Friday, December 18, 2009

~♥~Baby Don't Cry

Since yesterday my second daughter, Ranaa got a fever. Pity her, yesterday, her right eye only red color and watery, today both of her eyes are red and full of tears.

Hopefully tomorrow she will get better, amin. Please don't cry baby, be strong and mama will take an extra excellent care of you sweetheart. Hidung pulak asyik meleleh....kesian nya puteri mama ni. Semakin kurus Ranaa sekarang. Cepat sembuh ya sayang.


Semalam, mata sebelah kiri merah dan berair


Hari ini, kedua-dua belah mata merah dan berair.

Friday, December 11, 2009

~♥~Butterfly

Pagi tadi, shinky and my mom plus 2 budak kecik tu, bersihkan kawasan halaman belakang rumah, tiba-tiba shinky tengok seekor rama-rama. Yang pelik, ia tak bergerak walaupun kita dekat dekat dengannya, padahal selalunya rama-rama akan terbang kalau kita dekat.

Bila shinky hampir sangat, cuba sentuh dengan jari, still rama-rama tu tak terbang, shinky pun tangkap dan masukkan dalam botol. Mungkin ia cedera, so tak boleh terbang, ia sekadar mengerak-gerakkan kepak dia. Jadilah rama-rama tu bahan tatapan Malaekah dan bahan mainan Ranaa.





Wednesday, December 9, 2009

~♥~Ability

  I always asked my first daughter, Malaekah, what you gonna be when you grow up. She keep saying that she want to be a TEACHER. I want her to be a doctor because I can say that my family is full with teachers already. We need a doctor in our family lah sayang mama. But still she said she want to be a teacher.


I saw that my princess really like to do painting because so far she do lots of colouring activities. On computer also she always do work in "paint" programme. So, her ABILITY is more to art.


However, as her mom, I pray that she will be a very good sister to her younger sister, a very responsible daughter in our family as a leader because she is the eldest one, and of course, i still hope that one day she will be a DOCTOR





This is few dresses of her that she fold her self.





Talking online with her beloved dad





Fully concentrating at her painting activity





Tadaaaaa.......cute eh





Cycling time, pakai baju kurung lagi







One of her colourful wolf....he he





Adik with her toy stroller, kakak with her gigantic umbrella





Adik busy shopping





Adik looking at future



Adik, sleeping dalam buai, bila balik kampung barulah merasa tidur dalam buai

Tuesday, December 8, 2009

~♥~Tok Janggut


Korang mesti teringat kat Tok Janggut bila tengok janggut kambing kan?


Abang shinky ada pelihara kambing. Banyak jugaklah, dia buat secara part time jer, sebab dia masih bekerja di dalam sektor kerajaan.



Ranaa sekarang pun dah pandai buat bunyi kambing, dia belum boleh sebut kambing tapi bila tengok kambing dia akan buat bunyi "beeeeek".



Ni ada beberapa gambar kambing yang shinky ambil.







Monday, December 7, 2009

~♥~Sister sisters

Below are latest pictures of Malaekah and Ranaa, we are still di kampung.....tak tau lagi sampai bila. Love to stay here, Malaekah pun seronok tinggal di sini. Ranaa become very close to her grandmother.

Well, banyak yang perlu di update, cuma masa untuk online jer yang tak da.









Monday, November 2, 2009

~♥~Malaekah Now Can ...(Part 2)

Hobi my princess yang sulung ni sekarang menyusun jigsaw puzzle, lepas tu sepah-sepahkan. Mama dialah yang jadi tukang kemaskan.

Here shinky letak beberapa keping gambar masa ekah solve the jiggsaw puzzle


Sempat buat peace lagi tu, botol susu tak lepas dari mulut






Nak tau apa lagi yang kak long ekah ni boleh buat sekarang.....TUNGGGUUUUUUU



Tuesday, October 27, 2009

~♥~Malaekah Now Can ...(Part 1)

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 3 TAHUN



Kanak-kanak berumur 3 dan 4 tahun digelar kanak-kanak pra-tadika.



