Sunday, January 22, 2012

~♥~Sheep Shorwa Rice



Tengah hari ni kami makan nasi kambing...he he, sebenarnya nasi yang dimasak dengan sup kambing biri-biri. Malaekah memang suka makan nasi, Ranaa pula bila ditambah tomato sos memang berselera dia makan.

~♥~Snow Ice Cream in Winter
















Hari ni salji turun dari subuh hinggalah ke malam, dan masih belum ada tanda-tanda untuk berhenti. Tahun ni salji tebal daripada tahun-tahun sebelumnya. Sungguh cantik pemandangan di luar. Ranaa dan Malaekah nak main di luar tapi mama tak benarkan sebab terlalu sejuk, tunggulah esok kalau matahari keluar barulah mama benarkan untuk main salji di luar ya.

Mama dan akani membuat aiskrim daripada salji. Kami pilih salji yang bersih dan campurkan air gula merah. Bebudak ni makan sikit-sikit sebab sejuk kata mereka. Mama jamah sikit jer supaya tidak kempunan. Sedap juga rasanya. Tak perlu untuk blend ais...ais semulajadi dah ada.




Tuesday, January 17, 2012

~♥~Beli Baju Anak2




Kami pergi membeli belah untuk bebudak ni hari ni, cuaca masih sejuk dan berangin. Budak2 yang seronok sangat sebab dapat keluar berjalan2.






























Saturday, January 14, 2012

~♥~Serba putih

































Hari ini dari pagi hingga ke malam salji turun tanpa henti, di luar bumi bagai diselaputi selimut putih, sungguh bersih, Subhanallah.




Rana, ekah dan sepupu mereka Gran sangat seronok main salji.

Friday, January 13, 2012

~♥~Jumaat Datang Lagi

Cuaca semakin sejuk, diluar penuh dengan asap dan kabus, seperti biasa hari Jumaat (penghulu segala hari) di sini adalah hujung minggu, yakni cuti. Tapi hubby kerja juga, orang bisness, macam tulah. Alhamdulillah, di hari Jumaat memang berkumandang suara adhan dan khutbah Jumaat di corong2 masjid berdekatan. Rasa insaf dan terasa dekat dengan Allah.

Hari ni tengahari kami makan nasi dan daging kambing biri2 yang telah dikeringkan. Malam pula masak kari dhal.

p/s: Pagi tadi, ekah mengadu, katanya rindukan nenek, dan nak balik kampung, tapi apakan daya abah kurang sihat. Sabar ya sayang, bila abah sihat nanti kita balik ya...doakan abah cepat sembuh...amin










Thursday, January 12, 2012

~♥~Indoor Activities
















Hari ni Malaekah tunjuk skill buat buai sendiri. Agaknya dah terlalu boring tak tau nak buat apa, dia buat buai, lepas tu main dengan Ranaa. Seronok juga tengok diaorang main. Kesian, nak main kat luar cuaca sejuk, nak tak nak sendiri cari idea untuk menghiburkan diri :)

Wednesday, January 11, 2012

~♥~Mula Semula di Sini

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersedia untuk menulis semula dalam blog ini, semoga tahun 2012 memberikan satu pengharapan baru dalam kehidupan keluarga kami, Amin.

Kami masih di Kabul, Afghanistan. Cadangnya hendak kembali ke Malaysia pada penghujung tahun 2011 kerana Malaekah sepatutnya masuk pra-sekolah di sana, namun, oleh sebab yang tidak dapat dielakkan, terpaksa batal. Jadinya, Malaekah belajar di rumah sahaja bersama Mama. Biasalah kalau belajar di rumah, secara tidak formal, kadang2 belajar, kadang2 tidak. Apapun, syukur sebab dia hendak juga belajar.

Rana semakin nakal dan keletah mulutnya. Kelakar pun ya juga. Ringan tangan si kecil seorang ni, suka bantu mama. Alhamdulillah, dua2 puteri mama dah besar dan doa mama semoga puteri2 mama menjadi anak2 yang solehah, amin.

Segalanya bermula dengan baik bagi tahun ini...alhamdulillah, tahun 2012....Jadikanlah diri ini seorang anak, ibu dan isteri yang diberkati oleh Mu ya Allah