Monday, April 28, 2008

~♥~Gara-gara Nak Pakai Kasut Sendiri

Sekarang ni my princess kemaruk nak pakai baju, seluar, kasut semua sendiri. Lepas mandi, kalau kita nak pakaikan baju punyalah azab, dia akan berlari satu rumah, then lepas tu tak nak kita pakaikan, dia nak pakai sendiri. Kalau pakai sendiri tu, betul tak apalah jugak, bila dah tak boleh nak pakai dengan betul, mulalah terjerit-jerit suruh kita pakaikan.

Lagi satu habit dia, sepanjang masa asyik nak tukar baju. Pantang baju basah sikit nak tukar, baju kotor sikit nak tukar, nasib baik dia tak boleh ambil baju-baju baru dia yang mama simpan kat almari mama, kalau tak, memang asyik nak pakai baju baru jer.

Gara-gara sibuk nak pakai kasut sendiri, hah inilah jadiknyer, cuba perhatikan, gambar di bawah. Kasut yang ekah pakai nih, terbalik. Lepas tu, setokin sebelah betul, sebelah terbalik (sebelah kiri). Dah tu, sekarang kan dah start panas, mana ada budak lain pakai stokin lagi, dia tak pedulik dia pakai jugak, lepas tu, sampai tidur, pakai stokin ngan kasut, kita nak bukak dia tak bagi....sambil hentak-hentak kaki...sabar jer lah. Memacam perangai puteri mama ni tau.

Saturday, April 26, 2008

~♥~Mak Buyung Story

Assalamualaikum,

Kali ni shinky nak cerita pasal baby yang kat dalam perut ni pulak. Sekarang ni dah cecah 31 weeks, 4 days. Sekejap jer kan, tau-tau nanti dah nak terberanak jer. Due date dijangka pada 9/7/2008. Time tu tengah summer. Memang panas berdenting. Sib baik kat bilik ni ada aircond, dan Alhamdulillah, baru jer pasang generator, so kalau blackout, boleh back up ngan kuasa elektrik dari generator, so, taklah azab sangat. Kat sini kalau musim panas, suhu boleh cecah 50 darjah celcius tau, memang tak leh keluar rumah langsung. Kalau nak keluar pun time malam. Siang lagi panjang dari malam. Pukul 4 pagi dah terang, then pukul 8 malam barulah nak gelap.

Eh, melalut cerita pasal cuaca lah pulak. Berbalik pada cerita baby kat dalam perut ni. Sekarang ni dah masuk third trimester, so, makan dah kurang, shinky more to eat fruits lately. Pak mentua hehari beli banyak buah, musim panas ni banyak buah tembikai, dan coming soon buah mangga lah pulak. Mangga is a king of the fruit kat sini, kalau kat Malaysia, buah durian. Kata pak mentua dan orang-orang kat sini, masa mengandung kalau banyak makan buah, baby yang lahir nanti InsyaAllah cantik dan kulit pun bersih. So, ikut jerlah, yang penting baby ni sihat dan cukup sifat. Amin.

Dah terselit cerita pasal buah lah pulak, back to the topic. Okay, sekarang ni baby kat dalam perut mama dah tak boleh nak berakrobatik lagi, space dah kurang, so, dia mengeliat-ngeliat dan tumbuk serta tendang perut mama dia, belum keluar lagi dah pandai protest. Paling kuat dia menendang bila mama lambat sikit makan. Dah kenyang, mengeliat-ngeliat lah pulak, kengkadang nampak kat perut macam wave gitu. Ingatkan, ekah yang lasak masa dalam perut dulu, tengok cara, yang ni lebih lasak lagi. Kalau keluar nanti tak taulah macamana perangai.

Sekarang ni, waktu malam paling azab nak tido, memang tak boleh nak tidur, rasa kurang selesa yang amat sangat, mata mengantuk, tapi bila letak badan jer, start tak selesa, baring kiri tak selesa, baring kanan tak selesa, baring terlentang, laagilah tak tenteram. Kalau duduk lama-lama, bila nak bangun, adoilah, memang sakit kat bawah perut, kengkadang ngilu sampai ke "tuut". Bukan senang jadi mak buyung ni kan.

