PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 3 TAHUN
Kanak-kanak berumur 3 dan 4 tahun digelar kanak-kanak pra-tadika.
Kanak-kanak pra-tadika mahu menyentuh, merasa, menghidu, dan mencuba sesuatu dengan sendiri. Mereka teruja untuk belajar. Mereka belajar dengan cara mengalami dan melakukan sendiri. Mereka akan sibuk membina kemahiran hidup, menggunakan bahasa dan bersusah payah berlatih mengawal perasaan.
Kanak-kanak pra-sekolah mahu berkembang secara individu, tanpa terlalu terikat dengan ibubapa. Mereka lebih berdikari berbanding ‘toddler’ dan lebih mudah menyatakan keinginan kerana penguasaan bahasa mereka adalah lebih baik.
Perasaan takut selalu terbentuk semasa umur pra-tadika. Ketakutan yang selalu dialami adalah terhadap tempat baru dan dipisahkan dengan ibubapa atau orang yang penting bagi mereka. Anda boleh melihat mereka akan menguji anda banyak kali pada usia begini. Mereka mungkin akan menggunakan perkataan-perkataan yang anda larang atau berperangai yang menjengkelkan.
Pada usia begini, mereka mungkin masih bermasalah bergaul dengan kanak-kanak lain dan bermasalah berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan. Disebabkan perkembangan imaginasi dan fantasi yang meningkat, mereka mungkin sedikit bermasalah membezakan fantasi dan realiti. Ada yang akan bercakap tentang kawan-kawan ghaib mereka. Pada usia begini mereka perlukan peraturan yang jelas dan mudah supaya mereka kenal larangan dan perangai yang boleh diterima.
Perkembangan Fizikal – Kanak-kanak 3 tahun menunggang basikal roda tiga, menangkap bola, serta membina menara blok setinggi 6-9 tingkat. Mereka juga boleh berjalan menjengket dan melompat ke depan. Mereka sudah pandai bermain objek-objek kecil seperti ‘puzzles’ dan guli serta suka bermain ‘finger painting’. Mereka membesar sehingga 3 inci setahun.
Perkembangan Sosial dan Emosi – Mereka perlu tahu peraturan yang jelas dan tetap dan akibat dari melanggar peraturan tersebut. Mereka teruja dengan mainan lakonan atau drama dengan kanak-kanak lain. Emosi mereka selalunya ekstrim dan singkat. Mereka perlukan galakan untuk menyatakan perasaan dengan perkataan. Pada usia begini juga mereka mula belajar berkongsi.
Perkembangan Kepintaran – Pada usia begini mereka lebih berkesan belajar dengan cara membuat sendiri sesuatu perkara. Mereka perlukan aktiviti yang pelbagai. Mereka perlukan ruang yang cukup di dalam bangunan dan di luar untuk aktiviti mereka. Keseimbangan antara aktiviti-aktiviti sunyi dan aktiviti-aktiviti aktif adalah perlu untuk perkembangan yang seimbang. Mereka juga mula pandai berkomunikasi mengenai kehendak, idea dan persoalan. Masa penumpuan mereka yang semakin panjang membolehkan mereka menyertai aktiviti-aktiviti berkumpulan.
*sumber di petik dari http://orangekid.biz/2008/
Malaekah, dah masuk 3 tahun 8 bulan sekarang ni. Macam kanak-kanak lain, dia juga melalui proses tumbesaran yang normal, alhamdulillah.
Dia sekarang ni dah mula suka bertanya. Tak sangka, dia dah boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik. Kalau nak banding dengan Ranaa, ekah ni berat mulut sikit nampaknya. Tapi, dalam berat berat mulut dia, still dia boleh cakap bahasa Melayu, sebab cikgu dia, "diba dan dayah" her cousins here, rajin mengajar dia..he he.
Sekarang ni, mama ekahlah yang mengajar dia kat rumah. Memang payah nak mengajar dia sebab ekah ni banyak alasan dia. Bila suruh menulis, katanya dia tak pandai nak buat, bila suruh mewarna, warna sikit, dia kata dia penat, bila suruh baca, start baca sikit, tak lama tu dia tanya topik lain. Pandai mengelat anak dara kecik mama ni. Apapun, kena lah banyak bersabar dengan my princess ni.
next entry, ekah dengan jigsaw puzzle dia pulak.....