Assalamualaikum dan Hi
Kepada semua yang singgah di blog shinky nih. Dah lama betul tak upload blog sebab computer shinky tak leh guna, rosak dah, ni pun guna laptop kak ipar.Internet access dah ada, computer pulak rosak.
Rindu betul pada semua rakan-rakan dan saudara mara. Apa khabar semua? Shinky sihat, malaekah dan ranaa pun sihat.
Malaekah sekarang ni dah tak heran dah dengan mama dia sebab dia ramai kawan kat sini, sepupu dia ramai. Masa tidur jer dia datang kat mama dia.
Ranaa sekarang ni dah mula nak mengereng ke kiri dan ke kanan. Dah mula gelak bila di panggil nama dia, kadang kadang dia bersuara konon-konon menjawap sapaan orang lah tu.
Mama of the two princess pulak dah habis tempoh pantang, dah menjalankan aktiviti harian seperti biasa, cuma badan jer yang tak turun-turun beratnyer...ngeh ngeh ngeh.
Gambar ada banyak, tapi tak dapat nak upload, harap semua dapat bersabar, banyak gambar sepanjang perjalanan dari Pakistan ke Kabul masa pindah balik ke sini hari tu, kemudian gambar kami melawat kampung tempat daddy malaekah dan ranaa dilahirkan. Gambar babies berdua tu pun banyak...tapi tak dapat nak upload kat sini :(
Kepada rakan-rakan yang selalu singgah di sini, shinky ucapkan salam rindu, rindu kat korang semua. Kepada Jemer shinky ucapkan jutaan terima kasih sebab selalu bertanya khabar.
Kepada Nessa Fornow, i was so surprised to see your message here. Lama betul tak dengar berita dari nessa, apa khabar? H,I,J,K apa khabar? rindu kat diorang jugak.
To farah, i missed you a lot, nak lawat blog u pun tak dapat, almaklumlah computer tak dak...kesian kan.
Maisya, nanti shinky lawat blog maisya, apalah agaknya hadiah tu yer? suspender nih...he he
Sultana,
How r u doing? i missed u too, how is bonnie? give my kiss to her.
Nadia,
bila lagi balik mesia? adam n ida...the most handsome n pretty kids.....dah lama tak tengok diorag....mesti semakin membuatkan hari hari maman diorg sibuk kan?
Kak yan,
pekabar? anak-anak sihat? haikal semakin nakal ek? bila cuti sekolah, dah tak lama lagi nak puasa nih. baju raya anak-anak dah siap..he he
pinat,
please pray for me. Rindu jugak kat pinat nih....bila lah agaknya dapat jenguk your blog....izzah pekabar? kim salam kat anak-anak yer.
siapa lagi yer...ramai lagi rasanya yang nama tertinggal...tak dapat nak recall..to mrs.livingstone.....jaga diri bebaik :) Cali, still kat mesia ek? give my big hug to louisa and rayan, hmmmm Lissa & Cupit, senyap jer ek? apa cerita terbaru? Mallan.....pekabar? rindu masakan you...i mean gambar masakan....omar dan hannah.....apa aktiviti diorg sekarang ek? siapa lagi ek...lupalah pulak, kepada nama yang shinky tak sebut jangan kecil hati yer. salam rindu dari shinky from city of KABUL.
4 comments:
Alhamdulillah...dapat khabar Shinky...hampir setiap hari jenguk blog Shinky ni tau...nak tengok gambar terbaru Ranaa dan kak Ekah..tak apa lah..asalkan semua sihat dan selamat, syukur lah...senang-senang nanti tampal gambar yer...
Lega dengaq citer sket dari shinky...tak sabaq la shinky nak tgk pics diorang nih...cepat cepat ek upload nanti! Kisses and hugs to both princesses and muahhhh kat shinky!!
Shinky,
Bonnie is doing fine. :) Rindu gak kat Shinky and the 2 princesses. :) Alhamdullillah everything is fine there.
Hugs and kisses to Shinky and the sweet princesses.
Apa kabar semua disana. Baby2 you apa kabar. Kakak layan adik elok2 tau. Nanti bila dah besar boleh main masak2 sesama.
Skrg ni my anak2 tak sekolah. Omar demam. So I malas nak kejutkan dia pepagi utk hantar Hana ke sekolah. So kenalah Hana ponteng sekolah. Apa nak buat, begitu lah hidup merantau. Hb pun tak de kat rumah skrg ni.
Masak pulak, I dah lama hibernate. Malas sikit. Tapi kalau shinky ada masa jengok2 lah my multiply.
Take care my dear sis.
Post a Comment