Untuk menambah stamina, cewah, cam bagus jer bunyiknyer...untuk menambah stamina, shinky bawak berjalan-jalan sekeliling kawasan rumah setiap pagi dan petang, at least 15 minutes. Memang letih dibuatnyer, sebab mengandung kali ni rasa perut ni lebih besar dan berat berbanding mengandungkan ekah dulu. Selalu jugak buat senaman Kegal, untuk kuatkan otot pelvic. Untuk keterangan lebih lanjut pasal Kegel Excercise, boleh Klik kat sini

http://www.childbirth.org/articles/kegel.html

Okaylah, untuk menyampaikan hajat Farah anaknyer Pak Deen, juga untuk tatapan rakan-rakan yang selalu mengungjungi blog ini seperti till, mrs.cupit, pinat, maisya, mallan, cali dan sultana, serta yang lain-lain, ni shinky tempek gambar latest shinky, the mak buyung.....harap puashati ngan gambar ni yer.





P/s: tengoklah jari jemariku yang tembam...he he.


Oh ya, yg ni pulak gambar masa mengandungkan ekah, tengah sarat ni, beberapa hari sebelum nak bersalin. :)


-EDITED-

-EDITED-



P/s: shinky try nak pakai baju ni sekarang, tak muat dah weih.....:P



Wednesday, April 23, 2008

~♥~Istiadat Pertunangan Orang Afghan

Alright, kali ni shinky nak story mory berkenaan Istiadat orang-orang Afghan bertunang.


Biasanya perkahwinan bagi orang Afghan diatur oleh ibubapa, jarang yang berkhawin atas dasar cinta sama cinta. Ibu bapa pihak lelaki akan bertanya daripada kaum keluarga dan sahabat handai jika mereka kenal atau mengetahui gadis yang sesuai untuk dijadikan calon menantu. Bila sudah ada calon, pihak lelaki yang terdiri daripada ibu dan kakak atau kakak ipar akan pergi ke rumah calon menantu untuk melihat gadis tersebut. Sekiranya pihak lelaki berkenan maka akan dijalankan upacara "merisik" atau di sini di panggil "rishtey" yang bermaksud mengikat tali perhubungan.


Sebelum merisik pihak perempuan telah diberitahu oleh pihak lelaki bahawa mereka akan datang untuk merisik. Pihak perempuan mengharapkan semua ahli keluarga pihak lelaki datang untuk membolehkan pihak perempuan mengenali ahli keluarga pihak lelaki dengan lebih dekat. Oleh itu, semasa merisik ini, ibubapa pihak lelaki, adik beradik serta ipar akan berkunjung ke rumah pihak perempuan.


Semasa merisik, pihak lelaki akan membawa sebentuk cincin tanda merisik. Selain daripada cincin tanya, ada juga dibawa buah tangan seperti buah-buahan, manis-manisan dan sepersalinan pakaian untuk calon menantu. "Inai" atau "Nakriz" juga di bawa. Wang juga ada diberikan, mengikut kemampuan setiap ahli keluarga pihak lelaki.

Selepas selesai berbual mesra dan menjamu selera, pihak perempuan akan ditanya samada gadis sudah berpunya atau belum. Jika belum, sudilah kiranya pihak perempuan menerima risikan pihak lelaki. Sekiranya pihak perempuan bersetuju dan berkenan, maka pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang dalam jangkamasa yang ditetapkan, bagi Mi Kaka (pak cik ekah), pertunangan dijalankan sebulan selepas merisik.

Bagi pihak perempuan pula, semasa merisik ini, mereka akan menghadiahkan sepersalinan pakaian kepada setiap yang hadir. Sekeping gambar calon menantu perempuan akan diberikan kepada pihak lelaki untuk ditunjukkan kepada kaum keluarga dan sahabat handai yang akan menziarah kelak.

Setelah selesai upacara merisik, maka sibuklah pula dengan persiapan untuk pertunangan. Pihak lelaki akan mewarwarkan bahawa tidak lama lagi upacara pertunangan akan diadakan. Dari hari merisik sehinggalah hari hendak bertunang, saudara mara dan rakan rapat akan datang ke rumah pihak lelaki untuk mengucapkan tahniah dan melihat persiapan pertunangan serta gambar bakal tunang. Pihak pengantin lelaki akan menyanyi dan menari sebagai tanda terima kasih dan menyatakan perasaan gembira. Lagu yang dinyanyikan berunsur syukur ke hadrat Illahi dan puji pujian. Ada juga lagu lagu moden yang diselitkan.

