Wednesday, January 11, 2012

~♥~Mula Semula di Sini

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersedia untuk menulis semula dalam blog ini, semoga tahun 2012 memberikan satu pengharapan baru dalam kehidupan keluarga kami, Amin.

Kami masih di Kabul, Afghanistan. Cadangnya hendak kembali ke Malaysia pada penghujung tahun 2011 kerana Malaekah sepatutnya masuk pra-sekolah di sana, namun, oleh sebab yang tidak dapat dielakkan, terpaksa batal. Jadinya, Malaekah belajar di rumah sahaja bersama Mama. Biasalah kalau belajar di rumah, secara tidak formal, kadang2 belajar, kadang2 tidak. Apapun, syukur sebab dia hendak juga belajar.

Rana semakin nakal dan keletah mulutnya. Kelakar pun ya juga. Ringan tangan si kecil seorang ni, suka bantu mama. Alhamdulillah, dua2 puteri mama dah besar dan doa mama semoga puteri2 mama menjadi anak2 yang solehah, amin.

Segalanya bermula dengan baik bagi tahun ini...alhamdulillah, tahun 2012....Jadikanlah diri ini seorang anak, ibu dan isteri yang diberkati oleh Mu ya Allah









No comments: