"Gulbahar" atau Musim Bunga akan menjelma tidak lama lagi.....excited nih. Mesti cantik pemandangan dengan bunga-bungaan. Kalau musim sejuk, penuh dengan warna putih bersih, bila musim bunga, warna-warni lah pulak.
Di sini, sebelum musim bunga, sibuklah dengan aktiviti menanam atau menyemai pokok dan bunga-bungaan. Kat rumah ni pun tak ketinggalan juga. Minggu lepas upah orang potong ranting-ranting pokok. Hari ni pulak hubby upah orang tanam pokok-pokok epal dan cantas ranting-ranting kat pokok anggur.
Biasalah kat sini, orang lelaki yang buat semua kerja, orang pompuan duk kat dalam rumah jer. Tak sabar nak tengok pokok semua berbunga. Kelihatan semua pokok dah mengeluarkan putik bunga.
Malaekah pun sibuk jugak menolong, bukan tolong apa, tolong menyibuk.
Gambar diambil dari tingkat atas, kelihatan diaorang sedang menanam pokok epal. Ekah dok perati dari jauh, takut kena cangkul
Pokok apricot kat depan rumah dah mula mengeluarkan putik bunga
No comments:
Post a Comment