Sunday, February 5, 2012

~♥~Beautiful Winter in Kabul 2012


Beberapa gambar yang kami ambil di sekitar Bandar Kabul. Sungguh cantik semasa salji menutupi. Subhanallah




















Saturday, February 4, 2012

~♥~Maulid Nabi Mubarak

Hari ini adalah Hari Maulidul Rasul bagi negara Afghanistan. Semua corong2 pembesar suara masjid di  Bandar Kabul ini memperdengarkan suara Qari mengaji ayat2 suci Al-Quran, Subhanallah.

Amat menakjubkan kerana hari ini juga aku dapat melihat pelbagai jenis cuaca dalam satu hari yang sama. Bangun pagi, salji turun dengan lebat, kemudian selepas jam 9.00 am, cahaya matahari menyinari untuk sementara waktu (seperti dalam gambar di bawah yang aku ambil pagi ini). Tak lama selepas itu cuaca redup semula, salji masih turun bersama2 dengan air hujan. Di samping itu juga sekali sekali angin bertiup agak kencang menyebabkan salji yang turun bertukar-tukar arah mengikut tiupan angin bagaikan mengalunkan lagu yang merdu...sungguh cantik.  Maha Suci Allah, aku bersyukur kerana dapat melihat fenomena yang bagi aku aman luarbiasa ini...di hari yang mulia...hari kelahiran Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.  Tak dapat dibayangkan bagaimana keadaannya semasa Rasullullah lahir. Mesti alam semesta turut meraikan kelahiran Baginda.

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

*Credit to : http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul

Friday, February 3, 2012

~♥~Dinner

Our simple dinner, spaghetti with watani chicken. Ranaa like this so much

~♥~Snowing Again in Kabul

Dari Malam tadi salji turun tak henti2 sampailah sekarang ni. Tahun ini salji turun dengan kuantiti yang banyak berbanding tahun2 lepas. My two lil princesses sangat happy bermain salji bersama Akani, Mi Kaka dan Gran.



 Akani, Malaekah, Ranaa, Mi Kaka dan Gran



 Si antu salji yang tengah asyik mahsyuk membelai salji, jgn terkorek taik burung sudah





Mi Kaka membuat giant snowball 

View from our verandah  



Seronok bukan main si ekah dapat main salji 




Si busyuk mama


 Argghhhh......macamlah boleh tolak








 Lunch.....fresh and icy snow...he he




Caterpillar

Wednesday, February 1, 2012

~♥~Afghan Hanging Wall Mirror


Cermin dinding yang unik, bentuk segiempat tepat kecil adalah permaidani kecil buatan tangan

~♥~Jalan2 di Bandar Kabul


Petang semalam kami Jalan2 di Bandar Kabul, window shopping. Suhu yang sejuk dan berangin memaksa kami memakai baju tebal. Budak2 ni seronoklah dapat bejalan-jalan.

Ranaa, Malaekah dan Gran dah get ready

Malaekah kepenatan duduk lepak sementara kami memilih perhiasan dinding yang berasaskan permaidani untuk dibeli

Ranaa duduk dengan Abdullah Kaka (sepupu abahnya) sementara menunggu kami pilih barang

Antara kraftangan perhiasan dinding yang dipamerkan 

Balik rumah kepenatan, makan pizza untuk makan malam