Saturday, October 17, 2009

~♥~Tempat Ku Di Lahirkan

Setelah empat tahun, barulah sekarang shinky dapat melihat semula tanah tumpah darah ku ini, iaitu tempat shinky di lahirkan. Terlalu banyak yang berubah. Kalau dulu suasana tempat tinggal ku ini adalah kawasan kampung yang sungguh indah dan menghijau serta sejuk mata memandang. Namun kini, bagaikan terasa ada kehilangan sesuatu......"suasana kampung". Ini disebabkan pembinaan highway di hadapan rumah ni. Hmmmmm

Tiada lagi rumah-rumah kampung di tepi jalan menuju ke rumah. Tiada lagi makcik-makcik atau pakcik-pakcik yang rajin menegur bila kita lalu depan rumah mereka. Tiada lagi pokok rambutan gading tepi jalan yang sering aku petik bila balik dari sekolah. Tiada lagi pelita minyak tanah yang menerangi sepanjang jalan menuju ke masjid pada malam tujuh likur. Rinduuuuunyeeerrr pada suasana masa tu. Terasa pula benci kepada pembangunan. Kalau boleh nak semuanya macam dulu....shinky rindu pada saat tu....apapun, masa tak akan kembali kan. Sedih rasanya. Kawasan rumah ni dah macam tak ada orang dah, semua terpaksa pindah atas pembangunan highway.

Rumah pusaka kami

Pokok durian depan rumah, mati akibat pembinaan highway, kata orang pokok durian akan mati kalau tempat tu bising...yer ker???

Inilah rupa highway yang telah meragut keindahan kampung halaman ku.....

Jambatan keretapi, railway track ni pun dah tak digunakan lagi




Sungai, yang banyak menyimpan kenangan indah, tempat memancing, mandi, jatuh dari pokok jambu tepi sungai ni pun pernah suatu ketika dulu....memori yang sungguh indah




Air sungai ni pun dah semakin cetek sekarang ni, orang mengecal (tangkap ikan) pun dah jarang-jarang kita temui.






Jalan menuju jambatan sungai, simpang kanan keluar dari rumah kami





Pak kokok yang mengejutkan kami di pagi hari






Pokok apa tah namanya, mak yang tanam

Ni pun tak tau nama


One species of keladi lah kan


Pokok mengkudu


Pokok belimbing besi


Pokok sirih melayu


Species keembung



Keladi


Species morning glory


Species bonsai, chinese ppl suka buat bonsai dari pokok bunga ni


Burung balam



Species parasit

Dah tak seronok dah kat kampung halaman shinky sekarang ni. Tapi nak buat macamana kan, dah kampung kita, tempat jatuh lagi di kenang, ini pula tempat bermain.

Tuesday, October 6, 2009

~♥~Just The Two Of Us

Bila tengok my two lil princess ni terasa cepat betul masa berlalu, sekejap jer dah besar mereka berdua ni. Lihat gelagat diaorang setiap hari boleh jadi ahli psikologi kanak-kanak dah rasanya...he he.

Apapun, Shinky rasakan macam baru jer mengandungkan diorang tu kat dalam perut ni, hmmmm, alangkah bahagianya bila ada cahaya mata kan? Diaorang lah racun diaorang lah penawar. I love you both so much, mama don't know how to face this world if mama don't have you both around.

Semalam, bila tengok berita kat tv, ada baby yang baru jer dilahirkan dibuang ke dalam sungai dan baby tersebut dijumpai oleh pembersih sungai tersebut, isssssyyyyyyy, tak sangka ada umat manusia yang sanggup melakukan perkara terkutuk sedemikian, tak taulah, apa fikiran diaorang yang melakukan perkara macam tu kan? Hisss tergamak. Kenapa ya, boleh jadi macam tu? Sedangkan kucing pun tau sayangkan anak....itu makhluk yang tak berakal.....agaknya, yang buang baby dalam sungai tu, memang makhluk yang lebih jahil daripada makhluk haiwan yang tak berakal ni kan, hanya Allah sahajalah yang membalasnya. I really don't know how to say....but i really cannot accept those kind of ppl lah......so harsh. *sigh*

Buat buah hati pengarang jantung mama yang berdua ni, mama berjanji, selagi nyawa mama masih ada, takkan puteri mama berdua ni dipersia-siakan, InsyaAllah. Tiada apa yang lebih penting di hayat kita ini, dan anak-anak mamalah permata dan harta mama dunia akhirat.

Tengoklah bila bergurau bergonjeng.....tak hengat dunia, nak nak si kakak



Inilah dia PUTERI SI TEPUNG GOMAK yang cintaAlign Centerkan keamanan PEACEEEE

Rana yang shomel.....belajar lah tu kononnyer....sekarang ni kuat merajuk lah pulak


Saturday, October 3, 2009

~♥~Bercanda Di Pasiran Pantai

Pada hari raya yang ke tiga haritu, buat pertama kalinya, Malaekah melihat laut. My lil princess tu pergi berkelah ke Port Dickson dengan Makcik (my elder sis) dan sepupu-sepupu dia.


Menurut cerita Makcik dia, ekah bukan main seronok mandi laut, tak hengat nak balik dah. Shinky tak ikut sama sebab Rana masih lagi demam pada masa tu. Malaekah memang suka mengikut my sis, beraya pun ikut my sis or my mom, shinky tak dapat nak beraya sebab Ranaa demam.

