Sunday, March 30, 2008

~♥~Berkurun Lama Tak Update he heh

Salam semua,

rasa macam dah berkurun lamanya tak update blog ekah ni, mama dia bz yg amat. Mana ekah demam, lepas tu abah dia pulak balik dari Kabul, then shinky sibuk ngan check up baby kat dalam perut nih, then Mi Kaka (pakcik) ekah pula bertunang. Sekarang ni barulah berkesempatan untuk online semula.

Untuk pengunjung baru ke blog ekah ni, SELAMAT DATANG shinky ucapkan, kepada yg selalu skodeng tu, terima kasih, sebab sudi lawat blog ni, kalau ada komen, sila-silakan.

Untuk sedara mara di Malaysia especially Nora dan Yus, salam rindu dari Ucu dan ekah sekeluarga di sini. Sampaikan salam ucu kepada nenda tercinta dan semua keluarga di sana.

Saturday, March 15, 2008

~♥~Pilih Set Barang Kemas

Hari ni, kami di sini sibuk memilih set barang kemas yang sesuai untuk bakal tunang Mi Kaka. Rambang mata dibuatnyer, semalam kami survey di kedai emas, hari ni servey dalam catalog ajer. Tak tau mana satu nak pilih. Kami cuma bagi pendapat sahaja, Mi Kaka yang kena pilih.

Malamnya mama masak nasik palau, korma daging, kabab daging untuk semua dan chicken soup untuk Mi Kaka sebab dia demam, tapi dia tak nak pulak makan soup, nak makan nasik jugak...

Cuaca pulak dah start panas, tahun lepas penghujung April baru start panas, tahun ni pertengahan March dah mula panas. Musim bunga ni pun bunga tak semeriah tahun lepas. Lapisan ozon semakin tipis nampaknya. Hujan pun tak turun, tu yang menyebabkan cuaca lebih panas.

Malaekah pulak sibuk dengan training joget dia, bila ana dia start nyanyi diapun mulalah berjoget, tak der siapa ajarpun, pandai pulak dia atur step ikut lagu

Malam ni penat sangat, betis kaki sakit sangat, tengah malam bila bangun untuk buang air rasa pinggang macam nak tercabut. Mengandung kali ni, perut ni terasa besar sangat, baru 5 bulan rasa macam dah 7 bulan. Ya Allah, peliharalah bayi dalam kandungan ku ini, amin.

Friday, March 14, 2008

~♥~First Time - Ekah Tocang Dua

Perkara yang paling payah nak dapat commitment dari my princess ni ialah masa nak pakaikan dia baju dan sikat rambut. Bila lepas mandi, nak pakaikan jer baju dia lari, bogel gituh....tak mo pakai baju. Bila dah puas kena bebel ngan mama dia ni barulah dia nak pakai baju.

Nak sikat rambut dia, perghhh....punyalah payah, dia mesti nangis punya, tak taulah kenapa. Nak kata sakit, tak pulak, nak kata sikat tajam...eh jauh sekali...memang tabiat dia tak suka kita sikatkan rambut dia. Tapi, on that day tah macamana, mood ekah ni baik pulak, bila mama nak ikatkan tocang dua, dia cool jer. Tu yang mama dia snap gambar tuh....first time ikat tocang dua.

Cute tak?

Lepas ikat rambut, mama upah ekah makan mee.


Tengok tu, anak dara mama makan, kalau boleh, dengan tangan tangan sekali dia nak makan, ekah memang suka makan mee. Dia sebut "mimim"




"Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati"


Sekali sekali puteri mama ni raba raba jugak tocang dia..tapi still okay..tak cabut lagi getah rambut tuh :P


Dancing time....ekah berjoget bila dengar music dari komputer...kalau berjoget memang no. 1




Dah mula boring dan penat..muka dah start cembeng

Dah start melalak....dia punya speaker lagi kuat dari speaker computer :P


Then mama bawak ekah naik tingkat atas.......suka hati lah tu


Gumbira dapat gula-gula









Ekah on her bike....siap ada stick lagi....nak sebat mama konon sebab mama tak bagi camera


Dah melalak nak camera pulak.....adoilaaa


That's all pics yg dapat mama snap kali ni. Ekah ni tak sporting lah....asyik nak camera jer.

Btw....tocang tu, tak lama lepas tu ekah bukak......rimas ler tu.







~♥~Being Busy With Mi Kaka's Engagement

Assalamualaikum,

Lama jugak shinky tak up date blog my princess ni, almaklumlah bz sesangat dengan preparing of Mi Kaka (ekah's uncle) engagement. He is malaekah's youngest uncle.

Baba dan ana ekah pun dah balik dari Pindi, dan dah pergi semula dan balik untuk kali keduanya ke Pindi, untuk hantar tanda kepada bakal tunang Mi Kaka.

