Saturday, October 17, 2009

~♥~Tempat Ku Di Lahirkan

Setelah empat tahun, barulah sekarang shinky dapat melihat semula tanah tumpah darah ku ini, iaitu tempat shinky di lahirkan. Terlalu banyak yang berubah. Kalau dulu suasana tempat tinggal ku ini adalah kawasan kampung yang sungguh indah dan menghijau serta sejuk mata memandang. Namun kini, bagaikan terasa ada kehilangan sesuatu......"suasana kampung". Ini disebabkan pembinaan highway di hadapan rumah ni. Hmmmmm

Tiada lagi rumah-rumah kampung di tepi jalan menuju ke rumah. Tiada lagi makcik-makcik atau pakcik-pakcik yang rajin menegur bila kita lalu depan rumah mereka. Tiada lagi pokok rambutan gading tepi jalan yang sering aku petik bila balik dari sekolah. Tiada lagi pelita minyak tanah yang menerangi sepanjang jalan menuju ke masjid pada malam tujuh likur. Rinduuuuunyeeerrr pada suasana masa tu. Terasa pula benci kepada pembangunan. Kalau boleh nak semuanya macam dulu....shinky rindu pada saat tu....apapun, masa tak akan kembali kan. Sedih rasanya. Kawasan rumah ni dah macam tak ada orang dah, semua terpaksa pindah atas pembangunan highway.

Rumah pusaka kami

Pokok durian depan rumah, mati akibat pembinaan highway, kata orang pokok durian akan mati kalau tempat tu bising...yer ker???

Inilah rupa highway yang telah meragut keindahan kampung halaman ku.....

Jambatan keretapi, railway track ni pun dah tak digunakan lagi




Sungai, yang banyak menyimpan kenangan indah, tempat memancing, mandi, jatuh dari pokok jambu tepi sungai ni pun pernah suatu ketika dulu....memori yang sungguh indah




Air sungai ni pun dah semakin cetek sekarang ni, orang mengecal (tangkap ikan) pun dah jarang-jarang kita temui.






Jalan menuju jambatan sungai, simpang kanan keluar dari rumah kami





Pak kokok yang mengejutkan kami di pagi hari






Pokok apa tah namanya, mak yang tanam

Ni pun tak tau nama


One species of keladi lah kan


Pokok mengkudu


Pokok belimbing besi


Pokok sirih melayu


Species keembung



Keladi


Species morning glory


Species bonsai, chinese ppl suka buat bonsai dari pokok bunga ni


Burung balam



Species parasit

Dah tak seronok dah kat kampung halaman shinky sekarang ni. Tapi nak buat macamana kan, dah kampung kita, tempat jatuh lagi di kenang, ini pula tempat bermain.

1 comment:

Gille said...

elo elo... lama saya tak melawt.. sbb life update tu tak jalan..
apa dah.. tergerak hati ku untuk click on your name.

Itulah .. few yrs je kita tinggalkan kampung dah berganda ganda perubahan .. suasana kampung will change bila ada jalan jalan besar. Nice photos Shinky.. terubat juga rindu suasana ke kekampungan.