Sebelum hari pertunangan dijalankan, wakil daripada pihak lelaki akan berkunjung ke rumah pihak perempuan untuk menghantar pakaian pertunangan bagi bakal tunang dan ahli keluarga pihak perempuan. Setiap ahli keluarga akan menerima sepersalinan pakaian. Sekiranya sepersalinan pakaian untuk setiap ahli keluarga diberikan semasa pertunangan, maka semasa majlis perkahwinan nanti tidak perlu diberi lagi. Sebaliknya jika semasa pertunangan tidak diberi, maka sepersalinan pakaian ini akan diberikan semasa majlis perkahwinan kelak. Oh ya lupa nak bagitau, untuk bakal pengantin perempuan, diberikan sepersalinan pakaian pertunangan yang telah siap ditempah, 2 pasang baju, sepasang kasut, sebuah beg tangan, satu set alat persolekan, satu set gelang tangan mengikut warna baju, dan beberapa barangan penjagaan kecantikan.

Majlis pertunangan biasanya dibuat di rumah pihak perempuan, bagi Mi Kaka, majlis diadakan di Dewan Perkahwinan di Islamabad. Rombongan meminang akan disambut oleh pihak perempuan dengan paluan gendang dan lagu, serta tarian tradisional afghanistan.

Semasa bertunang, pihak lelaki akan membawa satu set barang kemas yang terdiri daripada cincin tunang, rantai leher, gelang tangan, anting-anting dan rantai juntai yang diletakkan di atas dahi. Bersama itu juga di hadiahkan manis-manisan, buah-buahan, dan duit. Bakal pengantin lelaki turut hadir semasa majlis pertunangan.

Mula-mula si gadis di bawa ke pelamin. Sepanjang diarak ke pelamin, pihak pengantin lelaki yang terdiri daripada adik beradik perempuan dan ipar perempuan akan menabur bunga kepada gadis. Setelah duduk dipelamin, muzik dimainkan dan bergilir-gilir gadis dan perempuan dari pihak lelaki menari.

Kemudian, barulah muncul bakal pengantin lelaki, dan seperti si gadis, si teruna juga ditaburkan bunga dan di arak dengan iringan lagu dan tarian daripada pihak lelaki hingga ke pelamin. Inilah kali pertama si gadis dan si teruna dipertemukan. Kemudian upacara tukar cincin dijalankan, dimana si gadis menyarungkan cincin kepada si teruna dan si teruna menyarungkan cincin kepada si gadis. Kemudian diadakan upacara potong kek. Si teruna menyuap kek kepada si gadis dan si gadis menyuap kek kepada si teruna.

Selepas itu, upacara tari menari diteruskan untuk meraikan si teruna dan si gadis. Selepas selesai menjamu selera, maka tamatlah upacara pertunangan. Sebelum pulang pihak gadis akan menghadiahkan "tanda tunang" kepada pihak lelaki.

Di bawah ini adalah gambar "tanda tunang" Dalam dulang kaca dua tingkat tu, diletakkan manisan sebagai tanda kemanisan alam pertunangan.




Bila sudah pulang daripada bertunang, tibalah masanya kaum keluarga daripada pihak lelaki dan sahabat handai akan menziarahi untuk mengucapkan tahniah. Semasa inilah "tanda tunang" ditunjukkan kepada mereka yang berkunjung, dan mereka akan meletakkan duit, ikut kemampuan mereka ke dalam dulang kaca tersebut, sebagai mengucapkan tahniah.

Sebelum majlis perkahwinan dijalankan, kali ini, pihak lelaki pula menjemput pihak perempuan untuk berkunjung balas dan disajikan dengan hidangan yang istimewa sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih. Selalunya diadakan dalam jangka waktu satu bulan selepas bertunang. Kemudian, tarikh hari perkahwinan akan ditetapkan.

Shinky minta maaf kerana tidak dapat nak sertakan banyak gambar pertunangan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun, di bawah ni, adalah gambar sang gentlemen dari pihak lelaki. Ekah pun ada menyelit sekali, dia ni pelik sikit, budak-budak lain sibuk dok ngan mak diorg, dia pulak sibuk dok ngan atuk atuk. Yang muka kena conteng tu, abah ekah eh...sorry tak leh nak tunjuk....jangan marah aaa

P/s: cuba perhatikan mata ekah, dia dok aim "tanda tunang" sebab kat dalam tu ada cokelat....:P







Di bawah ini adalah gambar bakal pengantin perempuan, si gadis yang ayu....bakal menjadi ahli keluarga kami nanti. Barang kemas yang di pakai tulah yang dihadiahkan daripada pihak lelaki. Begitu juga dengan baju yang dipakai, adalah hadiah daripada pihak lelaki.