Dah tu, 3 hari lepas ekah demam, bawak dia gi clinic, alhamduillah, now she is fine. Tapi, lepas baik dari demam ni, dia kemaruk menjeritlah pulak, tak dapat kehendak hati mulalah menjerit, dahlah suara tu nyaring....hujung halus pulak tu. perit telinga dibuatnyer.

Abah ekah still di Kabul, entah bilalah kita dapat jumpa abah semula kan?

Baby kat dalam perut mama ni semakin hari semakin kuat tendangannyer....kalau letak tangan kat tempat dia tendang tu, boleh rasa tau. Belum pun scan gender....rasa malas jer nak gi scan...tapi akan pergi jugak nanti.

Okay, back to story about Mi Kaka engagement. Semalam gi tempah baju....untuk dipakai masa hari pertunangan nanti, kalau dah siap nanti, shinky tempek gambar baju tu kat sini, insyaAllah. Hari sebelumnya, sibuk dengan urusan mengecat rumah. Habis rumah tunggang langgang, macam tongkang pecah..he he.

Hari ni, still sibuk mengemas barang-barang...Mak Usu ekah beli set pinggan mangkuk baru. Ini untuk persediaan menyambut bakal tunang mi kaka selepas bertunang nanti, dah ada dah set pinggan mangkuk, cuma tak cukup.

Baba dan ana nampak sungguh gembira, maklumlah nak terima menantu :) Semoga mi kaka cepat-cepat kawin dan semoga jodoh dia kekal hingga ke akhirat...amin

Wednesday, March 5, 2008

~♥~Baba & Ana Gone to Pindi

Since semalam, baba & ana (atuk & nenek) ekah ke Rawalpindi, Islamabad. Mereka melawat Mak Lang ekah yang tinggal di sana, jumpa Farouq, Sara dan Hajeera, mesti diorg gembira sakan sebab baba dan ana diorg ziarah diorg. Ana memang ketara sangat sayangkan Sara. Tentu ana juga gembira sakan dapat jumpa cucu-cucunya.

Selain daripada itu, tujuan mereka ke pindi juga adalah untuk merisik calon pengantin untuk Mi Kaka (pakcik) ekah.

Ekah pulak, bila baba ngan ana tak der asyik nak menangis jer, yelah hari-hari diorg dok bawak ekah berjalan-jalan, ni tak der ni, boring lah dia. Cucu kesayanganlah katakan.

Abah ekah still di Kabul, tak taulah bila kita boleh jumpa abah semula kan sayang, asyik sibuk jer dengan kerja. Pak Long ekah dah beli bangunan baru untuk dijadikan main office di sana, lagilah sibuk nak menguruskan infrastruktur dan pelbagai urusan paper work. Mujurlah ada internet....boleh berkomunikasi walaupun jauh.

Tuesday, March 4, 2008

~♥~Ekah- Kak Long Wannabe

Assalamualaikum,

Sebelum ni shinky asyik update blog ni dari ekah lahir sampailah dia sambut birthday dia yg ke dua. Start from now shinky dah boleh sambung blog ni tele dengan tarikh sebenar. :)

Untuk makluman semua pengunjung blog ni, tak lama lagi ekah akan jadi Kak Long, dia akan dapat adik gamaknyer, InsyaAllah pada bulan Julai nanti, kalau ikut due date yg gynae bagi, ialah pada 9/7/2008. Tak scan lagi, so, tak tau gender.....macam nak buat surprise jer kali ni...he heh.

Tak kisahlah baby girl ker baby boy, asalkan sihat dan cukup sifat, shinky dah bersyukur yang amat. Abah ekah, kalau boleh kali ni nak baby boy :)

Kali ni mengandung lain sikit, kena morning sickness sebelah petang lah pulak, dah tu, kepala sakit sebelah kanan....macam nak pecah dibuatnyer. tak boleh bau daging langsung, makan daging pun tak lalu.

Suka makan pedas-pedas dan manis manis. Masa ekah dulu, suka makan yang masam-masam. Masa ekah dulu, selalu terasa baby ni kat atas jer, kali ni, baby ni terasa berat sangat.....rasa macam turun ke bawah jer. Doa mama, semoga baby mama kat dalam perut ni sentiasa dilindungi oleh NYA, dan membesar dengan sempurna ya sayang. Ya Allah panjangkanlah umur bayi ini, sempurnakanlah sifatnya, dan berikanlah kesihatan dan kesejahteraan kepadanya. Permudahkanlah di saat lahirnya nanti. Amiiiin.

Shinky ingin bersalin secara normal kali ini kalau boleh, sebab ekah dulu c-sect. Apapun, hanya Allah yang tahu apa yg terbaik buat diri ini.

