Assalamualaikum,
Lama jugak shinky tak up date blog my princess ni, almaklumlah bz sesangat dengan preparing of Mi Kaka (ekah's uncle) engagement. He is malaekah's youngest uncle.
Baba dan ana ekah pun dah balik dari Pindi, dan dah pergi semula dan balik untuk kali keduanya ke Pindi, untuk hantar tanda kepada bakal tunang Mi Kaka.
Dah tu, 3 hari lepas ekah demam, bawak dia gi clinic, alhamduillah, now she is fine. Tapi, lepas baik dari demam ni, dia kemaruk menjeritlah pulak, tak dapat kehendak hati mulalah menjerit, dahlah suara tu nyaring....hujung halus pulak tu. perit telinga dibuatnyer.
Abah ekah still di Kabul, entah bilalah kita dapat jumpa abah semula kan?
Baby kat dalam perut mama ni semakin hari semakin kuat tendangannyer....kalau letak tangan kat tempat dia tendang tu, boleh rasa tau. Belum pun scan gender....rasa malas jer nak gi scan...tapi akan pergi jugak nanti.
Okay, back to story about Mi Kaka engagement. Semalam gi tempah baju....untuk dipakai masa hari pertunangan nanti, kalau dah siap nanti, shinky tempek gambar baju tu kat sini, insyaAllah. Hari sebelumnya, sibuk dengan urusan mengecat rumah. Habis rumah tunggang langgang, macam tongkang pecah..he he.
Hari ni, still sibuk mengemas barang-barang...Mak Usu ekah beli set pinggan mangkuk baru. Ini untuk persediaan menyambut bakal tunang mi kaka selepas bertunang nanti, dah ada dah set pinggan mangkuk, cuma tak cukup.
Baba dan ana nampak sungguh gembira, maklumlah nak terima menantu :) Semoga mi kaka cepat-cepat kawin dan semoga jodoh dia kekal hingga ke akhirat...amin
No comments:
Post a Comment