Mood raya dah abih dah, cuma mood nak update blog jer yang tersenggut senggut lagi. Adoilah, malas betul nak menaip...he he.
Raya tahun ni agak istimewa sebab pertama kali beraya di negara suami tercinta. Ranaa kurang sihat masa raya, asyik menangis jer, sakit perutlah pulak. So, mama dia pun tak dapatlah nak memanjangkan langkah beraya ke rumah sedara mara, cuma dapat beraya di rumah sepupu hubby yang berdekatan jer. Ekah yang langkahnyer panjang, sebab dia ikut ana(nenek) dia beraya.
Susah betul nak ambil gambar ekah sekarang, dia tak nak pandang cameralah, buat mukalah, menangis lah...gerammmmmmmmmm
Ranaa yang lena tidur lepas penat menangis...cian baby mama

My beloved princessess.......i love u both


Duit raya ekah
Kat sini kan, diorang bagi telur rebus kat bebudak masa raya. Sebab, dulu-dulu diorang memang bagi telur rebus sebagai eidi. Sebab masa tu mana mampu nak bagi duit, hidup pun susah, masing-masing ada bela ayam, so telur memang banyak. Jadi, telur rebus dijadikan hadiah semasa hari raya. Sampai sekarang tradisi bagi telur rebus ni masih di amalkan di kampung-kampung. ekah banyak jugak dapat telur rebus..he he. Lupalak nak snap gambar telur rebus yang ekah dapat, dah habis di ngap oleh mi kaka dan mak usu ekah.