Sunday, October 18, 2009

~♥~Pesta Cahaya



Shinky memang suka tengok bunga api, kalau nampak bunga api mesti dok tengok sampai habis, warna percikan api yang berwarna warni memang mengasyikkan.

Malam tadi, banyak betul percikan bunga api kat sekeliling kawasan kediaman kami ni. Maklumlah kaum India menyambut hari Deepavali atau Pesta Cahaya. So, puaslah shinky cuci mata menyaksikan persembahan bunga api yang bertali arus sepanjang malam, sampai pukul 2 pagi pun ada.

Bila Deepavali ni, teringat pula pada kawan-kawan guru yang sama mengajar dulu. Lama betul tak jumpa diaorang, rindu sangat, terutama sekali kepada Puan Pengetua kami iaitu Pn.Leelavathy dan GPK juga namanya Pn.Leelavathy. Dia orang berdua memang banyak betul membantu shinky semasa mengajar di Sek. (T) Convent dulu. Begitu juga dengan Pn. Joyce, Pn.Selvi, Pn.Aneetha, Pn.Jothi, Cik Sharadha dan ramai lagilah. Kalau lah dapat jumpa diaroang mesti kecoh punyer...he he.

Paling best masa Deepavali ni, banyak betul dapat maruku dari anak-anak murid. Penuh bonet kereta dengan maruku...sedap pulak tu. Tarian diaorang memang first class, seronok tengok. Yang tak boleh dilupakan, murid yang dapat nombor satu dari belakanglah yang menari paling terror sekalik....tak sangka.

I missed you all so much.

Apapun, kenangan bersama you all tak akan dapat shinky lupakan, you all memang best....best friends forever. To evelyn, i missed you so much. Wish we could do work together like we used to do before.

Kat bawah ni ada beberapa gambar bunga api yang shinky ambil kat depan rumah, tapi tak secantik gambar photographer professional ler....:P













No comments: