Saturday, March 15, 2008

~♥~Pilih Set Barang Kemas

Hari ni, kami di sini sibuk memilih set barang kemas yang sesuai untuk bakal tunang Mi Kaka. Rambang mata dibuatnyer, semalam kami survey di kedai emas, hari ni servey dalam catalog ajer. Tak tau mana satu nak pilih. Kami cuma bagi pendapat sahaja, Mi Kaka yang kena pilih.

Malamnya mama masak nasik palau, korma daging, kabab daging untuk semua dan chicken soup untuk Mi Kaka sebab dia demam, tapi dia tak nak pulak makan soup, nak makan nasik jugak...

Cuaca pulak dah start panas, tahun lepas penghujung April baru start panas, tahun ni pertengahan March dah mula panas. Musim bunga ni pun bunga tak semeriah tahun lepas. Lapisan ozon semakin tipis nampaknya. Hujan pun tak turun, tu yang menyebabkan cuaca lebih panas.

Malaekah pulak sibuk dengan training joget dia, bila ana dia start nyanyi diapun mulalah berjoget, tak der siapa ajarpun, pandai pulak dia atur step ikut lagu

Malam ni penat sangat, betis kaki sakit sangat, tengah malam bila bangun untuk buang air rasa pinggang macam nak tercabut. Mengandung kali ni, perut ni terasa besar sangat, baru 5 bulan rasa macam dah 7 bulan. Ya Allah, peliharalah bayi dalam kandungan ku ini, amin.

2 comments:

PINATBATE said...

Salam Shinky,
seronok dapat tengok gambar Ekah..happy blogging.

Mama of 2 Princess said...

Thanx pinat, sebab sudi singgah, shinky pun selalu jugak jenguk ur blog.....suka tengok gelagat anak dara tecit you...:)

ni pun dah lama tak update blog ni...tak sempat....nanti free baru nak update :P