Setakat ni, ekah just tau yg dalam perut mama dia ni ada adik, selalu dia dok panggil "adik" dan usap-usap perut mama....dan kadang kadang siap cium perut mama...ada bunyik lagik....seems like dia suka nak dapat adik. Tapi, tak taulah bila dah lahir adik dia nanti dia cemburu pulak, sebab my princess ni, kesayangan semua...dari atuk sampailah ke makcik dan pakcik dia. Harapan mama, ekah jadi kakak yang baik yer sayang....kakak yang menjadi contoh kepada adik nanti yer:)

~♥~Ekah In Wedding Party

Quite a while before, ekah was attending a wedding at our neighbourhood. Bride side. Here few photos of the wedding. Actually this is not the real wedding ceremony, it's called "malam berinai", hari bersanding mama tak pergi sebab kurang sihat.

Invitation Card

Pelamin pengantin


Para hadirin dihiburkan dengan tarian daripada gadis-gadis pihak pengantin perempuan sebelum pengantin tiba



Pengantin perempuan di arak ke pelamin dengan menggunakan tandu

Pengantin perempuan keluar daripada tandu


Tu dia pengantin perempuan, muka tak dibuka, ini adat pengantin pakistan, tak tayang muka pengantin perempuan.


Pengantin lelaki



Taraaa......time orang makan, ekah sibuk posing kat pelamin.....he heh







~♥~Ekah with Iman, her best friend


Ini adalah kawan baik ekah kat sini, nama dia Iman, walaupun lahir tak sama tahun, iman lahir pada 4 oktober 2005 dan ekah lahir pada 12 february 2006, tapi jarak umur diorg cuma 4 bulan ajer. Diaorg berdua ni memang rapat. Iman tinggal berdekatan dengan rumah kami.


Ini beberapa gambar iman dan ekah





Iman ni cantik betul kan, macam anak patung.





Makan time




Tah apalah yang ekah perhatikan kat pinggan iman tuh



Kawan baik pun, kengkadang bergaduh juga :p




Diorg berdua ni kalau berjumpa, mula-mula tu bukan main baik lagi siap peluk cium bagai, dah lama sikit, mulalah cari pasal......bebudak...cenggitulah gamaknyer





Hari sabtu lepas bawa ekah pergi rumah iman, seronok betul diorag dapat jumpa, yelah dah lama juga diorg tak jumpa....sebab mama iman tolong jaga anak buah dia dihospital, so tak dapat ziarah kami.


Ini hadiah yg aunty iman berikan kepada ekah, sebab ekah lawat anak dia yang sakit dan baru balik dari hospital. Kat sini, memang jadi tradisi kalau org datang melawat diorg bagi hadiah....:) tak kiralah hadiah besar ker kecil........ekah dapat satu set artificial pearl, 3 hair catcher dan 2 bangles.




~♥~Ekah's Cousins

Shinky perkenalkan sepupu-sepupu ekah sebelah abahnyer.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~♥~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini gambar anak-anak Pak Long ekah, dari kiri Gulalay, Malalay dan Adam Khan, kat depan tu Zarokha, diaorang sekarang berada di Dubai

Ekah dan Malalay

Ekah dengan Zarokha


Ekah dengan Khapiray, dia lahir 2 minggu awal daripada ekah


Mirwais aka miro


p/s: tiada dalam gambar ialah Khushal Khan, anak Pak Long ekah yang sulung,dah bujang lah katakan, tak mau ambil gambar gamaknyer :P

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~♥~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ini pula gambar Sara & Ahmad Farouq, anak Mak Lang ekah. Tinggal di Rawalpindi, Islamabad



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~♥~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Yang ini pula Muhammad Yahya, anak kepada Mak Uda ekah, tinggal di Kabul, Afghanistan




Sunday, March 2, 2008

~♥~Happy 2nd Birthday Princess

Hari ini 12 hb. Febuari 2008, genaplah usia Malaekah, puteri kesayangan mama 2 tahun. Alhamdulillah, dah besar anak mama....badan pun sihat...cuma kurus tu jer lah.

Apapun doa mama semoga ekah sentiasa menjaga nama baik keluarga dan sentiasa memberikan kebahagiaan kepada kami semua...amin. SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE DUA sayang.

Yang bestnyer, tahun ni, abah ada bersama sambut birthday malaekah......dan ekah asyik mengepit ngan abah jer masa birthday dia...ngan mama buat deek jer kan....tak perlah mama kasi chance :P


Here few pics of her on her birthday





Oh ya lupa nak info, baju yang ekah pakai ni ialah baju tradisional orang afghanistan....beli di Kabul, afghanistan. Abah dia yang belikan.

Click below link to watch nice birthday youtube which i dedicated specially for malaekah on her birthday and she love it :)

http://www.youtube.com/watch?v=QMf04ubvEhY&feature=related