Monday, June 30, 2008

~♥~Few Interesting Facts

Hari ini shinky hendak berkongsi dengan semua beberapa fakta menarik bila melahirkan baby bagi orang afghanistan atau kata lain, penjagaan baby masa pantang.

Cuba tengok gambar Ranaa di atas yang telah dipakaikan celak atau "ranji" dalam bahasa pashto. Celak tu nenek (ana) Ranaa yang letakkan. Katanya supaya mata jadi cantik dan besar. Selain daripada itu dapat mengelakkan daripada mudah dijangkiti penyakit mata. Hmmm, shinky ikut jer, kalau dilarang karang kecil pula hati ibu mertua ku itu..he he.

Calit kat tengah-tengah di antara bulu kening tu pula dibuat dengan alasan untuk mengelakkan "bad eyes" atau kata orang kalau ada orang berniat buruk pada anak kita, dapatlah dielakkan. Pada logiknyer, shinky rasa kalau letak calit hitam tu, muka anak kita jadi buruk, so tak lah ada orang nak puji, jadi takderlah orang nak dengki ker kan...he he.

Kat sebelah bantal Ranaa, ada duit kertas kan, kat sini, jadi kebiasaan bila melawat anak kecil, kita akan berikan duit.....hmmmm, duit tu Mak Lang Ranaa yang bagi, dia tiba malam tadi.

Dalam gambar juga boleh nampak Ranaa siap berbengkung. Benkung jadi kemestian kat sini, bengkung tu macam biasalah kita buat cara orang melayu tu, tapi cuma ditambah dengan ikatan tali bengkung. Mula-mula dulu, masa buat kat ekah, shinky terkial-kial jugak, sekarang ni dah okay dah...laju jer bila bengkung Ranaa, cewah.....naik lif tekan butang sundirik lah pulak.

Selain daripada itu, untuk mengelakkan si kakak atau abang, cemburu kepada adik yang baru lahir, mula-mula sekali kita tunjukkan bahagian kaki kepada abang atau kakak, jadi tidaklah si kakak atau abang benci atau cemburu dengan adik. Ekah haritu pak cik dia terus tunjuk muka Ranaa kat dia...he he....tapi so far, cemburu tu memang ada, tapi nak kata dia tak sayang adik dia tak pulak, sayang ken main lagi nampak.

Bagi orang melayu pulak kita simpan tali pusat anak-anak kita kat dalam satu bunjut kan, supaya bila diaorang besar nanti diorang tak bercekau. So, shinky pun simpan jugak tali pusat ekah dan Ranaa, oh ya, tali pusat Ranaa tanggal semalam, pada hari ke 10, ekah haritu pada hari ke 12 baru tanggal. Shinky simpan tali pusat diorang kat dalam kotak ni.


Lagi satu, masa dalam pantang ni, baby tak boleh ditinggalkan bersendirian, hatta nak ke tandas pun, kena ada sorang jaga dia, so sekarang ni senang sikit, sebab Kak Long Ekah dah ada, dia sentiasa volunteerkan diri untuk jaga adik dia. Tapi, bukan boleh percaya sangat kat Kak Long nih, so, kena keep on eye on her jugak.








That's few facts yang shinky ingat masa ni, kalau ada lagi nanti shinky tambah. Letihlah pulak melayan puteri berdua tu, queen nak berehat lah pulak..he he



Sunday, June 29, 2008

~♥~My Two Beloved Princess

Only one word i can say, ALHAMDULILLAH, to get this two princess in my life. Before, Allah granted me with my angel, Malaekah, and now, Allah blessed me with another beautiful sweetheart princess. Me and my husband agreed to put her name as 'RANAA' which means, "light" in pashto language. My father in law choose this name, and me and my husband like it. So, our second princess name is Ranaa.

Malaekah behave very good to her little sister. All the times she will give a look to her on her bed crib while Ranaa was sleeping. She kissed her so much. And funny, she even want to breastfeed her little sister...ha ha.

Malaekah said that Ranaa is her baby. Alhamdulillah, she accepted her very well, and even sometimes she felt jealous when i breastfeeding Ranaa, or when i keep picking ranaa on my arms, she tried to "merengek" and called me again and again "mama, mama, mama" to seek my attention. But so far, i try to balanced the attention to both of my two little princess.

My beloved ekah also help me to hand me napkin, towel, or other things which i asked her to take for me. She love to be around and help me. I am so glad to have her as a sister for Ranaa, she seems so excited to have this baby as her sister and friend. Thank God, she love her little sister so much.

Here few pics of malaekah and ranaa. I don't have chance to snap nice pictures of them so far. Still try to manage things and time with this two princess.





Thursday, June 26, 2008

~♥~It's A Princess

Salam to all,
Just a short notice, to up date to you all that our new arrival is a princess again....:)
Born on 20th. June 2008, 8.51pm, c-sect, 3 kg. Not given a name yet.....:)
I will write details later...hope u all happy with this news, thank you for all wishes and prayers.
Here are few pics of our new princess



Thursday, June 19, 2008

~♥~Our New Coming Baby Stuff

As my friend Farah from Penang request the pics of dress which i bought for my new baby, so here i paste the pics of them. Nothing special, just few dresses, and others. Here people believe it's not good to prepare so much things for unborn baby, they will buy things after the baby born :)


But, i still feel that i have to buy those things below because i'ts important.







