Wednesday, March 18, 2009

~♥~Mama, We Got A Cold :(

Muka-muka demam


















My both lil princessess got a cold. Malaekah got it since 2 days ago, Ranaa start got it this morning. Uff, it's hard to handle the situation when both of them need attention. Thank God today Malaekah look a bit better. Hope she will get well soon. Ranaa pulak asyik merengek. Malaekah looks so weak, ayik tidur and tak nak makan apa-apa, kena paksa makan sup dan ubat baru dia nak makan. Ranaa telan jer semua tak kira demam ke tak demam ke si tembam tu...he he

Well, sweethearts, please get well soon dear.....mama can't bear to see u both sick....:(

Monday, March 16, 2009

~♥~My First.....

WORD


ALPHABET

KALIMAH

Doa mama semoga kedua anak mama menjadi anak-anak yang solehah, bijaksana dalam ilmu dunia dan akhirat....amin

Sunday, March 15, 2009

~♥~Gulbahar


"Gulbahar" atau Musim Bunga akan menjelma tidak lama lagi.....excited nih. Mesti cantik pemandangan dengan bunga-bungaan. Kalau musim sejuk, penuh dengan warna putih bersih, bila musim bunga, warna-warni lah pulak.

Di sini, sebelum musim bunga, sibuklah dengan aktiviti menanam atau menyemai pokok dan bunga-bungaan. Kat rumah ni pun tak ketinggalan juga. Minggu lepas upah orang potong ranting-ranting pokok. Hari ni pulak hubby upah orang tanam pokok-pokok epal dan cantas ranting-ranting kat pokok anggur.

Biasalah kat sini, orang lelaki yang buat semua kerja, orang pompuan duk kat dalam rumah jer. Tak sabar nak tengok pokok semua berbunga. Kelihatan semua pokok dah mengeluarkan putik bunga.


Malaekah pun sibuk jugak menolong, bukan tolong apa, tolong menyibuk.

Tu dia mi kaka (pakcik ekah) tunjuk skill menyodok tanah lah konon....he he


Gambar diambil dari tingkat atas, kelihatan diaorang sedang menanam pokok epal. Ekah dok perati dari jauh, takut kena cangkul



Pokok apricot kat depan rumah dah mula mengeluarkan putik bunga

Saturday, March 7, 2009

~♥~Tak Ikut Rules Punya Budak




My second lil princess, Ranaa memang totally different betul kalau nak dibandingkan dengan kak long ekah dia. Kak long dia elok jer ikut peraturan dengan mengereng, meniarap, duduk, merangkak sehinggalah berjalan...tersusun jer. Tapi, adik dia si tembam ni, tak der meniarap ker hapa ker, tau tau dia terus duduk jer. Pelik jugak. Yelah, at first, mama dia ni risau gilos sebab dia tak meniarap, asyik dok paling kiri ngan kanan jer. Sekali dia terus duduk daaa. Tapi dia tak boleh duduk sendiri, kena ada support kat tepi dia baru dia boleh bangun dan duduk. Syukurlah my sweetheart dah boleh duduk, congrats my dear :)







Duduk kat sebelah baba (atuk) dia. Inilah first time shinky noticed yang Ranaa dah boleh duduk.

Friday, March 6, 2009

~♥~Silly Me :P


Wood heater or Bukhari

Sesuatu yang tidak mungkin dapat aku lupakan. Peristiwa yang melucukan.

Begini, gambar di atas ialah alat pemanas menggunakan unggun kayu api yang dihidupkan di dalamnya untuk memanaskan bilik. Dalam bahasa pashto di panggil "bukhari" yang membawa maksud "pemanas".

Biasalah, manalah pernah shinky gunakan benda alah ni kan, nilah first time guna, since pindah ke Kabul, this is my first winter. Kat bahagian atas bukhari ni boleh dibuka. Ada yang gunakan top of this heater as a stove untuk memasak.

So, nak jadik cerita, adalah sedikit lubang kat situ, kalau tak ditutup, bila unggun api dipasang, asap akan keluar, mau satu bilik bau asap. My FIL suruh i tutup dengan tanah liat. I ni pulak liat nak ambik tanah kat luar, so, i decide untuk guna tepung yang telah diuli.

Bila dah siap uli tepung ni tadi, i cover lubang tadi. Then dengan muka ceria i pasang api, then terus gi dapur untuk memasak, dengan harapan bila habis masak, masuk bilik, bilik dah panas.

Punyalah terlopong mulut i, bila i bukak pintu bilik, satu bilik bau roti hangus...ha ha ha.....tepung yang i uli tadik dah terbakar dan hangus. Satu rumah bau roti hangus.

Macam mana i boleh tak terfikir yang tepung tu boleh terbakar dan hangus kalau i pasang unggun api.

Adik ipar i dok gelakkan i. Sampai sekarang, kalau bersihkan bukhari, kena tampal lubang tu. Bila adik ipar i tengok i tampal lubang tu dengan tanah liat dia akan kata "tak uli tepung dulu ke, kalau guna tepung lagi berkesan, asap langung tak keluar...." he he he. Kelakar betul bila diingat semula.

p/s: Di sini, kami guna pemanas kayu api atau bukhari ni sebab pada musim sejuk, tenaga elektrik memang boleh dikatakan tak ada, kami guna generator. Generator tidak boleh menampung voltan yang tinggi untuk pasang electric heater. Gas pula tak purified, so, bau nyer boleh memeningkan kepala jika kita guna gas heater, so, wood heater lah yang paling economic dan sesuai digunakan.

Wednesday, March 4, 2009

~♥~My Princessess First Winter

Kali pertama musim sejuk bagi my little Princess Malaekah and Princess Ranaa. Ekah seronok betul. Masa mula-mula salji turun, dia tak tau yang itu salji, dia kata hujan...he he.
Tahun ini salji tidak selebat tahun sebelumnya. It's nice that malaekah know now what is snow. Bagi Ranaa, mungkin dia tak tahu apa-apa lagi, at least, she can see how beautiful the scenery of winter :)
Here few pictures of Malaekah and Ranaa enjoying the moment of winter here in Kabul.
Malaekah with Snow Bear which made by me and her mak usu

Cute jer anak mama

Kena kerah bersihkan salji kat verandah

Eleh, buat muka lah tu

Jelir lidah kat mama yer...

Sweet of my heart.....

Watch out you steps baby.....

My chubby little Princess Ranaa........muuuuuuuuuuah

Seronok dia dapat tengok salji yer

I love u baby


She with her cousin

Tuesday, March 3, 2009

~♥~Salji Di Kabul




Bumi Afghnistan yang dipaparkan di TV selalunya menggambarkan bumi Afghan ini tandus dan dilitupi padang pasir serta gunung-ganang batu.

Tetapi, hakikat sebenarnya, bumi Afghanistan ini juga adalah sebuah tempat yang indah dan nyaman. Di sini, salji turun dengan lebatnya pada musim sejuk.

Melalui entry kali ini, Shinky berkongsi sama dengan anda semua beberapa gambar bandar Kabul dilitupi salji.


Pemandangan di kawasan kediaman kami di sini.




Salji melingkari ranting pokok, di ambil di hadapan bilik.



Gambar di hadapan rumah


Pemandangan Bandar Kabul




Gunung berhampiran dilitupi salji