Tuesday, January 24, 2012

~♥~Gembira Sangat Dapat Dengar Suara Mak

Baru sahaja lepas telefon mak tadi. Bila dengar suara mak rasa lega sangat. Rasa puas hati sangat dan segala perkara yang memeningkan kepala semuanya hilang bila dapat cakap dan dengar suara mak. Bila jauh-jauh macam ni barulah terasa betapa pentingnya seorang IBU. Malaekah dan Ranaa pun cakap dengan nenek mereka. Dari kejauhan kedengaran suara mak yang sangat gembira bila dapat bercakap dengan cucu-cucunya.


Mak kata dia macam biasalah kurang sihat, badan sakit-sakit, seram sejuk bila musim hujan. Umur mak pun dah masuk 85 tahun. Alhamdulillah dalam usia yang sebegini mak masih boleh menyangkul, memasak dan melakukan rutin harian dan ibadahnya dengan baik.

Mak....terima kasih atas kasih sayangmu....kami amat hargai. Maafkan kami kerana membuatkan mak rindukan kami....insyallah kami akan pulang untuk bertemu mak....Ya Allah kau peliharalah mak...kerana dia adalah permata kami yang paling amat berharga.

2 comments:

Gille said...

"Amin"

Mama of 2 Princess said...

Amin,
Dunno why on that day i missed my mom so much,asyik teringatkan dia...mujur dia masih ada dan boleh juga call dan cakap....i dont know how it's feel when she is not around anymore :(