Shinky harap info yang shinky berikan tentang majlis pertunangan orang Afghan ini dapat memberikan sedikit ilmu dan manafaat kepada setiap pengunjung blog ekah ni. Bila tiba masa perkahwinan nanti, shinky ceritakan pengalaman semasa majlis perkahwinan pula insyaAllah.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah di sini :)



Monday, April 21, 2008

~♥~Sometimes My Princess Did The Things Which Really Touched My Heart



Ada beberapa tindakan my princess yang buat shinky rasa tersentuh sangat:

1) Bila lepas makan, dia sendiri akan bawa pinggan dia ke dapur, tak der sesiapa pun ajar, first time dia buat tu, we all semua rasa terkejut sangat. Lepas tu siap nak kemas dapur lagi.


2) Kadang-kadang tak dapat nak elak, shinky termenangis depan dia, then dia akan tanya "waley zari" means "kenapa menangis" then, dia akan wipes airmata dengan tudung mama dia. This will make me cried more sometimes....but it's really calm me down after that.

3) Bila shinky mengadu yang shinky pening kepala, dia akan urut kepala shinky.

4) Bila shinky mengadu sakit, my cute little princess akan tanya "kum jai khugi gie?" maknanya "tempat mana yang sakit", then bila kita tunjuk tempat yang sakit, contohnya, jari kita luka ka, dia akan kiss tempat yang sakit tu, then lepas kiss, dia akan tanya "khe su?" maksudnya "dah baik dah?", how sweet kan?

5) Bila dia tengah makan something like chocolate ker, biskut ker, dia akan bagi sedikit kat mama dia, orang lain mintak jangan harap dia nak bagi.

6) Makan time, bila semua orang dah duduk untuk makan bersama-sama, dan dia tengok mama dia still tak da, dia akan cari mama dia, then kata "mama, dalta rasha, kieana, dodday ukhra" bermaksud "mama, marilah sini, duk kat sini, makan". Sampai tok ngan nenek dia pun terpegun dengar dia boleh cakap cam tu :)

7) Sudah menjadi kebiasaan kat sini bila kita duduk, kat belakang kita, diletakkan bantal, sebagai alas untuk bersandar. One day, nenek ekah penat, baru balik rumah dari luar, then bila dia nampak nenek dia duduk, terus dia bagi bantal (takia), nenek dia terkejut....terus cium ekah. Dia pun tak sangka ekah boleh buat macamtu, padahal bantal tu lebih berat dari dia :P


Walaupun bagi orang lain, ini hanyalah perkara biasa, tapi bagi shinky, my princess lakukan semua tu, tanpa di ajar, dia buat sendiri, dari apa yang dia lihat dan dia dengar dari orang dewasa. Sungguh di luar jangkaan, dan memang menyentuh perasaan.

Sunday, April 20, 2008

~♥~Puteri Kesayangan Mama Demam :(

Kesian, since 3 hari lepas, puteri kesayangan mama, kena demam selsema. Hidung tersumbat, temperature sampai mencecah 103 degrees fahrenheit. Malam memang tak tidur dia, mama risau sangat, then bawak dia jumpa paed, lepas diberi ubat, barulah demam ekah kebah.

Di bawah ni gambar ekah masa demam, tengok mulut dia terbuka masa tidur sebab hidung tersumbat, so, bernafas ikut mulut.

Alhamdulillah, hari ni ekah dah sihat, dah start joget semula, kat bawah ni video ekah joget, very the pendek one..he he, sebab dia memang tak leh tengok camera, mesti nak terkam.

p/s: dalam video ni ekah cakap "ma tah aka" means "give it to me"...dia nak camera lah tu.

Wednesday, April 16, 2008

~♥~Bersama-samalah Kita Berdoa

Assalamualaikum.

Malam ini, jam lebih kurang 9 malam, waktu Pakistan, saudara sebelah mak mentua shinky yang tinggal agak berhampiran dengan tempat kami ni datang sekeluarga ke rumah kami. Mereka tinggal di kawasan yang bernama Karkhanoo, lebih kurang 45 minit perjalanan dengan kereta dari tempat kami.

Kami terkejut kerana mereka sekeluarga datang serentak, selalunya kalau datang berkunjung pun tak lah sampai satu keluarga. Tapi kali ni mereka datang beramai-ramai, hampir satu keluarga iaitu semua perempuan dan kanak-kanak. Cuma yang lelaki tidak ikut sama, mereka stay kat rumah.

