Saturday, January 14, 2012

~♥~Serba putih

































Hari ini dari pagi hingga ke malam salji turun tanpa henti, di luar bumi bagai diselaputi selimut putih, sungguh bersih, Subhanallah.




Rana, ekah dan sepupu mereka Gran sangat seronok main salji.

Friday, January 13, 2012

~♥~Jumaat Datang Lagi

Cuaca semakin sejuk, diluar penuh dengan asap dan kabus, seperti biasa hari Jumaat (penghulu segala hari) di sini adalah hujung minggu, yakni cuti. Tapi hubby kerja juga, orang bisness, macam tulah. Alhamdulillah, di hari Jumaat memang berkumandang suara adhan dan khutbah Jumaat di corong2 masjid berdekatan. Rasa insaf dan terasa dekat dengan Allah.

Hari ni tengahari kami makan nasi dan daging kambing biri2 yang telah dikeringkan. Malam pula masak kari dhal.

p/s: Pagi tadi, ekah mengadu, katanya rindukan nenek, dan nak balik kampung, tapi apakan daya abah kurang sihat. Sabar ya sayang, bila abah sihat nanti kita balik ya...doakan abah cepat sembuh...amin










Thursday, January 12, 2012

~♥~Indoor Activities
















Hari ni Malaekah tunjuk skill buat buai sendiri. Agaknya dah terlalu boring tak tau nak buat apa, dia buat buai, lepas tu main dengan Ranaa. Seronok juga tengok diaorang main. Kesian, nak main kat luar cuaca sejuk, nak tak nak sendiri cari idea untuk menghiburkan diri :)

Wednesday, January 11, 2012

~♥~Mula Semula di Sini

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersedia untuk menulis semula dalam blog ini, semoga tahun 2012 memberikan satu pengharapan baru dalam kehidupan keluarga kami, Amin.

Kami masih di Kabul, Afghanistan. Cadangnya hendak kembali ke Malaysia pada penghujung tahun 2011 kerana Malaekah sepatutnya masuk pra-sekolah di sana, namun, oleh sebab yang tidak dapat dielakkan, terpaksa batal. Jadinya, Malaekah belajar di rumah sahaja bersama Mama. Biasalah kalau belajar di rumah, secara tidak formal, kadang2 belajar, kadang2 tidak. Apapun, syukur sebab dia hendak juga belajar.

Rana semakin nakal dan keletah mulutnya. Kelakar pun ya juga. Ringan tangan si kecil seorang ni, suka bantu mama. Alhamdulillah, dua2 puteri mama dah besar dan doa mama semoga puteri2 mama menjadi anak2 yang solehah, amin.

Segalanya bermula dengan baik bagi tahun ini...alhamdulillah, tahun 2012....Jadikanlah diri ini seorang anak, ibu dan isteri yang diberkati oleh Mu ya Allah









Wednesday, April 14, 2010

MAKLUMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada semua yang sudi mengunjungi blog ini, shinky ucapkan jutaan terima kasih, dan juga Jutaan ampun sebab akhir-akhir ini tidak menambah apa-apa entry, sebab shinky sibuk dengan urusan harian dan mula bertukar arah ke facebook lah pulak. Itupun atas desakan family members kat malaysia yang suruh shinky buka facebook.

So, after this, if you all want to know the information about me and my princessess, please try to visit my facebook at "princess afghan", and i will add you as my friends there.

Thank you.

p/s: if everythings get back to normal, i will continue my blogging here again :)

Tuesday, March 9, 2010

~♥~Kakak Selalunya......


My first princess, Malaekah sekarang ni kalau ambil gambar dah pandai bagi pose yang ala-ala getik gitu...he he. Dah besarlah katakan. Kakak selalunya, seawal pukul 7.30 pagi dah pergi taska. Pak Cik dia yang hantarkan. Pukul 12.00 tghari, balik rumah. Bila sampai jer rumah mesti kakak dah sibuk nak buat kerja sekolah dia (homework)

Sedang tekun buat kerja sekolah yang teacher dia bagi



Petang, merempit dengan geng-geng basikal dia kat jalan depan rumah

Ataupun naik scooter dan adik dia sorong toy's stroller.

Lepas Maghrib, lepas sembahyang ikut mama, dia mengaji. Jadi anak yang solehah ya sayang

Monday, March 1, 2010

~♥~Putrajaya

We went to Immigration Department at Putrajaya today for extending my two lil princessess visa to stay more longer here in Malaysia. Alhamdulillah, they got 6 more months visa to stay here.

Putrajaya is a very nice place which i called "Bandar Kerajaan" because every department of government office are here. And our PM office also located here.

Well, memang cantik dan teratur, shinky ucapkan setinggi tinggi tahniah kepada Tun Mahathir, atas idea beliau untuk mengadakan Putrajaya ni. I salute you Tun Det, and i am very proud to show this place to my husband and children.

Pada paginya kami isi borang, then submit. Lepas tu kami lepak kat Secret Recipe for lunch sementara tunggu passport siap untuk dicopkan visa.

Here few pictures taken today, cuma dapat ambik sikit jer, as today it was sooooooo hot, so, tak dapat nak keluar dari kereta or bersiar-siar.

My two little princessess at the front entrance to Jabatan Imigresen Malaysia



Kat Secret Recipe, kakak minum air tembikai sambil adik buat muka tension tunggu kids meal dia tak sampai lagi

Depan salah satu bangunan kat sebelah Immigration Department