So, here shinky paste photos of few lovely moment of her at Port Dickson

With her cousin Tasya



























With Tasya and Angah Fendi

















With Akhmal

Wednesday, September 30, 2009

~♥~Dendang Perantau

Assalamualaikum dan salam sejahtera....kepada semua. Sepi jer rumah ni kan, dah bersawang dan berhabuk bagai...maklumlah dah lama ditinggalkan, barulah sekarang dapat meluangkan masa untuk jenguk rumah ni. Alhamdulillah, kami sekarang ni berada di tanahair tercinta, MALAYSIA.

Hubby ikut balik haritu, now dia dah terbang ke US. So, tinggallah Shinky dan my two little princessess, Malaekah dan Ranaa di sini, duk ngan bonda tercinta...merangkap nenek mereka berdua.

Inilah first time Malaekah dan Ranaa menjejakkan kaki di Malaysia, pertama kali berhari raya di sini dan pertama kali juga menyarung baju kurung.

Tapi sayang, Rana kurang sihat di hari raya, start sehari sebelum raya dia dah demam panas, sampailah ke hari raya pertama dia sakit gusi pula, 4 batang gigi geraham dia tumbuh sekali gus, punyalah teruk dia menangis sampai mama dia pun menangis sama melihatkan betapa siksanya anak mama menahan sakit. Lepas bawa pergi klinik dan dapat ubat tahan sakit, barulah dia kurang menangis. Lepas tu tumbuh rashes seluruh badan dia, kesian anak mama. Memang tak raya lah tahun ni.

Malaekah pulak seronok bukan main lagi, sebab dapat jumpa dan meraikan hari raya dengan sepupu dan saudara mara, dapat banyak duit raya, dapat pakai baju kurung. Jangan tak caya, malaekah dah pandai cakap bahasa Malaysia sekarang ni, seronok dengar dia cakap melayu.

Ranaa dengan sepupu-sepupunya sedang ahsyik mahsyuk tengok ikan keli dalam kolam
Mata sayu jer, demam lah katakan, kesian puteri mama


Ranaa dengan baju kurung......kurus betul puteri mama ni.....:(


Farish, sepupu Ranaa....cute kan



Puteri mama yang sorang lagi ni, raya sakan tahun ni, langsung tak heran mama dia, sibuk mengikut nenek dan saudara-mara beraya......syukurlah ekah pun tak demam sama.

Raya tahun ni tak sedih bila dengar lagu DENDANG PERANTAU, sebab dapat beraya di kampung halaman.....SERONOK GILERRRR





Sunday, June 21, 2009

~♥~Happy Birthday Ranaa

Semalam, 20 June adalah hari ulangtahun my little princess Ranaa yang pertama. Just beli kek jer. Sepupu-sepupu dia dari Dubai baru jer balik sebab cuti sekolah, so, seronoklah jugak, riuh rendah suara diaorng.


. Sekejap jer dah setahun umur Ranaa. Dan terasa diri ini semakin tua.....tapi hati muda beb...he he. Doa mama semoga Ranaa sentiasa memberikan nama baik kepada keluarga kita. Jadikan peribadimu seindah paras rupamu. Bijaksana dalam ilmu dunia dan akhirat....amin

SELAMAT HARI JADI SAYANG


Okay ni ada beberapa keping gambar yang shinky ambil semalam.

Ranaa ngan baba dan ana





Kek birthday, beli jer

Birthday girl, kalau you all perasan, rambut anak dara den ni tegak.....he he





With cousins


Friday, June 19, 2009

~♥~Our Garden

My FIL seronok betul berkebun kat depan halaman rumah. At the end of winter he started his garden already. Now, dah menghijau dah halaman kami. Sejuk mata memandang.


Gambar sebelum



Selepas


Sebelum

Selepas

Baja yang digunakan


Antara tanaman yang terdapat in our garden

Pokok Badam





Pokok epal, kat tengah-tengah tu pokok bunga ros





Pokok epal

Pokok berry (bila masak ranum warna hitam buahnyer)

Close-up pokok berry



Daun salad




Carrot



Pokok anggur

Sayur bayam (kat sini macam ni lah rupa bayam)


Bunga mawar




Tuan punya Garden....my respectful FIL





Tuesday, June 16, 2009

~♥~Islamabad

Salam semua. Lama betul tuan tanah gedaung tak jenguk halaman sendiri...he he. Lebih kurang dua bulan tak update blog ni. Bukan nyer apa, balik jer dari Islamabad, penyakit "m" untuk online ke internet mula menyerang. Hari ni barulah ter rajin nak online.

Okaylah, jemari masih malas nak menaip, so, tepek beberapa keping gambar yang diambil semasa berada di Islamabad. Gambar pun tak banyak sebab camera habis bateri. Lupa pulak nak bawak kabel charge bateri. So, ni jelah gambar yang ada pun.

Pemandangan dari atas bukit. Kami ke Margalla Park, kat puncak bukit kita boleh lihat sekitar bandar Islamabad. Kelihatan Masjid Faisal.


Pemandangan depan Guest House yang kami tinggal semasa berada di Islamabad


Ranaa.... dengan ucapan....cakkk....




Malaekah kat restoran di puncak bukit




Bergaya ayulah pulak