Wednesday, April 16, 2008

~♥~Bersama-samalah Kita Berdoa

Assalamualaikum.

Malam ini, jam lebih kurang 9 malam, waktu Pakistan, saudara sebelah mak mentua shinky yang tinggal agak berhampiran dengan tempat kami ni datang sekeluarga ke rumah kami. Mereka tinggal di kawasan yang bernama Karkhanoo, lebih kurang 45 minit perjalanan dengan kereta dari tempat kami.

Kami terkejut kerana mereka sekeluarga datang serentak, selalunya kalau datang berkunjung pun tak lah sampai satu keluarga. Tapi kali ni mereka datang beramai-ramai, hampir satu keluarga iaitu semua perempuan dan kanak-kanak. Cuma yang lelaki tidak ikut sama, mereka stay kat rumah.

Untuk pengetahuan semua, mereka datang kerana untuk mendapatkan tempat perlindungan. Kawasan kediaman mereka tidak aman di masa ini. Seorang terrorist atau pemberontak sedang membuat onar di tempat mereka tinggal. Pemberontak ini memaksa mereka menyokong dirinya untuk menjadi ketua di kawasan tersebut, sedangkan dia bukanlah orang tempatan. Penduduk Karkhanoo tidak bersetuju dan menentang lelaki ini.

Sekarang ini berlaku serangan dan tembak menembak antara pemberontak ini dan pengikut-pengikutnya dengan askar kerajaan. Yang menjadi mangsa ialah penduduk di kawasan tersebut. Kesian kami dengan keadaan yang menimpa mereka.

Bayangkan, jika kejadian ini berlaku kepada kita? Kepada siapa kita hendak mengadu? Mujurlah mereka ada kami, jadi adalah tempat untuk berlindung, sekiranya tiada sesiapa, terpaksalah mencari tempat perlindungan samada di masjid atau padang permainan atau tepi-tepi jalan.

Shinky sebak bila melihat kanak-kanak kecil yang tak tau apa-apa, berkemungkinan menjadi mangsa peluru. Nauzubillah.

Di sini, shinky memohon jasa baik rakan-rakan yang mengunjungi blog ini, supaya mendoakan agar pemberontak ini dapat diberkas dan semoga perbalahan ini dapat dihentikan dengan segera. Amin. Doakan juga agar kanak-kanak, orang tua, perempuan dan semua penduduk di Karkhanoo selamat hendaknya. Amin

Malam ini shinky mendapat pengajaran, kalau Allah hendak menduga kita, ianya berlaku secara tiba-tiba, andaikata kita tak sempat bertaubat.......Nuzubillah. Sama-samalah kita ambil iktibar daripada kejadian ini. Dan bersyukurlah dengan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Hari ini, hari mereka, mana tahu, satu hari nanti giliran kita pula.

4 comments:

Gille said...

God, he does his things in a special way. No one is left alone.
Manusia ada sifat tamak, itulah yg membuat kehidupan di dunia ni susah.

I don't know what I am writing about. Sedih baca posting Shinky.
Harap, yg benar tak akan tewas.

Farah Deen said...

I really hope semuanya dalam keadaan selamat...I HATE WARS...mangsa ialah orang yang tak de kena mengena...tambah sadis lagi kalau budak2 yang tak berdosa jadi mangsa...People will really look down on muslim community and create hatred among the society!!

Mama of 2 Princess said...

Till,
tulah, memang tak berhati perut betul orang yang gila kuasa nih. Sebab dia, orang lain yang tak bersalah menjadi mangsa, menyampah ada, benci ada, rasa nak tembak jer kat kepada dia pun ada. Masa malam yg keluarga tu datang sini kan till, kami kat sini boleh dengar tau bunyi bom dan tembak-menembak pada waktu tengah malam, seram sejuk juga dibuatnya. Syukurlah sekarang ni semua dah selesai, dah kena tangkap dah lelaki tak ada otak tu. Baguslah. Harap dia mendapat balasan yang setimpal.

Mama of 2 Princess said...

Farah,
alhamdulillah, semuanya dah selesai, hari ni lelaki tu dah di berkas dan akan dihadapkan ke muka pengadilan. Keluarga yang tumpang tinggal di sini pun dah pulang petang tadi, terpancar wajah lega di muka diorg. Memang mengerikan tau bila dengar bunyi bom tu semua walaupun dari jauh....kalaulah kita di tempat kejadian...tak dapat shinky nak bayangkan. Alhamdulillah, semua telah kembali normal.