Kanak-kanak pra-tadika mahu menyentuh, merasa, menghidu, dan mencuba sesuatu dengan sendiri. Mereka teruja untuk belajar. Mereka belajar dengan cara mengalami dan melakukan sendiri. Mereka akan sibuk membina kemahiran hidup, menggunakan bahasa dan bersusah payah berlatih mengawal perasaan.

Kanak-kanak pra-sekolah mahu berkembang secara individu, tanpa terlalu terikat dengan ibubapa. Mereka lebih berdikari berbanding ‘
toddler’ dan lebih mudah menyatakan keinginan kerana penguasaan bahasa mereka adalah lebih baik.



Perasaan takut selalu terbentuk semasa umur pra-tadika. Ketakutan yang selalu dialami adalah terhadap tempat baru dan dipisahkan dengan ibubapa atau orang yang penting bagi mereka. Anda boleh melihat mereka akan menguji anda banyak kali pada usia begini. Mereka mungkin akan menggunakan perkataan-perkataan yang anda larang atau berperangai yang menjengkelkan.



Pada usia begini, mereka mungkin masih bermasalah b
ergaul dengan kanak-kanak lain dan bermasalah berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan. Disebabkan perkembangan imaginasi dan fantasi yang meningkat, mereka mungkin sedikit bermasalah membezakan fantasi dan realiti. Ada yang akan bercakap tentang kawan-kawan ghaib mereka. Pada usia begini mereka perlukan peraturan yang jelas dan mudah supaya mereka kenal larangan dan perangai yang boleh diterima.




Perkembangan Fizikal – Kanak-kanak 3 tahun menunggang basikal roda tiga, menangkap bola, serta membina menara blok setinggi 6-9 tingkat. Mereka juga boleh berjalan menjengket dan melompat ke depan. Mereka sudah pandai bermain objek-objek kecil seperti ‘puzzles’ dan guli serta suka bermain ‘finger painting’. Mereka membesar sehingga 3 inci setahun.



Perkembangan Sosial dan Emosi – Mereka perlu tahu peraturan yang jelas dan tetap dan akibat dari melanggar peraturan tersebut. Mereka teruja dengan mainan lakonan atau drama dengan kanak-kanak lain. Emosi mereka selalunya ekstrim dan singkat. Mereka perlukan galakan untuk menyatakan perasaan dengan perkataan. Pada usia begini juga mereka mula belajar berkongsi.

Perkembangan Kepintaran – Pada usia begini mereka lebih berkesan belajar dengan cara membuat sendiri sesuatu perkara. Mereka perlukan aktiviti yang pelbagai. Mereka perlukan ruang yang cukup di dalam bangunan dan di luar untuk aktiviti mereka. Keseimbangan antara aktiviti-aktiviti sunyi dan aktiviti-aktiviti aktif adalah perlu untuk perkembangan yang seimbang. Mereka juga mula pandai berkomunikasi mengenai kehendak, idea dan persoalan. Masa penumpuan mereka yang semakin panjang membolehkan mereka menyertai aktiviti-aktiviti berkumpulan.



*sumber di petik dari http://orangekid.biz/2008/





Malaekah, dah masuk 3 tahun 8 bulan sekarang ni. Macam kanak-kanak lain, dia juga melalui proses tumbesaran yang normal, alhamdulillah.



Dia sekarang ni dah mula suka bertanya. Tak sangka, dia dah boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik. Kalau nak banding dengan Ranaa, ekah ni berat mulut sikit nampaknya. Tapi, dalam berat berat mulut dia, still dia boleh cakap bahasa Melayu, sebab cikgu dia, "diba dan dayah" her cousins here, rajin mengajar dia..he he.


Sekarang ni, mama ekahlah yang mengajar dia kat rumah. Memang payah nak mengajar dia sebab ekah ni banyak alasan dia. Bila suruh menulis, katanya dia tak pandai nak buat, bila suruh mewarna, warna sikit, dia kata dia penat, bila suruh baca, start baca sikit, tak lama tu dia tanya topik lain. Pandai mengelat anak dara kecik mama ni. Apapun, kena lah banyak bersabar dengan my princess ni.












next entry, ekah dengan jigsaw puzzle dia pulak.....