Salam semua. Seperti yang shinky janjikan, shinky nak kongsi sama tempat di mana suami shinky dilahirkan, iaitu rumahnya. Sekarang ni cuma tinggal bekas sahaja, setelah perang.
Shinky pastekan di sini beberapa gambar kawasan rumah suami shinky di Logar, Afghanistan.
Pintu depan rumah
My princess, Malaekah bergambar dengan sepupunya Malalay di pintu depan
My respectful father in law, sedang buka pintu untuk kami masuk melihat kawasan dalam
Inilah rupanya di ruang dalam, tiada apa lagi, cuma tinggal beberapa batang pokok seperti pokok epal dan apricot. Yang lain semua telah di "clear" kan, sebab kata my father in law dia ingin membina semula rumah tersebut.
Satu lagi scene dalam kawasan rumah
Pak mentua mengepal tanah, katanya, inilah angkara peperangan, habis harta benda.
Bila buka pintu dari dalam, kita akan dapat melihat pemandangan yang cukup cantik di luar.....rasa aman dan damai, serta dapat menyedut udara yang sungguh segar dan bersih, begitu indah bumi ciptaan Illahi. Subhanallah.
Kawasan belakang rumah
Shinky sempat snap gambar heli UN sedang buat rondaan.....:)

Okay, itulah serba sedikit, kisah rumah tempat suami shinky dilahirkan, rumah abah ekah....shinky bawa dia dan atuk dia cerita pada dia kenapa dia di bawa ke situ. Bila shinky tanya ni rumah siapa dia jawab "da di abah kor dah" which means, "ni rumah abah lah". Syukurlah dia faham :)