My Other half balik on last Thursday. Malaekah double happy sebab baba dia dah sihat, dah tu abah dia pula dah balik. Masa abah dia baru sampai, dia siap tawaf keliling abah dia, siap menyanyi-nyanyi lagi. Lepas tu mulalah melekat kat abah dia ajer. Abah dia pun nampak happy sangat bila jumpa puteri kesayangan dia yang sorang tu.
Well, entah kenapa, lately aku rasa lain macam jer. Rasa excited nak melahirkan tu memang tak dapat dibendung lagi, tak sabar rasanya nak melihat wajah bayi yang dok kat dalam perut ni selama 9 bulan. Selain rasa teruja, rasa risau pun ada, risau jika ada kekurangan pada bayi yang akan lahir nanti, risau jika sesuatu yang buruk berlaku. Hati ini tak tenteram sejak akhir-akhir ni.
Setiap malam tak boleh nak lelapkan mata. Pusing kiri pusing kanan, still tak boleh nak tidur. Memang biasa di saat akhir mengandung memang tak boleh tidur kan. Masa mengandungkan ekah dulu pun macam tu juga. Paling perit tangan sebelah kanan ni selalu jer sakit, dari pergelangan tangan hinggalah ke hujung hujung jari, rasa macam dicucuk-cucuk. Memang tak boleh tidur dibuatnya. Ke bilik air toksah ceritalah, boleh kata setiap jam. Kalau lambat sikit, alamat kencing dalam seluarlah nampaknyer..he he.
Malam tadi, lepas sembahyang maghrib secara berjemaah dengan hubby, semasa dia memohon doa dari Allah SWT, entah kenapa hati ini sayu sangat. Bila selesai doa, hubby hulurkan tangan lalu ku kucup tangan suamiku dan tanpa disedari air mata menitis satu persatu. Hubby tanya kenapa? Entahlah tak tau nak jawab macamana, rasa sayu dan hiba sangat hati ini. Aku meminta dia memaafkan semua kesalahan yang telah aku lakukan kepadanya, yelah nama pun suami isteri kan, kadang kala terkasar bahasa juga. Hubby kata tiada apa yang hendak di maafkan, namun dia maafkan juga untuk menunaikan hajat isterinya ini. Barulah lega rasa hati ini bila suami cakap macam tu. Kata hubby lagi, jangan fikir yang bukan-bukan, sentiasa tenangkan fikiran kerana setiap apa yang kita fikir dan lakukan akan memberi kesan kepada bayi yang dikandung.
Hari ini, kalau ikutkan tarikh EDD, tinggal 10 hari sahaja lagi untuk melahirkan bayi ini. Menurut gynae, aku kena juga c-sect. Sepatutnya 13 hb haritu dah kena c-sect, tapi aku minta supaya tunggu sehingga tarikh akhir EDD. Gynae kata, terpulang kepada aku, jika berlaku apa-apa nanti, aku kena tanggung sendiri kerana risiko tinggi. Aku hanya berdoa pada Allah SWT agar bayi ini lahir dengan selamat. Amin.
Di saat-saat akhir ini, kepada teman semua, jika ada terkasar bahasa, harap di ampunkan, doakan kesejahteraan bayi dan ibu ini semasa melahirkan. Doakan kami panjang umur dan tiada apa-apa yang buruk berlaku.