pengantin lelaki akan menyanyi dan menari sebagai tanda terima kasih dan menyatakan perasaan gembira. Lagu yang dinyanyikan berunsur syukur ke hadrat Illahi dan puji pujian. Ada juga lagu lagu moden yang diselitkan.

Sebelum hari pertunangan dijalankan, wakil daripada pihak lelaki akan berkunjung ke rumah pihak perempuan untuk menghantar pakaian pertunangan bagi bakal tunang dan ahli keluarga pihak perempuan. Setiap ahli keluarga akan menerima sepersalinan pakaian. Sekiranya sepersalinan pakaian untuk setiap ahli keluarga diberikan semasa pertunangan, maka semasa majlis perkahwinan nanti tidak perlu diberi lagi. Sebaliknya jika semasa pertunangan tidak diberi, maka sepersalinan pakaian ini akan diberikan semasa majlis perkahwinan kelak. Oh ya lupa nak bagitau, untuk bakal pengantin perempuan, diberikan sepersalinan pakaian pertunangan yang telah siap ditempah, 2 pasang baju, sepasang kasut, sebuah beg tangan, satu set alat persolekan, satu set gelang tangan mengikut warna baju, dan beberapa barangan penjagaan kecantikan.

Majlis pertunangan biasanya dibuat di rumah pihak perempuan, bagi Mi Kaka, majlis diadakan di Dewan Perkahwinan di Islamabad. Rombongan meminang akan disambut oleh pihak perempuan dengan paluan gendang dan lagu, serta tarian tradisional afghanistan.

Semasa bertunang, pihak lelaki akan membawa satu set barang kemas yang terdiri daripada cincin tunang, rantai leher, gelang tangan, anting-anting dan rantai juntai yang diletakkan di atas dahi. Bersama itu juga di hadiahkan manis-manisan, buah-buahan, dan duit. Bakal pengantin lelaki turut hadir semasa majlis pertunangan.

Mula-mula si gadis di bawa ke pelamin. Sepanjang diarak ke pelamin, pihak pengantin lelaki yang terdiri daripada adik beradik perempuan dan ipar perempuan akan menabur bunga kepada gadis. Setelah duduk dipelamin, muzik dimainkan dan bergilir-gilir gadis dan perempuan dari pihak lelaki menari.

Kemudian, barulah muncul bakal pengantin lelaki, dan seperti si gadis, si teruna juga ditaburkan bunga dan di arak dengan iringan lagu dan tarian daripada pihak lelaki hingga ke pelamin. Inilah kali pertama si gadis dan si teruna dipertemukan. Kemudian upacara tukar cincin dijalankan, dimana si gadis menyarungkan cincin kepada si teruna dan si teruna menyarungkan cincin kepada si gadis. Kemudian diadakan upacara potong kek. Si teruna menyuap kek kepada si gadis dan si gadis menyuap kek kepada si teruna.

Selepas itu, upacara tari menari diteruskan untuk meraikan si teruna dan si gadis. Selepas selesai menjamu selera, maka tamatlah upacara pertunangan. Sebelum pulang pihak gadis akan menghadiahkan "tanda tunang" kepada pihak lelaki.

Di bawah ini adalah gambar "tanda tunang" Dalam dulang kaca dua tingkat tu, diletakkan manisan sebagai tanda kemanisan alam pertunangan.




Bila sudah pulang daripada bertunang, tibalah masanya kaum keluarga daripada pihak lelaki dan sahabat handai akan menziarahi untuk mengucapkan tahniah. Semasa inilah "tanda tunang" ditunjukkan kepada mereka yang berkunjung, dan mereka akan meletakkan duit, ikut kemampuan mereka ke dalam dulang kaca tersebut, sebagai mengucapkan tahniah.

Sebelum majlis perkahwinan dijalankan, kali ini, pihak lelaki pula menjemput pihak perempuan untuk berkunjung balas dan disajikan dengan hidangan yang istimewa sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih. Selalunya diadakan dalam jangka waktu satu bulan selepas bertunang. Kemudian, tarikh hari perkahwinan akan ditetapkan.

Shinky minta maaf kerana tidak dapat nak sertakan banyak gambar pertunangan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun, di bawah ni, adalah gambar sang gentlemen dari pihak lelaki. Ekah pun ada menyelit sekali, dia ni pelik sikit, budak-budak lain sibuk dok ngan mak diorg, dia pulak sibuk dok ngan atuk atuk. Yang muka kena conteng tu, abah ekah eh...sorry tak leh nak tunjuk....jangan marah aaa

P/s: cuba perhatikan mata ekah, dia dok aim "tanda tunang" sebab kat dalam tu ada cokelat....:P







Di bawah ini adalah gambar bakal pengantin perempuan, si gadis yang ayu....bakal menjadi ahli keluarga kami nanti. Barang kemas yang di pakai tulah yang dihadiahkan daripada pihak lelaki. Begitu juga dengan baju yang dipakai, adalah hadiah daripada pihak lelaki.




Shinky harap info yang shinky berikan tentang majlis pertunangan orang Afghan ini dapat memberikan sedikit ilmu dan manafaat kepada setiap pengunjung blog ekah ni. Bila tiba masa perkahwinan nanti, shinky ceritakan pengalaman semasa majlis perkahwinan pula insyaAllah.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah di sini :)



5 comments:

Gille said...

Menarik, its very much like the Northern Indians Customs, the Punjabies at least practice the same, jewelry as in bangels, neckles(specially design very indian)the thing on the forehaed and then clothings for every member of the family.
Isn't it too much? wink wink

Did you go through the same?

PINATBATE said...

menarik..menambah ilmu baru hari ini...terima kasih..

Farah Deen said...

Thanks for sharing the culture...interesting kan tiap tiap culture nih..tempek la pic shinky lak ...hihihihi

Mama of 2 Princess said...

Till,
memang menarik budaya dari lain-lain bangsa kan. Memang dari dulu Afghanistan, Pakistan dan Hindustan ni satu rumpun,sekarang ni berpecah. Sebab tu budaya diorang lebih kurang. Memang too much lah kalau difikirkan, dan shinky tengok pun macam agak kerterlaluan dalam pemberian barang-barang masa tunang ni, tapi diorang mampu, so shinky tak cakap apa pun. Masa shinky, well, my time was the very simple one :) I yang nak macam tu. Yang penting bahagia kan till.


Pinat,
sama-sama kasih, shinky pun banyak jugak dapat maklumat dan ilmu kat blog alwan tu....:)


Farah,
It's my pleasure, memang interesting, cuma shinky tak leh nak share gambar as my adik ipar tak bagi,memang budaya diorag macam tu. Ada tu yang langsung tak bagi ambil gambar tau.
My pic aa....ada, nanti buat tayangan perdana soon...he he. Muka mak buyung yang tak sudah....

Gille said...

Ha ha, veyr true. You reminded me of mine. Too simple actually. Macam yg Shinky kata, kami bahagia.