Assalamualaikum,
Sebelum ni shinky asyik update blog ni dari ekah lahir sampailah dia sambut birthday dia yg ke dua. Start from now shinky dah boleh sambung blog ni tele dengan tarikh sebenar. :)
Untuk makluman semua pengunjung blog ni, tak lama lagi ekah akan jadi Kak Long, dia akan dapat adik gamaknyer, InsyaAllah pada bulan Julai nanti, kalau ikut due date yg gynae bagi, ialah pada 9/7/2008. Tak scan lagi, so, tak tau gender.....macam nak buat surprise jer kali ni...he heh.
Tak kisahlah baby girl ker baby boy, asalkan sihat dan cukup sifat, shinky dah bersyukur yang amat. Abah ekah, kalau boleh kali ni nak baby boy :)
Kali ni mengandung lain sikit, kena morning sickness sebelah petang lah pulak, dah tu, kepala sakit sebelah kanan....macam nak pecah dibuatnyer. tak boleh bau daging langsung, makan daging pun tak lalu.
Suka makan pedas-pedas dan manis manis. Masa ekah dulu, suka makan yang masam-masam. Masa ekah dulu, selalu terasa baby ni kat atas jer, kali ni, baby ni terasa berat sangat.....rasa macam turun ke bawah jer. Doa mama, semoga baby mama kat dalam perut ni sentiasa dilindungi oleh NYA, dan membesar dengan sempurna ya sayang. Ya Allah panjangkanlah umur bayi ini, sempurnakanlah sifatnya, dan berikanlah kesihatan dan kesejahteraan kepadanya. Permudahkanlah di saat lahirnya nanti. Amiiiin.
Shinky ingin bersalin secara normal kali ini kalau boleh, sebab ekah dulu c-sect. Apapun, hanya Allah yang tahu apa yg terbaik buat diri ini.
Setakat ni, ekah just tau yg dalam perut mama dia ni ada adik, selalu dia dok panggil "adik" dan usap-usap perut mama....dan kadang kadang siap cium perut mama...ada bunyik lagik....seems like dia suka nak dapat adik. Tapi, tak taulah bila dah lahir adik dia nanti dia cemburu pulak, sebab my princess ni, kesayangan semua...dari atuk sampailah ke makcik dan pakcik dia. Harapan mama, ekah jadi kakak yang baik yer sayang....kakak yang menjadi contoh kepada adik nanti yer:)
2 comments:
Salam Shinky,
Am I the first one to drop by here? Hopefully this blog akan continue sampai Ekah & adik dia besar..Good work mummy Shinky.
Luv..Cali
Cali,
w'salam
yes u r the first :), i mana ada ramai kawan online. InsyaAllah akan teruskan blog ni sampai diorg kawin kot...ha ha.
btw, thanx ye cali....for visiting my blog and u r the first. And thanx for the compliment as well, kalau ada comment membina sila silakan. I akan selalu ke blog u juga.
Post a Comment