Saturday, February 16, 2008

~♥~The Princess Of My Life

Terlebih dahulu, untuk makluman pengunjung blog ini semua, blog ini shinky baru jer buka selepas dua tahun Malaekah dilahirkan, sebab shinky rasa dengan cara ini segala kenangan dapat diabadikan. Harap pengunjung blog ini mendapat manafaat dan sama-sama mendoakan kesejahteraan keluarga kami. Amin

Malaekah dilahirkan pada tarikh 12 hb. Febuari 2006, jam 8.00 a.m, Pakistan Time, secara ceasarian. Puteri sulung mama dilahirkan di Health Care Centre, Peshawar, Pakistan, disambut oleh Prof. Syafiq Ahmed serta beberapa org doc dan nurse yang lain. Semasa lahir berat Malaekah ialah 3 kilo. Alhamdulillah, dia dilahirkan sempurna.

Terasa macam baru semalam jer melahirkan my first princess, "Malaekah". Sekarang dia dah masuk 2 tahun pun, Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu untuk mendapatkan cahaya mata, baru sekarang Allah kabulkan. Hidup penuh bermakna dengan kelahiran cahaya mata di sisi.

Sebelum mengandungkan ekah, mama kehilangan baby pertama kerana mengandung diluar rahim (ectopic pregnancy-left fellopian tube). 8 bulan selepas pembedahan tersebut, barulah mama berjaya mengandungkan malaekah.

Di sini shinky postkan beberapa gambar malaekah aka ekah dari mula lahir.

Ni gambar ekah masa baru sahaja dilahirkan, dia dilahirkan secara c-sect sebab my tulang pelvik sempit menyebabkan ruang untuk malaekah keluar tak muat kepala ekah ni besar sangat agaknyer he heh, so untuk mengelakkan bahaya kepada baby dan mama herself, my doc nasihatkan i lahirkan secara c-sect, plus faktor umur dan saiz badan i yg kecil.

Here the princess of my heart....at the first moment of her to see this world. Crying so loud as my hubby said :) Syukur, she was born as a healthy and wonderful baby. Thank Allah the Almighty for blessing me and my beloved hubby with this priceless baby.





Ini pula gambar-gambar ekah semasa dia berusia dalam lingkungan satu bulan:








Nama Malaekah di pilih oleh Abahnya. Bermaksud malaikat ataupun angel. Harap nama ini membawa tuah kepada puteri kesayangan mama ini. Dikaulah jantung hati pengikat kasih mama dan abah hingga ke akhirat. Semoga Malaekah menjadi anak yang solehah ye sayang :)

No comments: