Saturday, March 28, 2009

~♥~Hari Pertama Ke Sekolah

Hari ini adalah hari pertama Puteri Sulung mama, Malaekah masuk nursery. Tak sangka dah besar anak mama. Shinky tak hantar pun, abah dia yang hantar. Biasalah kat sini, semua urusan luar orang lelaki yang uruskan. Mama hantar sampai depan muka pintu jer. Alah, sekolah pun bukannyer jauh, kat seberang jalan depan rumah ni jer. Dan sekolah tu pun, family kami yang punya, Mak Usu dia yang jadik Pengetua.....:)

Menurut abah ekah, dia seronok sangat kat sekolah, sebab dapat kawan, yelah kat rumah ni dia sensorang jer, adik dia Ranaa pun tecit lagi, tak leh nak buat kawan. Nama cikgu ekah ialah Karishma.....he he.....karishma kapoor tuuuu....ha ha.

Ni ada beberapa gambar ekah siap sedia nak ke nursery pagi tadi

Sengih sakan anak mama yer...seronok sangat nak ke sekolah



Posing dulu....bye bye mama....khuda hafiz



Malaekah ke office abah nyer dulu sebelum ke sekolah


Monday, March 23, 2009

~♥~Oh Sonia.....

Few days back, we went to kedai emas kat sini. Just nak share ngan korang koleksi emas yang baisa diorang jual kat sini, enjoy

  • Burung yang dijadikan tarikan kat kedai ni, ekah lelan dok tengok burung ni

Ekah dok sibuk tengok cincin


Dah bosan, dok tengok luar pulak


Deretan rantai leher kat atas, dan deretan cincin serta anting-anting kat bawah

Koleksi gelang tangan


Rantai leher, pilihlah yg mana berkenan...harga pun boleh tahannnnn

Cincin gedabak, kat sini jadik lumrah kalau nak bertunang dan kawin, cincin ghopa inilah yang dijadikan hantaran. Ni nak gossip sikit, ada tu sampai penuh 10 jari ngan cincin nih....rimas lah tengok.

Rantai leher lagi

Pelbagai jenis subang

Anting-anting

Gelang tangan

Sunday, March 22, 2009

~♥~AFC

Bukan Arsenal Fan Club, tapi Afghan Fried Chicken. Petang tadi, hubby bawak kami anak beranak jenjalan, lepas tu lepak kat AFC. Kat sini, KFC tak dak, tapi AFC ada...he he. Sedap jugak ayam goreng kat sini, tapi shinky lebih sukakan pizzanyer....sedapppp

Ni beberapa gambar yang shinky ambil, sorrylah gambar tak berapa cantik, guna HP.

Bangunan AFC, gambar senget benget sebab ambil dari dlm kereta.

Kak Long Ekah dok perhati banner, pilih yer...jgn tak pilih


Ni ekah kat playground, di tingkat 2. Masa mula-mula dia takut-takut nak main


Antara rider machine yang terdapat kat situ




After few seconds, ekah dah mula seronok playing with toys kat situ

Sliding lah pulak


Dia kata "ghat toob" which mean "bola besar"


Tak lama, dapat geng lah pulak



Ranaa pun tak lepaskan peluang, nak main sama, tapi mama letakkan dia kat dlm Snoopy Rider Machine jer, tak gerakkan pun, takut dia jatuh. Hari ni demam dia dah berkurang, syukurlah.









Saturday, March 21, 2009

~♥~Bunga

MUSIM BUNGA

Musim bunga telahpun tiba. Di sini, musim bunga bermula dari tarikh 21 Mac. Orang-orang parsi di sini menyambut hari "Nowruz" atau "Tahun Baru" pada hari ini. Ia lebih kepada pesta kebudayaan.

Bunga-bunga dah mula mekar, cantik sungguh. Pokok apricot kat depan rumah ni pun dah berbunga lebat.



Pokok apricot kat depan rumah


BUNGA MAMA

Tapi sayang, bunga mama yang seorang ni masih demam lagi, belum sihat. Dah selsema, batuk pula. Hidung berair, mata berair....kesian sungguh mama tengok. Malam tidur pun atas pangku mama, bila letak kat katil terus tak boleh tidur. Mata sembab dan bengkak. Harapan mama semoga puteri mama cepat sembuh ya sayang. Mujurlah kak long ekah dah sembuh, cuma tinggal batuk jer lagi.


Mata sembab


Mata berair....kesian baby mama




Wednesday, March 18, 2009

~♥~Mama, We Got A Cold :(

Muka-muka demam


















My both lil princessess got a cold. Malaekah got it since 2 days ago, Ranaa start got it this morning. Uff, it's hard to handle the situation when both of them need attention. Thank God today Malaekah look a bit better. Hope she will get well soon. Ranaa pulak asyik merengek. Malaekah looks so weak, ayik tidur and tak nak makan apa-apa, kena paksa makan sup dan ubat baru dia nak makan. Ranaa telan jer semua tak kira demam ke tak demam ke si tembam tu...he he

Well, sweethearts, please get well soon dear.....mama can't bear to see u both sick....:(

Monday, March 16, 2009

~♥~My First.....

WORD


ALPHABET

KALIMAH

Doa mama semoga kedua anak mama menjadi anak-anak yang solehah, bijaksana dalam ilmu dunia dan akhirat....amin

Sunday, March 15, 2009

~♥~Gulbahar


"Gulbahar" atau Musim Bunga akan menjelma tidak lama lagi.....excited nih. Mesti cantik pemandangan dengan bunga-bungaan. Kalau musim sejuk, penuh dengan warna putih bersih, bila musim bunga, warna-warni lah pulak.

Di sini, sebelum musim bunga, sibuklah dengan aktiviti menanam atau menyemai pokok dan bunga-bungaan. Kat rumah ni pun tak ketinggalan juga. Minggu lepas upah orang potong ranting-ranting pokok. Hari ni pulak hubby upah orang tanam pokok-pokok epal dan cantas ranting-ranting kat pokok anggur.

Biasalah kat sini, orang lelaki yang buat semua kerja, orang pompuan duk kat dalam rumah jer. Tak sabar nak tengok pokok semua berbunga. Kelihatan semua pokok dah mengeluarkan putik bunga.


Malaekah pun sibuk jugak menolong, bukan tolong apa, tolong menyibuk.

Tu dia mi kaka (pakcik ekah) tunjuk skill menyodok tanah lah konon....he he


Gambar diambil dari tingkat atas, kelihatan diaorang sedang menanam pokok epal. Ekah dok perati dari jauh, takut kena cangkul



Pokok apricot kat depan rumah dah mula mengeluarkan putik bunga