Untuk pengetahuan semua, mereka datang kerana untuk mendapatkan tempat perlindungan. Kawasan kediaman mereka tidak aman di masa ini. Seorang terrorist atau pemberontak sedang membuat onar di tempat mereka tinggal. Pemberontak ini memaksa mereka menyokong dirinya untuk menjadi ketua di kawasan tersebut, sedangkan dia bukanlah orang tempatan. Penduduk Karkhanoo tidak bersetuju dan menentang lelaki ini.

Sekarang ini berlaku serangan dan tembak menembak antara pemberontak ini dan pengikut-pengikutnya dengan askar kerajaan. Yang menjadi mangsa ialah penduduk di kawasan tersebut. Kesian kami dengan keadaan yang menimpa mereka.

Bayangkan, jika kejadian ini berlaku kepada kita? Kepada siapa kita hendak mengadu? Mujurlah mereka ada kami, jadi adalah tempat untuk berlindung, sekiranya tiada sesiapa, terpaksalah mencari tempat perlindungan samada di masjid atau padang permainan atau tepi-tepi jalan.

Shinky sebak bila melihat kanak-kanak kecil yang tak tau apa-apa, berkemungkinan menjadi mangsa peluru. Nauzubillah.

Di sini, shinky memohon jasa baik rakan-rakan yang mengunjungi blog ini, supaya mendoakan agar pemberontak ini dapat diberkas dan semoga perbalahan ini dapat dihentikan dengan segera. Amin. Doakan juga agar kanak-kanak, orang tua, perempuan dan semua penduduk di Karkhanoo selamat hendaknya. Amin

Malam ini shinky mendapat pengajaran, kalau Allah hendak menduga kita, ianya berlaku secara tiba-tiba, andaikata kita tak sempat bertaubat.......Nuzubillah. Sama-samalah kita ambil iktibar daripada kejadian ini. Dan bersyukurlah dengan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Hari ini, hari mereka, mana tahu, satu hari nanti giliran kita pula.

Sunday, April 13, 2008

~♥~Selamat Berhari Minggu

Assalamualaikum.

Hari Ahad kembali lagi, Selamat Berhari Minggu semua. Hari ni shinky just lepak kat rumah macam biasa, ada lagi tetamu dari Afghanistan datang hari ni. So, sibuk di dapurlah nampaknya.

My other half telah pun ke Kabul, Afghanistan semula. Ada tugas yang perlu dijalankan di sana. Tak taulah bila my beloved hubby tu akan kembali ke sini semula. Rasa kosong jer bila dia tak ada, yelah, dialah tempat mengadu, dialah insan yg paling memahami diri ini, bila dia tak ada.....rasa kehilangan sangat. Nasib baik ada puteri kesayangan ku Malaekah, dialah peneman.

Bila ekah dengar jer bunyi door bell, dia kata "abah raghalay, abah raghalay" means, "abah balik, abah balik" Dia ingat abahnyer macam biasa balik dari office. Then mama bagitau dia yg abah tak balik untuk beberapa hari, abah pergi afghanistan, ada kerja di sana. Dia faham rasanya sebab memang selalu pun kami kena tinggal.

Saturday, April 12, 2008

~♥~Tayangan Perdana :P

Tayangan perdana ni khas untuk tatapan Farah aka Mummy Syabil & Daryn. Juga untuk tatapan pengunjung yang selalu mengunjungi blog ekah ni. Nadia, here is me, looks like tong drum lah...ha ha.....mak buyung semula den ni hah. Mama ekah yang bulats dan gedempol...he he

Ni gambar perut, masa ni ngandung 6 bulan, la ni dah nak masuk 7 bulan
Segan tengok gambar sendiri, macam tak percaya jer den boleh membesar sebagai johan :P

- edited -

~♥~My Princess With Her Cousins

Sara Hajeera Farooq & Ekah
Make your own Glitter Graphics

Yeehaa....ini dia gambar my princess si ekah dengan sepupu-sepupu dia.

Memperkenalkan dari kiri Sara, Hajeera dan Mohd.Farooq, yg kanan sekali tulah puteri mama.....Malaekah namanyer...ceh.

Ekah dengan Farooq, diorg berdua ni memang akrab, kengkadang nampak si farooq kissing pipi ekah, kengkadang ekah pulak yg kiss pipi farooq...he heh




Sara, Farooq dan Ekah





Tengoklah anak dara mama....kalau posing memang dialah yg paling tak semenggah.....tak reti duduk diam langsung



Orang lain sibuk pandang camera, ekah pulak dok sebok menyembang tak habis habis

Tengok tuuu...amboiiii besaqqqq nyer mulut puteri kesayangan mama nih, masuk langau nanti


Hah, barulah semua dok pandang camera :)


Dah start semula, tak reti diam betullah ekah ni




Okay, that's all. Tak dapat nak ambik gambar diorg banyak banyak, semua tak reti dok diam, terutama my beloved princess tu....geram jer kita dibuatnyer.