Wednesday, June 18, 2008

~♥~Evening at KFC

Malam ni tadi, lepas maghrib, shinky, hubby dan ekah gi shopping sikit, untuk adik ekah. Adalah beli baju 3 pasang, sarung tangan dan kaki, dan other baby stuff. Lepas tu kitaorang gi KFC, ramai lah pulak orang, so, tapau jer.

Nilah gambar bangunan KFC kat tempat kami ni. Sorry, gambar tak clear, ambil guna HP.

Pintu nak masuk KFC


My princess naik tangga, kat tepi kaunter

Anak dara gue jengok brother KFC kat belakang tabir...he he


Moncong jer ekah tunggu cashier tu dok bungkus KFC


Aloo abang macho...he he....jgn mara aaa, mama ekah ambil gambar....:P





Kat sini, time summer, semua orang shopping waktu malam, time siang toksah mimpilah, panas berdenting. So, time summer ni lah bazaar berfungsi.

Monday, June 16, 2008

~♥~Di Saat Akhir Mengandung

My Other half balik on last Thursday. Malaekah double happy sebab baba dia dah sihat, dah tu abah dia pula dah balik. Masa abah dia baru sampai, dia siap tawaf keliling abah dia, siap menyanyi-nyanyi lagi. Lepas tu mulalah melekat kat abah dia ajer. Abah dia pun nampak happy sangat bila jumpa puteri kesayangan dia yang sorang tu.

Well, entah kenapa, lately aku rasa lain macam jer. Rasa excited nak melahirkan tu memang tak dapat dibendung lagi, tak sabar rasanya nak melihat wajah bayi yang dok kat dalam perut ni selama 9 bulan. Selain rasa teruja, rasa risau pun ada, risau jika ada kekurangan pada bayi yang akan lahir nanti, risau jika sesuatu yang buruk berlaku. Hati ini tak tenteram sejak akhir-akhir ni.

Setiap malam tak boleh nak lelapkan mata. Pusing kiri pusing kanan, still tak boleh nak tidur. Memang biasa di saat akhir mengandung memang tak boleh tidur kan. Masa mengandungkan ekah dulu pun macam tu juga. Paling perit tangan sebelah kanan ni selalu jer sakit, dari pergelangan tangan hinggalah ke hujung hujung jari, rasa macam dicucuk-cucuk. Memang tak boleh tidur dibuatnya. Ke bilik air toksah ceritalah, boleh kata setiap jam. Kalau lambat sikit, alamat kencing dalam seluarlah nampaknyer..he he.

Malam tadi, lepas sembahyang maghrib secara berjemaah dengan hubby, semasa dia memohon doa dari Allah SWT, entah kenapa hati ini sayu sangat. Bila selesai doa, hubby hulurkan tangan lalu ku kucup tangan suamiku dan tanpa disedari air mata menitis satu persatu. Hubby tanya kenapa? Entahlah tak tau nak jawab macamana, rasa sayu dan hiba sangat hati ini. Aku meminta dia memaafkan semua kesalahan yang telah aku lakukan kepadanya, yelah nama pun suami isteri kan, kadang kala terkasar bahasa juga. Hubby kata tiada apa yang hendak di maafkan, namun dia maafkan juga untuk menunaikan hajat isterinya ini. Barulah lega rasa hati ini bila suami cakap macam tu. Kata hubby lagi, jangan fikir yang bukan-bukan, sentiasa tenangkan fikiran kerana setiap apa yang kita fikir dan lakukan akan memberi kesan kepada bayi yang dikandung.

Hari ini, kalau ikutkan tarikh EDD, tinggal 10 hari sahaja lagi untuk melahirkan bayi ini. Menurut gynae, aku kena juga c-sect. Sepatutnya 13 hb haritu dah kena c-sect, tapi aku minta supaya tunggu sehingga tarikh akhir EDD. Gynae kata, terpulang kepada aku, jika berlaku apa-apa nanti, aku kena tanggung sendiri kerana risiko tinggi. Aku hanya berdoa pada Allah SWT agar bayi ini lahir dengan selamat. Amin.

Di saat-saat akhir ini, kepada teman semua, jika ada terkasar bahasa, harap di ampunkan, doakan kesejahteraan bayi dan ibu ini semasa melahirkan. Doakan kami panjang umur dan tiada apa-apa yang buruk berlaku.



Friday, June 13, 2008

~♥~My Princess

Yesterday i bought few things for my princess.



A dress





Like usual, she was so excited with new things :)





Panjangnyer muncung :P





I bought her books too, and she like them very much.





Tak cukup tangan, guna kaki bagai nak membaca..ekah ekah...





Dah habis baca, makan bukulah pulak...hmmm





Here, pics of her reading her new book













I am trying to expose her with books now, as she seems like fed up with her flash cards. Now she want to listen to ABC and Alif Baa Taa. I hope she will love to learn.



p/s: The quality of the pics are not very good...handphone cikai maa...he he