Tuesday, October 6, 2009

~♥~Just The Two Of Us

Bila tengok my two lil princess ni terasa cepat betul masa berlalu, sekejap jer dah besar mereka berdua ni. Lihat gelagat diaorang setiap hari boleh jadi ahli psikologi kanak-kanak dah rasanya...he he.

Apapun, Shinky rasakan macam baru jer mengandungkan diorang tu kat dalam perut ni, hmmmm, alangkah bahagianya bila ada cahaya mata kan? Diaorang lah racun diaorang lah penawar. I love you both so much, mama don't know how to face this world if mama don't have you both around.

Semalam, bila tengok berita kat tv, ada baby yang baru jer dilahirkan dibuang ke dalam sungai dan baby tersebut dijumpai oleh pembersih sungai tersebut, isssssyyyyyyy, tak sangka ada umat manusia yang sanggup melakukan perkara terkutuk sedemikian, tak taulah, apa fikiran diaorang yang melakukan perkara macam tu kan? Hisss tergamak. Kenapa ya, boleh jadi macam tu? Sedangkan kucing pun tau sayangkan anak....itu makhluk yang tak berakal.....agaknya, yang buang baby dalam sungai tu, memang makhluk yang lebih jahil daripada makhluk haiwan yang tak berakal ni kan, hanya Allah sahajalah yang membalasnya. I really don't know how to say....but i really cannot accept those kind of ppl lah......so harsh. *sigh*

Buat buah hati pengarang jantung mama yang berdua ni, mama berjanji, selagi nyawa mama masih ada, takkan puteri mama berdua ni dipersia-siakan, InsyaAllah. Tiada apa yang lebih penting di hayat kita ini, dan anak-anak mamalah permata dan harta mama dunia akhirat.

Tengoklah bila bergurau bergonjeng.....tak hengat dunia, nak nak si kakak



Inilah dia PUTERI SI TEPUNG GOMAK yang cintaAlign Centerkan keamanan PEACEEEE

Rana yang shomel.....belajar lah tu kononnyer....sekarang ni kuat merajuk lah pulak


2 comments:

Gille said...

Orang buang bayi. di merata pelusuk dunia ada. Taktau macammana mereka boleh tergamak berbuat demikian. Org yg mahukan anak bepuluh tahun tunggu tak dapat sampai mengambil anak angkat.

Shinky dah berjalan kemana dah? What was the first foosd that kamu terkam dulu? he he.. ANak anak.. pulak suka tak makanan.. local?
Emak Shinky pula apa khabar?

Mama of 2 Princess said...

Jemer,
tu lah kan, tak tau bersyukur makhluk yang bernama manusia ni.

Shinky tak jalan sangat, balik pun sebab nak jaga mak, dia tak sihat, semakin kurus dia sekarang ni, selalu jer sakit pinggang, leher, tulang temulang dan sendi-sendi. Minggu depan nak ke JB, anak sedara nak kawin.

Malaekah lah yang banyak berjalan sebab dia suka ikut my cousin and brother semua.

First food yg i makan, NASIK LEMAK ler....lepas gian tau. Ekah suka makan ikan, tapi ratah macam tu jer tanpa nasi....he he. Lepas tu dia suka makan sotong. Sebab dia suka masukkan sotong kat jari macam masukkan cincin...lepas tu makan satu-satu.