Friday, April 11, 2008

~♥~My Princess Shoes By Age

Semalam dok kemas almari ekah, then belek-belek kasut pertama dia, pakai sekali jer, dan masih tersimpan elok dalam kotak, then dapat idea untuk abadikan gambar kasut dia mengikut umur. Tak sangka baby yang mama lahirkan dengan kaki sebesar 2 jari, kini dah besar dah. Kasut pun dah macam kasut anak dara gitu. Mama akan simpan kasut pertama puteri mama ni sehinggalah ke akhir hayat mama, dan bila puteri mama nak kawin nanti, InsyaAllah akan mama tunjukkan kasut ini kepada puteri mama, bahawa inilah kasut pertama puteri kesayangan mama, dan sekarang puteri mama sudah pun dipunyai....cewah...berangan tak hengat mama kan...he he.



Doa mama semoga Malaekah, puteri mama menjadi anak yang solehah, kakak yang sentiasa membimbing adik-adik menjadi insan yang berguna. Amin



Inilah gambar kasut kasut ekah, dari kiri, Kasut pertama, kasut semasa berumur satu tahun, dan yang paling kanan kasut ekah sekarang semasa usia 2 tahun.



Tuesday, April 8, 2008

~♥~Selamat Menjalankan Ibadat Umrah My Beloved Kak Long

Alhamdulillah, semalam Kak Long selamat berlepas untuk menjalankan ibadat Umrah dengan anak lelakinya. Semoga ibadat Kak Long mendapat keberkatan dan doa adinda semoga Kak Long bertambah tenang di sana, amin. Semenjak kepulangan suami Kak Long ke rahmatullah Kak Long mesti sedih yang teramat sangat. Dengan menjalankan umrah, semoga Kak Long semakin bersemangat untuk menjalankan kehidupan harian.

~♥~Kisah Ekah Dengan Sepupunya

Since minggu lepas, sepupu ekah datang ke sini dari Islamabad. 3 orang iaitu Ahmad Farooq, Sara dan Hajeera. Sejak diorang datang, ekah bukan main sombong lagi dengan mama dia, datang jumpa mama pun time nak tidor jer. Asyik betul bermain dengan sepupu-sepupunya. Yelah, sebelum ni dia asyik sensorang jer, bila dah ada kawan, mestilah dia seronok kan.



Macam-macam kerenah budak-budak kalau dah bersama, sekejap berkawan, sekejap bergaduh, sekejap ketawa, sekejap menangis, nak dengar diorang senyap...time tido jerlah :P



Basikal ekah, dah bersepai dah, tak nampak rupa basikal lagi, handle depan dah tercabut, sabar jerlah. Kat tangga bawah untuk naik ke tingkat atas, atuk ekah dah buat gate penahan, supaya diorang tak leh naik ke tingkat atas lagi, sebab bila main kat tingkat atas, habis bersepah bilik tetamu kat atas, dah tu, asyik main air jer kerja diorg, berapa kali nak tukar baju basah diorang pun tak taulah.



3 hari lepas, ekah gigit kaki Sarah. Malam tadi masa ekah tidor, barulah mama perasan yang kat pipi belah kiri dia ada kesan gigitan....tak taulah siapa punya kerja. Budak-budak, memang macam-macam kerenah.



Ekah, bila Hajeera dok kat pangku mama, dia pun mulalah jeles....terus tolak hajeera dan duduk kat pangku mama. Bila hajeera minum susu, ekah pun nak minum susu. Paling best time makan, ya Allah, habis berterabur lantai dengan makanan. Atuk ekah pulak dah start bukak higest volume sebab tak tahan tengok bebudak ni punya perangai...ha ha.

Nanti bila ada free, shinky postkan gambar diorg berempat :)

Saturday, April 5, 2008

~♥~Afghan's Daily Lifestyle

Shinky ingin berkongsi dengan anda semua sedikit tentang cara hidup seharian orang orang Afghanistan, as my hubby is an afghan kan....:)

Nak cerita tentang cara orang afghan makan.


1) Chilamchi


Firstly, sebelum makan, kena sediakan "chilamchi" atau kalau kat malaysia kita panggil, air basuh tangan. Chilamchi ni kebiasaannya budak lelaki yang bawak, memula kepada orang yang paling tua, dan diikuti dengan yang muda. Kalau tak ada budak lelaki, budak perempuan, dan kalau tak ada budak perempuan, barulah orang lelaki dewasa. Orang perempuan dewasa tak digalakkan bawak chilamchi ni kepada tetamu lelaki, kalau tetamu perempuan, tak pa :) Bila dah tuang air untuk cuci tangan, diberikan sapu tangan atau "dusmal".


Inilah rupanya chilamchi




2) Destarkhan / saprah


Kalau di Malaysia kita selalunya lapik dengan saprah (kain putih) untuk makan semasa kenduri kan, di sini, setiap hari, kalau nak makan kena bentang destarkhan. Lepas dah bentang destarkhan barulah diletakkan makanan yang disediakan untuk di makan. Orang Afghan makan beramai-ramai pada masa yang sama, duk atas lantai, tak pernah nampak lagi yang makan di meja makan. Dalam gambar di bawah, destarkhan ialah alas yang berjalur-jalur.





3) Makanan Orang Afghan


Boleh dikatakan menu utama orang afghan yang biasa dihidangkan ialah Naan, Palau (nasi), Qorma daging, ayam atau kambing, Salata atau salad, Kabab daging, Ayam tandoori, dan syurwa atau sup.


Palau


Cara menyediakan palau, sebelum dimasukkan beras, kita sediakan air rebusan daging. Bila daging sudah empuk barulah masukkan beras basmati.




Kebab



Qorma Daging Kambing


Bahan lazim yang digunakan untuk memasak qorma daging atau kambing, tumiskan bawang, tomato, bawang putih dan halia, bila sudah naik minyak, masukkan daging, bila air daging sudah kering masukkan air dan masak dalam pressure cooker lebih kurang 45 minit.



Chicken tandoori dan roti naan


Qorma dan Chicken tandoori




Salata atau salad



Bahan utama untuk membuat salata ialah bawang, tomato, daun pudina atau daun saderi di hiris, titiskan lemon atau limakasturi dan gaul dengan garam. Untuk hiasan, bolehlah di tambah daun salad, timun, tomato, dan lobak putih atau lobak merah.


Dalam mangkuk sebelah kiri, yang berwarna hijau adalah "chutney". Bahan untuk membuat chutney ialah mastey atau yogurt, daun pudina, daun saderi, seulas bawang putih dan sebutir cili yang di kisar. Kalau ingin tambah perisa bolehlah dimasukkan badam atau pistachio.


Dalam mangkuk sebelah kanan, yang putih tu ialah mastey atau yogurt.


Pencuci mulut


Biasanya dihidangkan kher atau kastard, gambar di bawah ialah kastard mangga.



Turuai atau yogurt drink


Bahan-bahan untuk membuat turuai ialah Yogurt atau mastey, timun, garam dan pudina



Minuman dan buah-buahan


Lepas makan dihidangkan minuman dan buah-buahan.



Sudah menjadi kelaziman orang afghan, 15 minit selepas makan, dihidangkan dengan green tea dan dried fruits sambil berbual-bual seisi keluarga.




Dried fruits yang terdiri daripada kismis hijau, badam, gajus, dan pistachios



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~***~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Bilik atau Ruang Tamu


Bagi orang afghan, setiap rumah perlu ada bilik tetamu, terutamanya untuk orang lelaki, kerana bila ada tetamu lelaki, kaum perempuan di rumah kalau boleh tidak diketahui oleh tetamu lelaki ini akan kewujudan mereka dalam rumah tersebut. Kalau tetamu terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan, tetamu lelaki dan perempuan akan ditempatkan dalam bilik yang berasingan.


Bilik tetamu sudah menjadi kebiasaan dibina di bilik pertama pintu masuk ke rumah, dan ada juga yang menjadikan bilik di tingkat atas sebagai bilik tetamu, di mana tangga ke tingkat atas terletak di tepi pintu masuk rumah. Dengan ini, bila tetamu datang tidak perlu melalui ruang utama tuan rumah.


Ini adalah bilik tamu kami, simple jer.



Kalau diperhatikan, memang orang afghan tidak menggunakan perabot di rumah. Tempat duduk adalah di atas tushak (duvet) bersandarkan takia (pillow)



Tingkap depan tu langsirnya sentiasa ditutup. Ini adalah kerana kat luar tu adalah pintu masuk ke rumah, so kalau ada orang lelaki datang tak lah mereka nampak kalau ada orang perempuan kat dalam bilik tetamu tu, lagipun, pemandu kami duduk di luar tu semasa dia berehat.


