Monday, June 16, 2008

~♥~Di Saat Akhir Mengandung

My Other half balik on last Thursday. Malaekah double happy sebab baba dia dah sihat, dah tu abah dia pula dah balik. Masa abah dia baru sampai, dia siap tawaf keliling abah dia, siap menyanyi-nyanyi lagi. Lepas tu mulalah melekat kat abah dia ajer. Abah dia pun nampak happy sangat bila jumpa puteri kesayangan dia yang sorang tu.

Well, entah kenapa, lately aku rasa lain macam jer. Rasa excited nak melahirkan tu memang tak dapat dibendung lagi, tak sabar rasanya nak melihat wajah bayi yang dok kat dalam perut ni selama 9 bulan. Selain rasa teruja, rasa risau pun ada, risau jika ada kekurangan pada bayi yang akan lahir nanti, risau jika sesuatu yang buruk berlaku. Hati ini tak tenteram sejak akhir-akhir ni.

Setiap malam tak boleh nak lelapkan mata. Pusing kiri pusing kanan, still tak boleh nak tidur. Memang biasa di saat akhir mengandung memang tak boleh tidur kan. Masa mengandungkan ekah dulu pun macam tu juga. Paling perit tangan sebelah kanan ni selalu jer sakit, dari pergelangan tangan hinggalah ke hujung hujung jari, rasa macam dicucuk-cucuk. Memang tak boleh tidur dibuatnya. Ke bilik air toksah ceritalah, boleh kata setiap jam. Kalau lambat sikit, alamat kencing dalam seluarlah nampaknyer..he he.

Malam tadi, lepas sembahyang maghrib secara berjemaah dengan hubby, semasa dia memohon doa dari Allah SWT, entah kenapa hati ini sayu sangat. Bila selesai doa, hubby hulurkan tangan lalu ku kucup tangan suamiku dan tanpa disedari air mata menitis satu persatu. Hubby tanya kenapa? Entahlah tak tau nak jawab macamana, rasa sayu dan hiba sangat hati ini. Aku meminta dia memaafkan semua kesalahan yang telah aku lakukan kepadanya, yelah nama pun suami isteri kan, kadang kala terkasar bahasa juga. Hubby kata tiada apa yang hendak di maafkan, namun dia maafkan juga untuk menunaikan hajat isterinya ini. Barulah lega rasa hati ini bila suami cakap macam tu. Kata hubby lagi, jangan fikir yang bukan-bukan, sentiasa tenangkan fikiran kerana setiap apa yang kita fikir dan lakukan akan memberi kesan kepada bayi yang dikandung.

Hari ini, kalau ikutkan tarikh EDD, tinggal 10 hari sahaja lagi untuk melahirkan bayi ini. Menurut gynae, aku kena juga c-sect. Sepatutnya 13 hb haritu dah kena c-sect, tapi aku minta supaya tunggu sehingga tarikh akhir EDD. Gynae kata, terpulang kepada aku, jika berlaku apa-apa nanti, aku kena tanggung sendiri kerana risiko tinggi. Aku hanya berdoa pada Allah SWT agar bayi ini lahir dengan selamat. Amin.

Di saat-saat akhir ini, kepada teman semua, jika ada terkasar bahasa, harap di ampunkan, doakan kesejahteraan bayi dan ibu ini semasa melahirkan. Doakan kami panjang umur dan tiada apa-apa yang buruk berlaku.



4 comments:

Gille said...

My dear friend... it is okay to feel that way. When there is sadness, there is also gladness. it is well balanced. Talk to your baby.
Lots and lots of love from me,

Farah Deen said...

Shinky,

hmmm kenapa rasa sayu je ni? homesick ke apa apa ker? rindu Malaysia? or maybe kadang2 hormone, you feel melancholy for no reasons. Anyway, try to cheer up. Jangan fikir yang bukan bukan OK. InsyaAllah baby dalam perut tu sihat alhamdulillah, jangan dok fikir benda yang tak sepatutnya. If you feel low, just talk out, and sometimes memang kalau dah luahkan rasa sedih tu, kira rasa better.

Farah Deen said...

and one more thing shinky...worry not...feeling ni normal masa nak lahir...and wishing u all ther best.....tak sabaq nak tgk shinky junior nih...jgn lupa update kitorang kay.....i dulu 2 weeks awal dah beranak si daryn!!! U ni pon anyime jer....

Mama of 2 Princess said...

Jemer,
thanx, lega rasa bila baca your comment. I memang campur baur rasa gembira dan sedih, tapi tulah, kena balance kan. I always talk to my baby, ekah pun selalu sembang dengan adik dia :)

once again, thanx for your advise...really apreciate it my friend.

----------------------------

Farah,
you can read my mind eh, yelah, dahlah jauh dari mom, kakak semua, bila time camni, diorglah yang kita paling perlukan untuk talk to each other kan. tapi takpalah, i dah biasa, masa ekah dulu lagi sayu. biasalah tu, layan blues kengkadang. Malam ni tadi gi keluar shopping ngan hubby dan ekah, lepas tu tapau kfc...:, feeling lots better.

hopefully semua berjalan dengan lancar, thanx dear for your concern and advise....:)

Jemer and farah,
thanx tak terhingga sebab dari mula sampai sekarang u both selalu bagi i semangat. yes, i akan update pasal new baby nanti :)