Hiasan dinding


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~***~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pakaian tradisional


Inilah baju yang biasa dipakai oleh orang lelaki dan perempuan afghan, shinky letak gambar kanak-kanak ajerlah kat sini ye...:)

~♥~Hujan Dari Semalam ~ Ekah Pulak Batuk

Salam semua,

Dari semalam(Jumaat) hingga hari ini hujan turun tak henti-henti. Kata orang hujan di hari Jumaat ni hujan rahmat kan. Nasib baik tak lebat sangat hujan.

Ekah pulak since 2 hari lepas tak henti-henti batuk, sampai suara dia jadi serak. Mungkin jangkit dari sepupu dia Hajeera yang baru datang dari Islamabad, dia memang dah batuk since sebelum datang sini lagi. Hari ni, abah ekah bawak ekah gi klinik. Nampaknya, lepas makan ubat, kurang sikit batuk ekah, harap sembuh sepenuhnya dengan segera.

Hujan pun dah berhenti nampaknya malam ni. Cuaca jadi sejuk semula since start spring haritu, kena hujan 2 hari berturut-turut, terus sejuk semula, tidur pun keluarkan semula duvet, kalau tak tu guna selimut nipis jer...he he.

Tapi ekah, batuk batuk pun kalau dengar muzik terus jer tepuk tangan then menari....:)





Tuesday, April 1, 2008

~♥~Puteri Ku Yang Suka Bersolek




Lately, ekah ni memang suka yang amat meranapkan alat makeup mama dia. Geram ada, geli hati pun ada tengok gelagat dia make up, kadang-kadang mama dan abah dia pun dimakeup kan sekali....sabar jerlah.

Sekarang ni shinky dah tak letak alat alat make up di tempat yang ekah boleh capai, shinky simpan kat dalam almari baju, siap kunci lagi...so tak ngasalah dia nak make up lagi...he heh.

Ni ada beberapa keping gambar ekah tengah menyelongkar alat make up mama dia :P


Mula-mula siap tarik laci, baru sampai, bertuah punya budak :P





One by one diselongkarnyer


Dahlah comot belum mandi, conteng pulak muka ngan lipstick....lawalah tu konon


Muka tak puas hati bila mama suruh turun dari situ


Ada hati nak sembur perfume konon, padahal "mouth freshner" he heh


Ni pula video ekah meranapkan lipstick mama dia....sabar jer lah

~♥~Khasiat Buah Delima

Kali ni shinky nak berkongsi sama tentang buah delima.



Buah delima dikenali sebagai ar rumman dlm bahasa Arab. Disebut sebanyak 3 kali dlm Al-Quran: Al-An'aam 99, 141 n Ar Rahmaan 68Dlm Ar rahman 68: terjemahannya: Di dalam keduanya (ada macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima.Jelas menunjukkan delima adalah antara buah yg terdpt dlm syurga. Jadi.... tentulah buah delima ni buah yg hebatkan? Penuh dgn khasiat.


Oleh sebab sekarang ni shinky sedang mengandung, so, shinky nak kongsi khasiat buah delima bagi ibu ibu yang mengandung. Ada yang kata buah delima baik untuk perkembangan otak bayi, dan ada yang kata, kalau kita makan buah delima semasa mengandung, anak yang lahir akan kelihatan cantik dan comel, insyaAllah.


Namun, shinky mengambil berkat dari amalan Rasulullah S.A.W, semasa isteri baginda mengandung iaitu, sebaik mungkin makanlah sekurang2nya sebiji buah delima yg masak ranum.



Ada pula yang mengatakan diantara hikmah memakan buah delima semasa mengandung ialah apabila org melihat wajah anak itu, hati akan merasa belas dan kasihan kepadanya. Dan shinky pernah terbaca dalam beribu2 butir delima itu hanya ada satu penawar, jadi, biasanya shinky akan makan sebiji delima tanpa meninggalkan sebutirpun isinya.



Di bawah ni shinky share gambar ekah sedang bermain dengan buah delima, di Afghanistan, buah delima memang menjadi "raja bagi segala buah" dan kebanyakkan buah delima di Afghanistan di eksport ke luar negara. Dalam bahasa pashto, delima di kenali sebagai "anar"







p/s: jenuh ooo nak menghabiskan sebijik buah delima nih...godang yg amat :P